诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Thursday, November 18, 2010

YB Gwee Tong Hiang telah berjaya dipilih untuk terus mengetuai Jawatan Pengerusi Jawatankuasa DAP Parlimen Bakri
民主行动党峇吉里国会选区联委会日前进行改选 魏宗贤众望所归续掌主席职。


魏宗贤也是文打烟区州议员在会上感谢党员们的支持及爱戴继续推举其担任主席领导峇吉里国会选区联委会党员们推动党务。

他也呼吁党员们团结一致, 互相合作为随时来临的闪电大选做好准备。 同时他也表示希望能够成立更多的新支部,招募更多的新党员加入民主行动党的大家庭一起奋斗也可壮大我党的组织。

民主行动党峇吉里国会选区联委会2010-2011年新届理事会名单:-

主席: 魏宗贤
署理主席: 林生发
副主席: 蔡佩珠
秘书: 王运梁
副秘书: 刘美玲
财政: 辜亚发
组织秘书: 魏淑梅
宣传秘书: 林荣华
政治教育局主任: 汤国钦
妇女事务秘书: 颜雪慧
委员:周良鹏,邱天来,温利全,李崇光, 吕燕玲
查账:刘文贵,蔡崇凯
中央代表:李崇光

大会也通过以下8项议案:

i. 谴责国阵政府滥用公帑, 耗资50亿建设100层摩天楼。 呼吁将这笔钱用作建设学校, 医院, 大学等等惠及人民的设施。
ii. 谴责国防部长指华印裔从军比率偏低是因为 “他们不爱国”论.

iii. 谴责政府花费223万令吉进行注册选民活动,却只有少数成功注册。 呼吁政府效仿德国, 芬兰, 丹麦等国家推行自动选民登记制度
iv. 谴责麻坡市议会缺乏管理基本设施
v. 呼吁麻坡市议会尽快维修已严重损坏的黄金丹戎跑步区vi. 强烈要求政府尽快理清已故赵明福冤死案, 还其家人一个公道。
vii. 呼吁麻坡市议会尽快更换破旧的州旗,以免落人笑柄有损国家形象viii. 呼吁麻坡市议会增设巴士候车亭尤其是在新加望路。

Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bakri telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya untuk memilih AJK barunya untuk tempoh 2010/2011, ADUN Kawasan Bentayan, YB Gwee Tong Hiang telah Berjaya dipilih semula untuk mengetuai jawatan Pengerusi Jawatankuasa.

YB Gwee Tong Hiang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua perwakilan didalam kawasan Parlimen Bakri kerana memilih beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa untuk meneruskan mengetuai Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bakri dan seterusnya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke -13 nanti.

Beliau berkata PRU-13 mungkin akan diadakan dalam masa yang terdekat, oleh itu semua ahli-ahli haruslah berganding bahu dan membuat persediaan dari sekarang dan bekerja sebagai satu pasukan yang kukuh supaya menang dalam PRU-13 nanti.

Beliau juga berharap supaya dapat menubuhkan lagi lebih banyak cawangan-cawangan baru di dalam kawasan Parlimen Bakri dengan cara itulah berharap ia akan dapat menarik lagi ramai ahli-ahli baru untuk menyertai parti DAP.

Ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bakri 2010-2011 yang berjaya dipilih dalam MAT tersebut adalah seperti berikut :

Pengerusi : Gwee Tong Hiang
Timbalan Pengerusi : Lim Kem Wat
Naib Pengerusi : Chua Poy Choo
Setiausaha : Wee Jon Leong
Penolong Setiausaha : Lau Moi Leng
Bendahari : Khoo Ah Huat
Setiausaha Organisasi : Gwee Suh Mei
Setiausaha Publisiti : Stephen Lim Yong Hwa
Pengarah Pendidikan Politik : Toon Kock Keng
Setiausaha Hal Ehwal Wanita : Gan Sheh Hui
Ahli-ahli Jawatankuasa : Chew Lian Peng, Koo Tian Lai, Hong Yen Chyen, Lee Tong Kong, Ler Yam Leng
Wakil Ke Kongres Parti : Lee Tong Kong
Juruaudit : Low Boon Kui, Chua Chon Kai

Usul-usul Yang Dipertimbangkan dan diluluskan Oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan:

i. Membantah sekeras-kerasnya kerajaan Barisan Nasional membazirkan wang sebanyak RM50 billion untuk membina bangunan 100 tingkat yang dinamakan Menara Warisan Merdeka. Mencadang supaya menggunakan wang tersebut untuk membina sekolah, hospital, universiti dan lain-lain yang dapat memberi manfaat kepada rakyat.
ii. Membantah pernyataan Menteri Pertahanan yang menyatakan bahawa kekurangan penyertaan kaum Cina dan India sebagai tentera adalah tidak patrioktik.
iii. Membantah kerana SPR membelanjakan sebanyak RM2.23 juta untuk menjalankan kempen pendaftaran pemilih baru tetapi hanya segelintir sahaja telah berjaya didaftarkan. Menyeru kerajaan supaya sistem pendaftaran pemilih dijalankan secara otomatik seperti mana sistem yang serupa telah dilaksanakan di Negara Jerman, Finland, Denmark, Norway dan Taiwan
iv. Kesal terhadap MPM kerana tidak menjalankan penyelengaraan kemudahan awam mengikut jadual dan seterusnya telah mengakibatkan pembaziran wang rakyat.
v. Menyeru pihak MPM supaya membaiki tempat “jogging” yang telah rosak di Tanjung Emas, Muar.
vi. Menyeru pihak kerajaan mempercepatkan Perbicaraan Inkuas terhadap kes kematian mendiang Teoh Beng Hock supaya suatu keadilan dapat diberikan kepada keluarganya.
vii. Menyeru pihak MPM menggantikan Bendera Negeri Johor yang telah usang yang digantung di atas Jambatan Sultan Ismail, Muar demi menjaga nama baik negeri ini.
viii. Menyeru pihak MPM supaya menambahkan lagi pondok menunggu bas terutamanya di kawasan Jalan Sungai Abong.

0 comments: