诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Thursday, November 18, 2010

Pelajar Bumiputra Meminta pertolongan daripada ADUN Bentayan mengenai Tawaran Politeknik.

Gambar dari kiri ialah Puan Zabedah Binti Hassan (Ibu), Shahriah Binti Abu Bakar (Kawan), YB Gwee Tong Hiang, Nurul Syazana Binti Osman dan Norul Ashikin Zulkiffli (Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat ADUN Bentayan)

Pusat Khidmat ADUN Bentayan, hari ini telah dikunjungi oleh Puan Zabedah Binti Hassan yang tinggal di Kg. Jalan Hj Abdullah, Muar mengenai kesukaran beliau untuk menghantar anak perempuan beliau yang bernama Cik Nurul Syazana Binti Osman untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Diploma Pengurusan Logistik & Rangkaian Bekalan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, Pahang.

Program yang mengambil masa selama 6 semester akan bermula pada bulan Disember 2010 dan tarikh pendaftarannya adalah pada 30-11-2010.

Puan Zabedah memberitahu kepada YB Gwee Tong Hiang bahawa beliau tidak berkemampuan untuk membayar wang pendahuluan sebanyak RM700.00 dan telah dinasihatkan oleh YB Gwee bahawa anak beliau boleh mendapat bantuan kewangan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

YB Gwee juga menyatakan kepada beliau bahawa pihak kerajaan negeri tidak memperuntukkan sebarang bantuan kewangan kepada semua ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di Negeri Johor tetapi atas sumbangan daripada penyokong-penyokong DAP, DAP Parlimen Bakri telah menubuhkan sebuah tabung untuk menolong golongan yang kurang berupaya yang dinamakan Projek Sunshine.

Diharap Projek Sunshine akan dapat membantu meringgankan beban Puan Zabedah dan berdoa Cik Nurul Syazana dapat melanjutkan pelajarannya tanpa dibelenggu oleh masalah kewangan.

0 comments: