Tanggal 10-10-2010 negara kita di gemparkan dengan berita kemalangan yang berlaku di kilometer 223, Lebuh raya Utara-selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat di Alor Gajah, Melaka yang telah meragut nyawa 13 orang dan lebih 40 orang cedera yang melibatkan dua bas, tiga buah kereta dan sebuah van. Mengapakah kejadian ini berlaku?
Rakyat Malaysia sering dikatakan dengan sikap sopan santun tapi apabila memandu di jalanraya namun sikap berubah serta merta sebaik sahaja memegang stereng dan memecut kenderaan tanpa mempedulikan keselamatan diri dan pengguna lain. Tindakan memotong barisan, memintas dan memecut laju di kawasan bahaya menjadikan angka kemalangan meningkat. Kalau hanya melibatkan kecederaan ringan, ia mungkin boleh menjadi pengajaran, tetapi kalau mengakibatkan kecederaan parah atau kematian lebih mendukacitakan keluarga kepada pengguna yang tidak berdosa.
Dengan meminda Akta Pengangkutan Jalan untuk memperketatkan peraturan jalan raya sekali gus boleh mengurangkan kadar kemalangan di Negara ini. Pemandu- pemandu di Malaysia dapat memandu kenderaan dengan lebih berkhemah. Kerajaan Negeri Melaka mencadangkan supaya semua bas ekspres dan bas pelancong diwajibkan mengunci mekanisme pedal minyak bagi mengawal had kelajuan. Cadangan supaya semua bas ekspres di pasang dengan alat menghadkan kelajuan pernah dibangkitkan dua tahun lalu. Namun, keberkesanan dan kesesuaian masih dikaji kerana ia dikatakan melibatkan kos pada pihak industri pengangkutan.