诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Tuesday, November 2, 2010

Pelajar Kesal Ditipu


Muar – Seorang pelajar kolej swasta di Muar, dekat sini melahirkan kekesalan apabila mendakwa ditipu sebuah syarikat telekomunikasi terkenal dengan tawaran pakej yang menarik.

Alice Lim Shen Sze, 19, berkata, sebagai pelajar dia begitu tertarik untuk memiliki komputer riba melalui pakej pelajar ditawarkan syarikat berkenaan.

Menurutnya, bagaimanapun difahamkan dia perlu mematuhi syarat pakej itu dengan membuat permohonan sebanyak RM68 sebulan berserta kontrak selama setahun dan kemudahan talian tetap.

Memandangkan amat memerlukan komputer riba, dia mengambil keputusan untuk memohon pakej berkenaan.

“Pada 15 Oktober lalu, saya bersama bapa telah pergi ke cawangan syarikat telekomunikasi berkenaan di Muar untuk membuat permohonan dan dikenakan bayaran deposit sebanyak RM75,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bentayan di sini, semalam.

Katanya, kemudian pada 18 Oktober lalu, pekerja kontraktor syarikat berkenaan datang ke rumahnya di Bakri untuk memasang talian tetap internet serta dikenakan bayaran sebanyak RM50.

Alice berkata, meskipun rumahnya itu sudah mempunyai talian tetap dan Streamyx, dia masih perlu memasang talian berkenaan untuk mendapatkan komputer riba itu.

“Lebih mengejutkan apabila semalam (kelmarin), saya menerima panggilan telefon daripada syarikat berkenaan dan memaklumkan bahawa pakej yang ditawarkan telah dihentikan serta merta.

“Saya tidak berpuas hati dan menghubungi pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan tetapi jawapan yang diberikan tidak munasabah,” katanya.

Katanya, dia sangat kecewa dan mahu menghentikan kemudahan talian tetap itu tetapi dikenakan bayaran penalti sebanyak RM300.

“Saya berasa tertipu dan teraniaya dengan pakej yang ditawarkan ini. Sudahlah dikenakan bayaran penalti tetapi komputer riba yang dijanjikan ini masih tidak diterima,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang berkata, beliau simpati dengan nasib yang menimpa pelajar itu.

Menurutnya, beliau telah menghubungi pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan dan mereka akan mengadakan perbincangan serta menyelesaikan masalah itu dengan pihak atasan.

“Sepatutnya isu bayaran tambahan penalti sebanyak RM300 tidak boleh timbul kerana pelajar itu mahu menghentikan kemudahan ini apabila mengetahui pakej ini telah dihentikan serta merta.

“Sekiranya masalah ini tidak selesai, saya tidak teragak-agak untuk memanjangkan permasalahan ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengelakkan lebih ramai yang menjadi mangsa,” katanya.

0 comments: