诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Saturday, November 13, 2010

PAS Bukan Pak Turut

SENAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang menyangkal parti Pas adalah sekadar menjadi sebuah parti pak turut tetapi bergerak atas nama Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, mereka mempunyai perjuangan yang sama mempertahankan hak dan keadilan rakyat untuk dinikmati secara bersama yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

“Kepimpinan ketiga-tiga parti ini sentiasa bergerak bersama melalui sebuah keputusan yang dicapai melalui meja rundingan dan perbincangan yang dilakukan dari semasa ke semasa demi mencapai keputusan yang mantap.

“Di samping itu, barisan PR juga sentiasa berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dan keadaan ini berbeza dalam UMNO yang mana ada parti yang sebenarnya menjadi pak turut sebenarnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tong Hiang berkata, masing-masing mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat untuk memangkin serta memajukan parti sebagai usaha mengukuhkan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Menurutnya, perkara ini jelas kelihatan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Unda�ngan Negeri (DUN) Galas dan Parlimen Batu Sapi meskipun Pas tewas atas faktor tertentu dan kemenangan Barisan Nasional (BN) juga atas sebab tertentu.

“Walaupun Pas kalah bertanding dalam kedua-dua PRK itu, namun apa saya cuba tekankan di sini adalah semangat satu pasukan yang mana kami bertanding atas nama PR sebagai membantu antara satu sama lain.

“Ini menunjukkan bahawa para penyokong tidak semestinya menyokong calon Pas semata-mata tetapi turut menyokong perjuangan dalam PR demi menegakkan keadilan serta saling bekerjasama,” katanya.

Beliau menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah tidak berasas dan tidak adil kerana individu tersebut berbeza aliran serta berada dalam platform berlainan dan tidak sepatutnya memberi komen demikian.

Terdahulu, Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, pada masa ini Pas walaupun mempunyai organisasi kukuh, jentera mantap, ahli teramai dan pengaruh peringkat umbi kuat berbanding parti pembangkang lain tetapi ia hanya sekadar menjadi pak turut.

Menurutnya, sepatutnya berdasarkan kepada kelebihan Pas itu, ia wajib menjadi dominan dalam pakatan pembangkang, sekali gus sebagai wadah alternatif Melayu Islam selain daripada UMNO.

0 comments: