SOALAN 16 (A23)
Sehingga September 2010, berapakah jumlah stesen minyak yang menawarkan Perkhidmatan Jualan Produk CNG (Compressed Natural Gas) untuk kegunaan kenderaan NGV di seluruh Negeri Johor dan apakah perancangan kerajaan bagi mempro,osikan penggunaan NGV di kalangan pengguna kenderaan dengan jumlah stesen minyak tersebut?
JAWAPAN Y.B. ENCIK HOO SEONG CHANG
Sehingga September 2010, sebanyak 26 buah stesen minyak Petronas di negeri Johor menawarkan perkhidmatan jualan produk CNG (Compressed Natural Gas) untuk kegunaan kenderaan NGV (Kenderaan Gas Asli).
Kerajaan telah memperkenalkan beberapa insentif bagi menggalakkan penggunaan NGV. Antaranya ialah :
(i) Membantu Pusat Servis bagi perkhidmatan NGV memalui pengecualian 100 peratus cukai import ke atas conversion kit atau alat penukaran. PETRONAS NGV merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memantau dan menyelia pusat servis yang layak untuk mendapat pengecualian ini.
(ii) Cukai jalan bagi kenderaan NGV juga diberi potongan sebanyak 25 peratus bagi yang menggunakan bi-fuel dan 50 peratus untuk yang menggunakan monogas.
SOALAN 21 (A22)
Mengapakah pihak Kerajaan sering membuat keputusan dengan tergesa-gesa tanpa pengetahuan atau berdialog dengan pihak terlibat seperti dalam Kes Perpindahan Perhentian Bas Bentayan ke Stadium Sultan Ibrahim, Muar menjelang Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, adakah keputusan sebegini telah membazirkan banyak wang dan masa rakyat?
JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL
UNTUK MAKLUMAN DEWAN YANG MULIA INI, KEDUDUKAN STESEN BAS BENTAYAN ADALAH BERHAMPIRAN DENGAN JAMBATAN SULTAN ISMAIL BAGI LALUAN MASUK DARI UTARA DAN PASAR AWAM MAHARANI DI SEBELAHNYA. KEDUA-DUA FAKTOR INI YANG MENJADI PENYUMBANG UTAMA KESESAKAN DI SEPANJANG JALAN DARI JAMBATAN SULTAN ISMAIL TERUS KE JALAN SALLEH TERUTAMANYA DI MUSIM PERAYAAN.
CADANGAN PERPINDAHAN SEMENTARA OPERASI STESEN BAS BENTAYAN KE STADIUM SULTAN IBRAHIM, MUAR SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2010 BAGI TEMPOH 2 MINGGU BERMULA 6 HINGGA 19 SEPTEMBER 2010 TELAH DIPUTUSKAN DALAM MESYUARAT LALULINTAS YANG DIADAKAN PADA 2 SEPTEMBER 2010 YANG TURUT DIHADIRI OLEH POLIS TRAFIK, JPJ DAN LPKP BERTUJUAN BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN LALULINTAS DI DALAM BANDAR MAHARANI KHASNYA DI JALAN MAHARANI. WALAU BAGAIMANAPUN, PIHAK MAJLIS TELAH MENANGGUHKAN CADANGAN TERSEBUT SETELAH MENGAMBILKIRA KESULITAN PENGUSAHA PENGANGKUTAN AWAM, DAN JUGA ORANGRAMAI.
PADA MASA AKAN DATANG, PIHAK MAJLIS AKAN MERANGKA LEBIH AWAL PERANCANGAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI STESEN BAS BENTAYAN BAGI MENGELAKKAN KESESAKAN LALULINTAS DI MUSIM-MUSIM PERAYAAN AKAN DATANG SETELAH MENGAMBILKIRA KEPENTINGAN SEMUA PIHAK TERMASUKLAH PENGUSAHA PENGANGKUTAN AWAM SERTA KEMUDAHAN ORANG RAMAI.
SOALAN 34 (A24)
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Johor untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di Kawasan Perindustrian Jalan Gemang, Segamat dan adakah kejadian berterusan sebegini telah menakutkan para pelabur untuk melabur di Segamat?
JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL
KERJA-KERJA MENAIKTARAFKAN SISTEM PERPARITAN DENGAN MELEBARKAN SAIZ PARIT-PARIT DI KAWASAN PERINDUSTRIAN JALAN GENUANG SEGAMAT TELAH DI JALANKAN SECARA BERPERINGKAT SEJAK TAHUN 2007 SEHINGGALAH SEKARANG YANG MELIBATKAN KOS SEBANYAK RM 3.5 JUTA MELALUI PERUNTUKANNYANG DIPEROLEHI DARI PIHAK UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI JOHOR DAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI YANG DIKHUSUSKAN UNTUK LINGKUNGAN KAWASAN INDUSTRI.
MASALAH BANJIR YANG BERLAKU ADALAH BERPUNCA DARIPADA SISTEM PERPARITAN YANG MENGALIRKAN DARI KAWASAN INDUSTRI YANG TIDAK DINAIKTARAFKAN ATAU DILEBARKAN SEJAUH LEBIH KURANG 1.3KM YANG MELIPUTI JALAN JKR, LANDASAN KERETAPI (KTM), TANAH-TANAH PERSENDIRIAN, LADANG HINGGA KE KAWASAN PERUMAHAN DI BUKIT SIPUT.
0 comments:
Post a Comment