Friday, December 11, 2009

麻县罪案率受控

2009年12月9日 (星期三) 星洲日报 (大柔佛)

整体而言, 今年麻坡县的罪案率仍处于较低且获得有效的控制. 2009年截至10月份为止, 当地共发生1千196起罪案, 相比去年同时期的1千287宗, 下降7.07%. 截至10月份为止, 麻坡市区仅发生803起罪案, 相比去年880宗, 减了77宗 (8.75%).

麻坡警区主任采取多项步骤以达到防范罪案的目标,包括派遣流动警亭于市区展开巡逻任务及增加警车等的巡逻次数, 确保有警员随时侯命在场服务.

在答复行动党文打烟区州议员魏宗贤有关政府实施流动警亭计划所需要的费用问题, 大臣说, 动用客货车流动警亭 (包括3名警员) 的花费介于26万至28万之间 : 至于迷你巴士流动警亭 (动用5名警员) 的花费较大, 约30万至34万之间.

Menurut MB Johor, YAB Dato' Abdul Ghani Othman, kadar kes jenayah di Bandar Muar berada di keadaan yang rendah dan terkawal. Sehingga ke bulan Oktober 2009, kawasan ini telah berlaku 1196 buah kes jenayah, berbanding dengan kadar kes sebanyak 1287 kes yang berlaku pada tahun lepas, iaitu menurun sebanyak 7.07%. Menjelang akhir bulan Oktober ini, Bandar Muar hanya berlaku 803 kes jenayah, berbanding dengan tahun lepas iaitu 880 kes, iaitu menurun sebanyak 77 kes (8.75%).

Menurut beliau lagi, Ketua Polis Daerah Muar telah mengambil beberapa langkah untuk mencapai tujuan mengurangkan berlakunya kes jenayah, iaitu termasuk mengarahkan Balai Polis Bergerak meronda di sekitar kawasan bandar dan menambahkan kali rondaan kereta ronda, memastikan anggota polis menjalankan tugas di tempat tersebut.

Semasa menjawab soalan ADUN Kawasan Bentayan, YB Gwee Tong Hiang mengenai perbelanjaan kerajaan mengadakan Balai Polis Bergerak, Menteri Besar Negeri Johor berkata Balai Polis Bergerak Jenis Van memerlukan perbelanjaan diantara RM26 juta hingga RM28 juta (termasuk perbelanjaan 3 orang anggota polis); manakala Balai Polis Bergerak Jenis Bas Mini memerlukan perbelanjaan lebih kurang RM30 juta hingga 34 juta (termasuk perbelanjaan 5 orang anggota polis).

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 19-11-2009 -08-12-2009 YANG DISOAL OLEH Y.B. ENCIK GWEE TONG HIANG ADUN KAWASAN B'YAN)

SOALAN 10 (A141)

Adakah pihak MPM bercadang untuk membuka semula Tandas Lelaki Pasar Awam Maharani, Muar memandangkan bahawa tandas tersebut telah ditutup sekian lama, ini telah menyebabkan kesulitan kepada para peniaga dan orang awam dan bilakah kerja-kerja pembaikan jubin dan lantai pasar tersebut akan bermula?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Tandas lelaki di Pasar Awam Maharani, Muar ditutup disebabkan berlakunya kerosakan struktur termasuk kemudahan tandas dan telah tersumbat akibat daripada aktiviti vandalisme. Oleh yang demikian, Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah mengadakan mesyuarat pada
11 November 2009 dan satu keputusan telah dicapai.

Tindakan yang dipersetujui adalah MPM akan memperbaiki tandas awam dan lantai pasar yang rosak. Di samping itu, MPM telah melantik persatuan pelelong ikan bagi memantau kerja-kerja membaik pulih tandas awam berkenaan.

Pada masa sekarang, pihak MPM masih lagi dalam proses melantik kontraktor yang berkelayakan bagi kerja-kerja membaik pulih kedua-dua masalah berkenaan.


SOALAN 14 (A138)

MPM akan menaikkan kadar bayaran bulanan tempat rezab letak kereta di Bandar Muar mulai disember 2009 iaitu sebanyak 50%, daripada RM100 kepada RM150! Peningkatan sebanyak 50% dan sudah tentu akan membebankan rakyat di Bandar Muar dan sebelum ini pihak kerajaan menyatakan bahawa tidak akan menaikkan sebarang cukai di Bandar ini?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Sebagai latar belakang, penswastaan pengurusan tempat letak kereta zon 'A' di bawah kendalian Metro Parking (M) Sdn. Bhd. melibatkan lima buah Pihak Berkuasa Tempatan termasuk Majlis Perbandaran Muar. Perjanjian Antara Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak syarikat telah ditandatangani pada 28 Julai 2003 dan kontrak perjanjian tersebut tamat pada
31 Ogos 2008.

Pada 3 Disember 2008, Mesyuarat Penyelarasan Projek Penswastaan Pengurusan Tempat Letak Kereta Zon 'A' Negeri Johor telah membuat keputusan bahawa penamatan kontrak pengurusan tempat letak kereta bagi zon 'a' oleh Metro Parking (M) Sdn. Bhd. berkuat kuasa mulai 31 Ogos 2008 dan pengurusan tempat letak kereta bagi zon 'A' diuruskan sendiri oleh PBT di zon 'A'.

Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh ADUN Bentayan mengenai tindakan Majlis Perbandaran Muar menaikkan kadar bayaran bulanan tempat rizab kereta di bandar Muar sehingga 50%, iaitu kenaikan RM100 kepada RM150 bemula Disember 2009, Majlis Perbandaran Muar melalui mesyuaratnya pada 29 Oktober 2009 telah membuat keputusan tersebut bertujuan untuk tidak menggalakkan peniaga-peniaga menyewa petak bermusim dan pada masa yang sama tidak menggunakannya dan ianya menyebabkan orang ramai tidak dapat menggunakan dan ianya menyebabkan orang ramai tidak dapat menggunakan petak letak kereta tersebut. Oleh itu, kenaikan kadar sewa bagi petak bermusim ini adalah untuk mengehadkan permintaan untuk menyewa tapak tersebut oleh peniaga-peniaga seterusnya memberi peluang kepada orang ramai menggunakan petak terbabit.


SOALAN 19 (A140)

Berapakah jumlah kes pecah masuk rumah yang telah dilaporkan berlaku di seluruh Daerah Muar pada tahun 2009, dan berapakah jumlah kerugian yang dilaporkan oleh mangsa-mangsa tersebut serta berapakah % kes yang dianggap telah diselesaikan oleh pihak Polis Daerah Muar setakat kini?

JAWAPAN Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR

Pada tahun 2009, sebanyak 164 kes pecah rumah dilaporkan berlaku di daerah Muar yang melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM735,932.00. Dari jumlah kes pecah rumah yang dicatatkan pada tahun 2009, sebanyak 70 kes atau 42.68 peratus telah Berjaya diselesaikan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.


SOALAN 20 (A139)

Berapakah peruntukan dan perbelanjaan yang telah oleh Pejabat JPMM Bentayan setakat kini dan sila berikan nama-nama persatuan-persatuan dan tokong-tokong yang telah dan bakal menerima peruntukkan tersebut secara terperinci?

JAWAPAN Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR

Pejabat JPMM Bentayan telah diperuntukkan sebanyak RM80,000.00 setahun yang merangkumi perbelanjaan pengurusan (RM30,000.00) dan perbelanjaan aktiviti (RM50,000.00).

RANCANGAN PEMBANGUNAN KERJA-KERJA KECIL KAWASAN BENTAYAN 2009

A. Tokong-Tokong

Bil. Nama Jumlah
1. Tokong Tai Shan 3,000.00
2. Tokong Dewa Wah Kwong 3,000.00
3. Tokong Toh Sian Kong 2,000.00
4. Tokong Ji Shan Tang 2,000.00
5. Tokong Pek Hong Sian 3,000.00
6. Tokong Hui Leng Kuan 3,000.00
7. Tokong Pohg Leng 2,000.00
8. Tokong Sang Lien Tang 2,000.00
9. Tokong Nan San 2,000.00
10. Tokong Xian Feng Gong 2,000.00
JUMLAH 25,000.00

B. Persatuan-Persatuan

Bil. Nama Jumlah (RM)
1. Persatuan Catur Tionghua 2,000.00
2. Persatuan Nam Uwa 3,000.00
3. Persatuan Pekebun Sayur Muar Selatan 3,000.00
4. Persatuan Char Yong 3,000.00
5. Persatuan Leok Kooi Tong 3,000.00
6. Persatuan Hokkien Muar 5,000.00
7. Persatuan YMM Cawangan Muar 3,000.00
8. Persatuan Guru-Guru Cina Muar 3,000.00
9. Persatuan Chiong Chuan 3,000.00
10. Persatuan Perniagaan Juru Gambar Daerah Muar 3,000.00
11. Pemuda Persatuan Chiong Chuan 3,000.00
12. Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Muar 5,000.00
13. Persatuan Pesara Daerah Muar 3,000.00
14. Persatuan Penjaja-Penjaja Bergerak Muar 3,000.00
15. Teo Chew 10 District Muar 3,000.00
JUMLAH 48,000.00


SOALAN 21 (A142)

Mengapakah pihak Jabatan Pelajaran Johor tidak membenarkan ADUN Bentayan menyewa Dewab SJK (C) Pei Yang, Muar (No. Rujukan : JPNJ/31/0005/Jld.25(51)) di mana jabatan menyatakan tidak pernah meluluskan penggunaan premis sekolah untuk kegunaan mana-mana parti politik tetapi boleh menyewakannya kepada parti BN, adakah jabatan mengamalkan sikap pilih kasih dalam kes penyewaan dewan sekolah?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI MAULIZAN BIN BUJANG

Pihak Jabatan Pelajaran Johor tidak membenarkan ADUN Bentayan menyewa Dewan SJK (C) Pei Yang, Muar (No. Rujukan : JPNJ/31/0005/Jld.25(51)) bertarikh 13 Ogos 2009 adalah kerana ia bertentangan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 7/1991 : Penggunaan Kemudahan Sekolah Oleh Pertubuhan Dan Persatuan Belia.

“Satu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan (Sekarang Kementerian Pelajaran Malaysia) untuk membenarkan pertubuhan dan persatuan belia menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah bagi tujuan menjalankan aktiviti masing-masing.

2. Dengan ketetapan ini, pertubuhan dan persatuan belia boleh memohon kepada pihak pentadbir sekolah untuk menggunakan kemudahan yang ada seperti dewan, bilik darjah, gelanggang permainan, padang, dan asrama bagi tujuan mengadakan mesyuarat, menjalankan kursus, ceramah, kelas lanjutan dan seumpamanya, di luar waktu persekolahan atau semasa cuti sekolah. Kebenara menggunakan kemudahan sekolah ini…”

Sehubungan itu, dalam permohonan ADUN Bentayan bertarikh 11 Ogos 2009 adalah jelas menunjukkan ianya tidak menepati syarat yang diperuntukkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1991 atas alasan berikut :

i. Permohonan ini bukan atas nama mana-mana pertubuhan mahupun persatuan belia.
ii. Majlis yang dipohon adalah Majlis Makan Malam Bersama Ketua Menteri Pulau Pinang. Kenyataan mengenai aktivit yang berlandaskan kepada parti politik tidak terdapat sama sekali dalam Surat Pekeliling Ikhtisas tersebut.
iii. Pihak Jabatan Pelajaran Johor tidak pernah meluluskan permohonan daripada mana-mana parti politik sepertimana yang didakwa oleh ADUN Bentayan.


SOALAN 26 (A137)

Bilakah kerajaan akan mengotakan peruntukannya yang telah dijanjikan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada 3 buah SKJC iaitu SJK (C) Pei Yang, SJK (C) Chung Hwa 2A, SJK (C) Sing Hwa dan 1 buah Sek. Men. Persendirian Chung Hwa, Muar semasa lawatan beliau ke SJK (C) Pei Yang, Muar iaitu sebelum PRU Ke-12 yang lepas?

JAWAPAN Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR

Peruntukan berjumlah RM500,000.00 kepada SJK (C) Pei Yang telah dikeluarkan melalui cek Maybank No. 665794 bertarikh 23 November 2009 dan akan diserahkan dalam masa yang terdekat.

Sementara bagi SJK (C) Chung Hwa 2A, SJK (C) Sing Hwa dan Sek. Men. Persendirian Chung Hwa, Muar adalah dalam proses melengkapkan dokumen-dokumen berkaian yang diperlukan. Peruntukkannya akan diproses Perbendaharaan Negeri Johor sebaik saja dokumen tersebut lengkap.


SOALAN B72

Masalah menara telekomunikasi yang didirikan di bumbung kedai-kedai di Bandar Muar telah menyebabkan penduduk setempat merasa bahawa kesihatan mereka tidak terjamin, adakah lesen dikeluarkan oleh pihak MPM kepada mereka dan berapakah jumlah kesemuanya?

JAWAPAN

Semua pembinaan struktur dan menara pemancar telekomunikasi di dalam Negeri Johor perlu mematuhi garis panduan yang terdapat di dalam garis panduan pembinaan menara dan struktur system pemancar telekomunikasi di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang disediakan oleh Kementerian Tenaga Komunikasi Multimedia (KTKM) pada April 2002.

Berpandukan kepada laporan dari kajian-kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dan akademik tiada bukti saintifik menunjukkan bahawa system telefon mudah alih atau gelombang/frekuensi daripada menara dan struktur pemancar telekomunikasi boleh mengakibatkan kesan-kesan terhadap kesihatan manusia seperti kanser, kecacatan kelahiran, kehilangan ingatan, sakit kepada, pening dan sebagainya.

Komuniti saintifik antarabangsa bersetuju sebulat suara bahawa kuasa yang dihasilkan daripada antenna stesen pemancar telekomunikasi mudah alih terlalu rendah untuk menghasilkan risiko kesihatan selagi orang awam tidak bersentuhan secara langsung dengan antenna tersebut.

Kenyataan ini turut disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Agensi Nuklear Malaysia (ANM), Pertubuhan Kesihatan Dunis (WHO) U.K. National Radiological Protection Board (NRPB) 1999, The Royal Society of Canada dan The United Kingdom Independent Expert Group Report.

Semua pembinaan struktur dan menara pemancar telekomunikasi di dalam daerah Muar perlu mendapatkan kelulusan Permit Sementara dari Majlis Perbandaran Muar. Keputusan bagi meluluskan permohonan ini dibincangkan di dalam Mesyuarat OSC Majlis Perbandaran Muar yang turut dihadiri oleh wakil daripada jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan.

Jumlah pemancar telekomunikasi yang telah diberikan permit sementara di dalam daerah Muar adalah seperti berikut :-

1. Struktur atas bangunan - 44 buah tapak
2. Menara atas tanah - 91 buah tapak
135 buah tapak


SOALAN B73

Adakah MPM bercadang untuk menurap jalan-jalan di Taman Sakeh dan Taman Sungai Abong Indah, Muar memandangkan jalan-jalan di kawasan tersebut telah rosak teruk?

JAWAPAN

Kerja-kerja menurap semula jalan-jalan di Taman Sakeh dan Taman Sungai Abong, Muar telah dirancang akan dijalankan dalam tahun 2010 jika mendapat peruntukan MARRIS memandangkan jalan-jalan di kawasan tersebut telah rosak teruk.


SOALAN B74

Adakah kerajaan bercadang untuk membina lampu isyarat di persimpangan Jalan Arab/Jalan Sayang/Jalan Taha Sharif memandangkan bahawa kawasan tersebut sering berlaku kemalangan jalan raya?

JAWAPAN

Setakat ini kerajaan belum bercadang membina lampu isyarat di persimpangan Jalan Arab/Jalan Sayang/Jalan Taha Sharif. Ini kerana pembinaan lampu isyarat di kawasan tersebut akan menambahkan lagi kesesakan trafik sedia ada. Majlis Perbandaran Muar (MPM) berpandangan persimpangan tersebut bukanlah persimpangan utama yang memerlukan pembinaan lampu isyarat.

Peraturan yang sedia ada di persimpangan tersebut pada masa ini adalah memadai untuk mengawal lalu lintas dengan syarat semua pengguna jalan tersebut mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakka kemalangan berlaku.


SOALAN B75

Senaraikan nama-nama taman-taman yang telah diturapkan oleh pihak MPM di kawasan DUN Bentayan dan nyatakan kosnya bagi setiap satu?

JAWAPAN

Berikut adalah senarai nama-nama taman-taman yang telah diturapkan oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM) di kawasan DUN Bentayan berserta kosnya bagi setiap satu.


Bil Taman Mukim Kosnya (RM)
1. Taman Kenanga Mukim Bandar Muar 100,000.00
2. Taman Sri Emas Mukim Bandar Muar 229,900.00
3. Taman Murni Mukim Bandar Muar 476,502.00
4. Taman Sri Emas 4 Mukim Bandar Muar 229,919.00
Jumlah 1,036,321.00

Bil Taman Mukim Kos (RM)
1. Taman Orkid 349,200.00
2. Taman Bakariah 518,990.00
3. Taman Utama 476,502.00
4. Taman Sakeh Jaya 174,710.00
Jumlah 1,125,360.00

Bil Taman Mukim Kos (RM)
1. Jalan Maharani Jalan Sultan Ismail-ke 304,020.00
Jalan Hashim, Muar
2. Taman Sakeh Baru Jalan Bandar Muar 549,930.00
Jumlah 853,950.00

Bil Taman Mukim Kos (RM)
1. Taman Arosa Mukim Bandar 121,148.00
2. Taman Ken. Tun Ismail (fasa 1) Jalan Bakri 91,100.00
3. Taman Ken. Tun Ismail (fasa 2) Jalan Bakri 128,700.00
4. Taman Emas 11 Mukim Bandar Muar 59,960.00
Jumlah 400,908.00
Jumlah keseluruhan 3,416,539.00


SOALAN B76

Adakah Kerajaan Negeri bercadang dengan mewujudkan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan pemaju-pemaju tempatan untuk membangunkan sebuah bandar baru Muar supaya bandar ini tidak lagi dipanggil Bandar Pencen lagi?

JAWAPAN

Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui pihak Majlis Perbandaran Muar (MPM) sentiasa berusaha untuk memastikan Bandar Muar dibangunkan seiring dengan pembangunan yang rancak dijalankan di kawasan persekitaran dengan menjalinkan kerjasama dengan pemaju-pemaju tempatan.

Setiap tahun, melalui peruntukan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang disalurkan melalui Kerajaan Negeri dan seterusnya kepada MPM digunakan untuk membangunkan serta meningkatkan kemajuan di Bandar Muar, Warisan budaya dijaga dan ditambah baik dari masa ke semasa.

Antara perancang pembangunan yang telah dilaksanakan sehingga bulan Ogos 2009 adalah seperti :

Projek di bawah pakej rangsangan Contohnya
ekonomi Kedua 2009

i) Penyelenggaran projek-projek kecil dalam Menaik taraf sistem parit-parit di Jalan
PBT Negeri Johor Hospital Muar, Taman Mesra dan Jalan
Joned antara Taman Tanjung Impian
ii) Projek Monsoon drain/roads/potholes Menaik taraf perparitan di Kawasan
di kawasan PBT Negeri Johor Perindustrian Sungai Terap, Kawasan
Perindustrian Bakri, Muar dan Taman
Guru, Muar
iii)Penyelenggaran projek-projek kecil di Menaik taraf parit di Kampung Ubi,
penempatan tradisional dan tersusun Jalan Daud, menaik taraf semula Jalan
dalam kawasan PBT Negeri Johor Rumah Kilat, Jalan Sungai dan Kampung
Parit Perupuk, Jalan Junid, Muar

Tuesday, December 8, 2009

Turunkan sikap ultrakiasu sebelum berdebat

Oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee

Dipetik dari Utusan Malaysia, Rencana Mingguan Malaysia, AHAD 6 DISEMBER 2009

PADA pagi 25 November 2009, saya menerima panggilan daripada ibu pejabat MCA.

Panggilan tersebut disusuli dengan surat jemputan rasmi daripada Pemuda MCA mengajak saya berdebat dengan ketua mereka secara terbuka bersama Prof Khoo Kay Kim mengenai sekolah satu aliran.

Selepas itu saya menerima panggilan daripada akhbar Cina mengenai respon saya berkaitan cabaran tersebut. Saya katakan kepada mereka baca respons saya dalam Mingguan Malaysia. Dulu saya boleh bersabar setelah dikutuk dan dicerca selama berminggu-minggu oleh akhbar sekutu ultrakiasu ini, kenapa kali ini akhbar tersebut tidak boleh bersabar menunggu jawapan saya. Apakah berita mengenai saya mahu diekspoitasikan lagi? Sabarlah, sebab sabar itu sebahagian daripada iman.

Alhamdulillah, masanya telah tiba. Saya amat bersyukur Kay Kim telah menerima jemputan tersebut. Biar kita berbincang secara terbuka. Kalau boleh forum atau debat ini disiarkan secara langsung melalui saluran televisyen dan media elektronik di negara kita.

Biar rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam usaha untuk memperkasakan sebuah negara bangsa. Pendidikan negara tidak boleh dipolitikkan. Ia terlampau suci dalam memperkasakan anak bangsa kita berbilang kaum ini. Saya ingin mencadangkan supaya forum tersebut dikendali dalam bahasa Melayu sebagai menyahut seruan 1Malaysia, bukannya bahasa Inggeris. Kita juga mahu melihat watak segelintir produk SJKC yang dipilih khas untuk membahaskan isu-isu ini dalam bahasa kebangsaan.

Sebelum berdebat, saya ingin berpesan kepada ketua pemuda MCA dan rakan-rakannya yang begitu ghairah supaya menyelesaikan sandiwara parti sendiri dahulu. Adakah debat ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian terhadap masalah dalaman parti? Atau apakah mungkin masalah parti ini digunakan sebagai alasan untuk menuntut dan mendesak?

Nasihat saya, jangan terikut-ikut dengan rentak parti ultrakiasu yang tidak pernah mahu mengalah. Parti ultrakiasu ini amat licik, dan pandai mengambil kesempatan. Apakah ada pakatan dalam menimbulkan isu ini?

Saya cadangkan ketua pemuda tersebut berhenti menangis disebabkan masalah dalaman parti sebelum berdebat.

Saya bimbang selepas berdebat nanti menangis lagi. Jangan buang air mata kerana politik. Biarlah kita banyak menangis memikirkan kebesaran Tuhan dan bersyukur dengan nikmat yang melimpah-ruah di negara kita. Itu lebih membawa makna. Kuasa yang diperolehi pada hari ini adalah pinjaman. Ia boleh hilang bila-bila masa seperti apa yang melanda parti pemuda itu. Justeru, gunakan dengan betul, jangan terlalu mendesak sehingga terikut-ikut rentak parti ultrakiasu. Kita perlu ada pendirian, terutama dalam memperkasakan 1Malaysia.

Saranan saya lagi, sebelum berdebat, pemuda MCA kena fikirkan dan merangka strategi bagaimanakah hendak memenangi hati orang Cina pada pilihan raya akan datang agar tidak terlepas ke tangan golongan ultrakiasu.

Tidakkah MCA sedar bahawa kerusi yang mereka menangi hari ini adalah kerusi yang dipertandingkan di kawasan majoriti Melayu? Jangan pura-pura buat tidak faham akan toleransi dan sokongan orang Melayu? Mungkinkah orang Melayu (Islam) akan menang jika bertanding di kawasan bukan Melayu?

Sebenarnya orang Melayu amat berat untuk mengundi orang bukan Melayu jika ada calon Melayu bertanding di tempat yang sama. Kenapa mereka sanggup undi bukan Melayu (Cina dan India)? Saya minta kajilah sifat-sifat mulia ini. Jangan asyik jadi melompat apabila sekolah vernakular diusik. Fikirkanlah soal masa hadapan.

Ingatlah! Orang Melayu yang memberikan kemenangan kepada MCA. Jika tidak, MCA dan Gerakan akan berputih mata. Berapa banyak lagi jawatan senator akan dilantik untuk memenuhi kuota orang Cina di negara kita ini.

Jika dikira undi yang dimenangi oleh MCA apabila menentang DAP, kebanyakan undi MCA adalah undi Melayu walaupun ia kalah di tangan ultrakiasu. Siapakah yang lebih bertolak ansur dan tidak perkauman? Melayu sanggup ketepikan prinsip semata-mata kerana MCA. Beruntungnya MCA dan Gerakan, walaupun kalah, kerusi senator tetap ada.

Lebih jelas lagi, semakin parti ultrakiasu memenangi banyak kerusi, semakin banyaklah kerusi senator untuk MCA dan Gerakan. Untung sungguh ketiga-tiga parti ini. Menang atau kalah, tetap menang. Siapakah yang rugi?

Orang Melayu juga yang terpaksa berkorban. Sikap berkorban ini amat baik terutama sempena Hari Raya Korban, tetapi jangan sampai terkorban? Pihak yang satu lagi bila mahu berkorban? Takkan sekadar hadiri majlis-majlis korban untuk mengatakan inilah semangat 1 Malaysia.

Kemudian ditampal dalam blog. Taktik ini sudah basi. Kalau tidak percaya lawati laman blog ahli parlimen ultrakiasu dan tidak kurang laman pemuda yang mahu berdebat itu.

Terbaru, beberapa pertubuhan Cina telah menyuarakan hasrat mereka mendesak kerajaan menggantikan MCA dengan mereka kerana MCA sudah tidak lagi boleh mewakili kepentingan orang Cina.

Saya ingin bertanya berapa banyak lagi pertubuhan mahu diminta untuk mewakili kepentingan orang Cina. Tidaklah parti ultrakiasu, Gerakan dan NGO-NGO perkauman itu sudah mewakili? Lantang mengkritik, di dalam ada yang memujuk. Ini tidak termasuk negeri-negeri yang dimenangi oleh sekutu ultrakiasu seperti di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, tidak ketinggalan Perak sebelum ini? Apakah suara mereka tidak ada jika MCA tidak wujud?

Hemat

Pada hemat saya, jika tidak ada parti-parti perkauman ini hak mereka tetap terpelihara, sebab ia telah dijamin dalam perlembagaan dan juga ajaran suci Islam.

Saya yakin, Islam yang dianuti oleh orang Melayu tidak akan meminggirkan orang bukan Islam berbanding nasib orang Melayu di Singapura. Terbukti, apabila orang Islam memerintah, bukan Islam boleh hidup senang lenang. Hak mereka terjamin.

Semua ini berpunca daripada toleransi ajaran Islam yang mengajar penganutnya supaya tidak melaku penganiayaan terhadap orang lain. Tetapi apabila bukan Islam memerintah, orang Islam amat tersiksa jiwa raga mereka.

Ambillah pengajaran filem kisah benar bersejarah Kingdom of Heaven yang ditayangkan di TV2 baru-baru ini mengenai hubungan antara Islam (Salllahuddin al-Ayubi) dan Kristian dalam perang salib berhubung kota Baitulmaqdis pada tahun 1188.

Ketika tentera salib memerintah, umat Islam dibunuh sewenang-wenangnya. Kekejaman digambarkan sehingga darah umat Islam yang dibunuh sampai ke paras lutut. Namun, apabila tentera Islam berjaya menewaskan tentera salib, bukan Islam tidak dibunuh, malahan hak-hak mereka sentiasa dijaga. Tawanan perang tentera salib turut diberi rawatan oleh orang Islam.

Inilah hebatnya ajaran Islam yang terus dipraktikkan pimpinan Islam negara kita sehingga ke hari ini. Justeru, janganlah ambil kesempatan sehingga hilang rasional dan menjadi ultrakiasu?

Dalam surat pemuda MCA kepada saya, mereka mengatakan artikel saya tulis pada 22 November telah mengundang kemarahan ibu bapa, murid-murid dan alumni sekolah Cina. Persoalan saya, bilakah kajian dibuat? Takkan dalam masa 3 hari MCA telah membuat penyelidikan dan mendapat jawapan.

Apakah saya silap melabelkan ultrakiasu ini pada kumpulan tertentu sahaja, sehingga terlepas pandang pada sayap pemuda ini? Saya harap pemuda MCA tidak sampai ke tahap itu. Sekian lama berada di dalam BN, takkan masih tidak faham lagi aspirasi dan cita rasa kerajaan? Jangan terikut dengan parti ultrakiasu, nanti generasi kita yang rugi.

Terus terang saya katakan, orang Melayu tidak akan rugi untuk jangka masa panjang jika peningkatan bilangan mereka semakin bertambah, manakala bilangan orang Cina terus menurun.

Tak tahulah pulak jika kita tukar strategi dengan membawa masuk orang Vietnam dan China dengan cara mengahwini mereka! Mungkin Kementerian Dalam Negeri boleh siasat. Sekiranya trend peningkatan ini terus berlaku, bermakna hak Melayu akan manjadi semakin banyak.

Mereka boleh ubah perlembagaan pada masa akan datang, termasuk menghapuskan sekolah vernakular. Akibatnya, siapakah yang rugi nanti? Justeru, jangan terlalu mengambil kesempatan disebabkan oleh situasi politik yang tidak banyak menyebelahi Melayu Islam pada hari ini.

Jika kita terus menerus menjadi defensif dan ultrakiasu, yang rugi nanti adalah anak cucu cicit kita. Adalah lebih baik hari ini kita lebih memahami orang Melayu daripada terlebih memahami barat. Kalau kita terus tunjukkan keras kepala akhirnya keturunan kita yang menjadi mangsa.

Ketika itu kita telah menjadi nenek moyang. Kita akan dikutuk habis-habisan oleh generasi akan datang kerana terlampau ultrakiasu.

Namawee adalah contoh jelas ultrakiasu. Sudahlah kontroversi menghina lagu Negaraku masih panas, terbaru mengenai sikap ultrakiasu beliau terhadap TNB. Saya tidak menyalahkan beliau sepenuhnya. Sikap TNB juga perlu diperbetulkan.

Adakah kita serius dengan bisnes kita? Talian 15454 kadangkala memang tidak dijawab, setelah dihubungi beberapa kali.

Ini menyebabkan Namawee datang sendiri ke pejabat TNB disebabkan oleh masalah blackout di kawasan kediamannya. Beliau memaki-hamun TNB dengan kata-kata amat kesat dalam bahasa Cina apabila aduan beliau tidak dilayan dengan baik oleh kakitangan TNB yang ketika itu sedang makan pisang dan minum kopi.

Spesies ini sebenarnya masih ramai. Pembawaan sikap ini ada kaitan dengan sistem pendidikan dan politik perkauman hari ini.

Biro Tata Negara tidaklah sebahaya sikap ultrakiasu. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dengan hujah yang disampaikan BTN seperti yang dilaporkan, sebab kita ada hak untuk menerima atau menolak. Sama juga situasi kenapa parti ultrakiasu dan sekutunya boleh berkawan dengan Pas, tetapi menolak negara Islam Pas?

Sikap ini lagi bahaya sebab kita menjadi duri dalam daging atau musuh dalam selimut. Berpura-pura baik di hadapan, di belakang menikam. Pada saya, kita kena fikir bahaya di depan mata iaitu ego sikap ultrakiasu, pendidikan perkauman dan politik perkauman.

Saya akan bersetuju dengan kursus anjuran pakatan ultrakiasu mengganti kursus BTN jika kursus tersebut boleh menurunkan sikap ultrakiasu yang bersarang pada diri mereka termasuk yang menjemput berdebat?

Saya bimbang mereka akan terus menjadi lebih ultra. Kalau tidak percaya, cuba masukkan satu modul mengenai sistem kenegaraan Melayu, negara Islam dan hak-hak istimewa Melayu untuk dibincangkan bagi lebih memahami hasrat orang Melayu dan Islam. Lihatlah reaksi segelintir mereka dalam ketiga-tiga parti ini?

Berkali-kali telah saya sebut, tolak ansur yang ada pada masa kini perlu dihargai. Tidak cukup dengan itu, akta demi akta undang-undang telah dipinda untuk menjaga hati dan memuaskan semua pihak, sehingga hati sendiri terguris, tetapi sekumpulan ultrakiasu ini tidak pernah puas. Beri betis hendak peha. Kita perlu melakukan sedikit pengorbanan hari ini, jika tidak generasi akan datang akan terkorban. Fikirkan semua isu ini sebelum kita berdebat.

Friday, December 4, 2009

魏宗贤: 培养50万拨款近日移交, 另3中小学文件处理中。



文打烟区州议员魏宗贤说,根据柔佛州务大臣拿督阿都干尼给他的书面答复,麻坡培养华小将在近日获得50万零吉的拨款。


他表示,前任首相敦阿都拉于2007年12月7日巡视麻坡培养华小时,答应拨款培养华小,中华2A华小,醒华华小及中化中学。


他说,根据大臣的书面答复,有关方面已于今年11月23日开出一张志银50万零吉的支票,会在近日移交给培养华小。


他表示,中华2A华小,醒华华小及中化中学的款项发放工作已在文件处理阶段,柔佛州财政司将在收到完整的文件后处理有关的款项。

Wednesday, December 2, 2009

魏宗賢:兩機構1987至2007年‧從未向州議會呈財務報告


(柔佛‧新山)行動黨文打煙區州議員魏宗賢指出,柔佛州文化遺產基金會(Yayasan Warisan Johor)和柔佛州體育館機構(Perbadanan Stadium Johor)在1987年至2007年之間,從未向柔州議會提呈財務報告書。

魏宗賢週三(11月25日)在州議會的自由辯論環節上表示,他從今次州議會的財務報告書上發現柔佛州文化遺產基金會於今年提呈給柔州議會的財務報告,所記載的賬目年份,是介於1993年12月31日至2007年12月31日,年份長達15年。

此外,他說,他也從今次州議會的財務報告書上獲悉柔佛州體育館機構所提呈的賬目年份,是介於1989年12月31日和2007年12月31日,賬目的年份長達19年。

他補充,根據總稽查司報告,柔佛州截至今年3月31日為止,共有66個州政府機構和單位未向州議會提呈財務報告,這當中就包括:柔佛州文化遺產基金會和柔佛州體育館機構。

他表示,柔佛州務大臣拿督阿都干尼是上述兩個法定機構的主席。他質疑為何州政府可讓這兩機構在這麼長的時間內未呈交財務報告予州議會。

他認為,州政府應對上述兩機構不負責任的態度,採取行動。

魏宗賢:雖移交模擬支票‧4華校迄今未獲撥款

州议员魏宗賢出示一份由柔佛州務大臣所簽署的撥款文件,這份撥款文件上面寫著中化二A小學可獲得政府的30萬令吉撥款。


行动黨文打煙區州議員魏宗賢表示,麻坡的3所華小及一間獨中於2007年獲得時任首相敦阿都拉宣佈撥款,並移交了模擬支票,但是,這4所華校迄今未獲得有關的撥款。

魏宗賢週三(11月25日)在州議會的自由辯論環節上指出,2007年,時任首相的敦阿都拉巴達威分別作出以下撥款的宣佈,這包括:麻坡培養小學的50萬令吉的撥款、麻坡中化二A小學的30萬令吉撥款、麻坡醒華小學的10萬令吉撥款,以及麻坡中化中學的10萬令吉撥款。

在議會現場,魏宗賢也向眾人出示一份由柔佛州務大臣拿督阿都干尼所簽署的撥款文件,這份撥款文件上面寫著中化二A小學可獲得政府的30萬令吉撥款。

文件未寫明日期

魏宗賢說,這份文件雖有大臣的簽名,但是,文件上未有日期。

他表示,上述4項撥款已於2007年進行模擬支票的撥款移交儀式,新聞也在各報刊出了。但是,有關撥款卻遲遲未見撥下。為此,他希望政府遵守承諾,早日發下撥款。

另一方面,魏宗賢也提出麻坡嶺嘉的華人墓地7英畝土地的地契申請問題。他希望政府能儘快批准有關的申請。

他表示,副首相曾於今年9月以前,口頭上答應當地居民,將撥出嶺家的5英畝作為華人墓地。但是,柔州務大臣卻於今年9月曾在州議會上回覆說,有關申請已被拒絕。

店前大樹築蜂窩!麻民眾促當局速滅蜂

楊應財(左一)帶領文打烟区州议员魏宗賢(右一)及選區助理陳鈰雄視查樹上的蜂窩。
店屋前的樹上形成有如小孩般高度的蜂窩,令居民憂心忡忡。


(麻坡)店屋前的大樹長蜂窩,令商家及居民憂心忡忡。

投訴者是來自麻坡金枝路的楊應財,從事冷藏食品生意,他說,由於近日在報章上常讀到民眾遭虎頭蜂螫死的新聞,令民眾聞蜂色變。

他說,在短短一天內就形成如小孩般高度的蜂窩,會隨著風吹而擺動,令人看了捏把冷汗,也擔心蜜蜂隨時會攻擊民眾。

楊應財較後向文打煙州議員魏宗賢尋求協助,魏宗賢也隨即聯絡麻坡消拯局,要求當局派員前來消滅蜂窩。當局決定在夜間進行滅蜂行動。

文打煙區州議員魏宗賢呼吁民眾在滅蜂行動未展開前,不要特意攻擊蜂窩,家長也應避免小孩用石頭等射擊蜂窩,避免發生意外。