诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Friday, December 3, 2010

Bil air SAJ naik sehingga 30 kali ganda akibat kecuaian kontraktor MPM!



Gambar: Dari kiri ialah YB Gwee Tong Hiang dan Cik Lim Ai Lin yang sedang menunjukkan tanda kebocoran paipnya akibat kecuaian pihak kontraktor MPM!

Pada sebulan yang lalu, Majlis Perbandaran Muar telah menjalankan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di kawasan Jalan Hashim, Muar. Kini sebulan telah berlalu dan kerja-kerja masih belum siap dan telah menyebabkan kesulitan kepada ramai pengguna di Jalan Hashim.

Pemilik Pusat Aerobik Careme yang telah menerima bil SAJ pada tarikh 28-11-2010 merasa amat terkejut melihat bahawa bil SAJ untuk bulan Nov 2010 adalah sebanyak RM294.59. Kenaikan bil air secara mendadak adalah disebabkan oleh kecuaian kontraktor MPM yang mengorek parit dihadapan kedainya dan telah mengakibatkan paip airnya bocor selepas meter SAJ.

Oleh kerana ketidakpuasan dengan ketinggian bil SAJ tersebut, beliau telah membuat aduan kepada ADUN Kawasan Bentayan, YB Gwee Tong Hiang dan meminta bantuan khidmatnya supaya suatu penyelesaian dengan pihak MPM mengenai kebocoran paip serta kenaikan bil SAJ dapat diselesaikan.

Cik Ai Lin memberitahu kepada ADUN Kawasan Bentayan, YB Gwee Tong Hiang bahawa Pusat Aerobik Careme hanya digunakan sebagai pusat mengajar tarian dan aktiviti seperti ini tidak menggunakan air yang banyak sehingga boleh mencecah RM 300.00.

Menurut YB Gwee, aduan tersebut akan dipanjangkan kepada pihak MPM mengenai kecuaian pihak kontraktor MPM yang menyebabkan kebocoran paip Pusat Aerobik Careme.

Menurutnya lagi, semalam pihak kami telah berjumpa dengan En Jamaludin Hj A. Hamid, iaitu Setiausaha MPM dan hasil dari perbincangan tersebut, En Jamaludin menyatakakan bahawa pihak Kontraktor MPM bersedia untuk mengantikan paip bocor dan bagi penyelesaian Bil SAJ masih lagi dalam perbincangan dengan kontraktor berkenaan YB Gwee Tong Hiang berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera bagi meringankan beban Cik Ai Lin.

0 comments: