诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Tuesday, November 30, 2010

Masalah kewangan bukan halangan

Depan dari kiri, Cik Se Pei Teng (PA ADUN Bentayan), Cik Lim Ai Lin (Pembantu Khas ADUN Bentayan), Khoo Ah Huat (Pengerusi Projek Sunshine DAP Bakri), Nurul Syazana, YB Gwee Tong Hiang dan Cik Norul Ashikin.
Belakang: Puan Zabedah Binti Hassan (IBU)

Ibu bapa digesa jangan putus asa hantar anak belajar ke peringkat tinggi
Pada tarikh 18-11-2010, Pusat Khidmat ADUN Bentayan telah dikunjungi oleh Puan Zabedah Binti Hassan yang tinggal di Kg. Jalan Hj Abdullah, Muar mengenai masalah kewangan untuk menghantar anak perempuan beliau yang bernama Nurul Syazana Binti Osman untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Diploma Pengurusan Logistik & Rangkaian Bekalan di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Semambu, Pahang. 

Puan Zabedah telah memberitahu kepada ADUN Bentayan, YB Gwee Tong Hiang bahawa beliau tidak berkemampuan untuk membayar wang pendahuluan pendaftaran Politeknik sebanyak RM700 dan telah dinasihatkan oleh YB Gwee bahawa anak beliau boleh memohon pinjaman pendidikan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 

YB Gwee juga menyatakan kepada beliau bahawa pihak kerajaan negeri tidak memperuntukkan sebarang bantuan kewangan kepada semua ADUN-ADUN Pakatan Rakyat di Negeri Johor tetapi atas sumbangan daripada penyokong-penyokong DAP, DAP Parlimen Bakri telah menubuhkan sebuah tabung untuk menolong golongan yang kurang berkemampuan yang dinamakan Projek Sunshine DAP Bakri. Adik Nurul Syazana juga telah dihulurkan sedikit bantuan kewangan melalui Projek Sunshine DAP Bakri. 

Dengan pertolongan Cik Norul Ashikin yang juga merupakan Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat ADUN Bentayan, pada tarikh 24-11-2010 adik Nurul Syazana telah berjaya mendapat kelulusan daripada pihak PTPTN dan wang sebanyak RM1,500 telah diterima sebagai Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP). 

Walau bagaimanapun, beliau hendaklah membayar balik WPP sebanyak RM1,500 kepada pihak PTPTN selama 3 semester bermula Semester ke 2. Difahamkan bahawa Nurul Syazana bakal menerima pinjaman PTPTN sebanyak RM2,500 untuk setiap semester. 

Dengan pengurangan sebanyak RM500 tersebut yang menyakinkan beliau untuk berniat untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan hariannya semasa berada di Politeknik.

YB Gwee Tong Hiang mengesa ibubapa yang tidak berkemampuan supaya tidak berputus asa untuk menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi kerana kini terdapat banyak institusi yang menyediakan bantuan berbentuk pinjaman untuk melanjutkan pendidikan anak-anak mereka ke Menara Gading. Para ibu-bapa tidak perlu risau lagi dan berharap setiap pelajar mestilah belajar bersungguh-sungguh semasa dibangku sekolah tidak kira apa status kedudukan pendapatan keluarga mereka.

0 comments: