诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Wednesday, January 5, 2011

Pembantu Kesatria di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh di dituduh mencampurkan ganja didalam makanan yang dijual kepada Pelajar IKBN Pagoh.

Pada 30-12-2010 Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bentayan telah menerima aduan daripada En. Mahmud bin Hussin yang bekerja sebagai Pembantu Kesatria di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh. Beliau telah berkhidmat 8 tahun di IKBN Pagoh.
Gambar: Dari duduk kiri ialah Mohd Rosli Mohd Jamil (rakan sekerja), Mahmud Hussin, YB Gwee Tong Hiang, Wan Shfri bin Wan Bakar, Samsiah Musa.Baris belakang: Norul Ashikin (Pegawai Perhubungan ADUN Bentayan) dan Se Pei Teng (PA ADUN Bentayan)

Pada tahun 2007, beliau dan isteri Pn Samsiah binti Musa telah dituduh mencampurkan ganja didalam makanan yang dijual kepada Pelajar IKBN Pagoh menerusi Kelab KESKEP IKBN oleh En. Saiful Bahri bin Abd. Hamid yang merupakan Penolong Pengarah IKBN pada masa itu dan beliau kini berkhidmat di IKBN Pekan, Pahang sebagai Pengarah IKBN disana.

En. Mahmud hanya mengetahui tentang tuduhan tersebut apabila di beritahu oleh Pengawal Keselamatan En. Wan Shfri bin Wan Bakar. Pengawal tersebut juga diperintahkan membuat siasatan oleh En. Saiful Bahri.

Pengawal melakukan siasatan ternyata beliau tidak menjumpai apa-apa bukti yang boleh menyatakan bahawa En. Mahmud menjual ganja. Beliau tidak membuat apa-apa tindakan kerana beranggapan ianya adalah salah faham.

En. Mahmud berkata, pada Jun 2009 beliau telah membuat aduan pada pihak Kementerian Belia dan Sukan tentang tuduhan tersebut tetapi jawapan yang diterima daripada Kementerian adalah masalah peribadi di antara beliau dan En. Saiful Bahri.

Pada 2010, Pengarah baru IKBN Pagoh telah menyatakan bahawa beliau tahu masalah diantara En. Saiful Bahri dan En. Mahmud. Ekoran daripada tuduhan itu nama beliau telah tercemar di seluruh IKBN Malaysia. Beliau makin tertekan sehingga mendapatkan rawatan Klinik Psikiatri Di Hospital Pakar Sultanah Fatimah.

En. Mahmud berkata, beliau kerap mengambil cuti sakit kerana sering sakit yang dihadapinya. Isteri beliau juga tidak dapat berniaga kerana terpaksa menjaga beliau yang sakit.

Beliau meminta bantuan daripada ADUN Bentayan, YB Gwee Tong Hiang kerana ingin membersihkan nama beliau selain daripada itu juga berharap dapat membantu menyelesaikan masalah salah faham tersebut daripada berpanjangan.

YB Gwee Tong Hiang, ADUN Bentayan berkata, beliau akan menulis surat kepada Kementerian Belia dan Sukan tentang masalah tersebut dan berharap mendapat maklum balas daripada pihak kementerian dengan kadar segera mengenai perkara tersebut. Sekiranya tiada apa-apa tindakan daripada pihak kementerian, beliau akan membawa kes ini ke Dewan Negeri Johor. Beliau juga merasa simpati kepada En. Mahmud dengan masalah yang dihadapinya.

0 comments: