诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Thursday, January 6, 2011

YB Gwee Tong Hiang Mengejar Ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar Kerana ....

Pada tarikh 4-Jan-2011, jam 4.00 petang, ADUN Bentayan, YB Gwee Tong Hiang telah menerima panggilan daripada seorang remaja yang tinggal di Jalan Salleh, Muar yang menyatakan bahawa beliau telah dipukul oleh seorang pengawal keselamatan Sekolah Menengah Tun Perak dan lebih 10 orang murid sekolah tersebut.
 
Beliau menyatakan kepada YB Gwee Tong Hiang bahawa pihak polis melarang beliau membuat laporan polis mengenai insiden tersebut dan berharap ADUN Bentayan dapat menolong beliau untuk membuat laporan polis di Balai Polis Muar.
Remaja tersebut telah tercedera di lenggan tangan kiri akibat akibat daripada insiden tersebut!
Turut hadir ke Pejabat Pertanyaan, Ibu Pejabat Polis Daerah Muar adalah terdiri daripada Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supt. Lee Choon Guan dan Pegawai Penyiasat CID Muar, ASP Hayati.
Supt. Lee Choon Guan dan YB Gwee Tong Hiang sedang berbincang dengan remaja dan ibunya mengenai bagaimana insiden tersebut boleh berlaku!

0 comments: