诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Sunday, February 6, 2011

Projek Sunshine DAP Bakri Membantu Mangsa Banjir di Lenga

Pada tarikh 05-02-2011, YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) telah mengetuai AJK DAP Bakri ke Lenga untuk menghantar 165 kotak RO Water ke sana hasil tajaan dari Projek Sunshine dan orang awam. Turut serta dalam rombongan tersebut adalah termasuk Pengarah Projek Sunshine, Sdr. Khoo Ah Huat, Sdr. Chew Lian Peng, Sdr. Lim Kem Wat, Sdr. Tay Chin Hwa, Sdri. Chua Poy Choo dan Sdri. Lim Ai Lin (PA ADUN Bentayan).
Sedang memunggah 165 kotak RO Water keatas lori.

Sdr. Chew Lian Peng sedang memunggah RO Water keatas lori.
Ketibaan di Batu 29, Lenga telah dapat menemui kawan sedarjah, Lim Moi Peng, yang sekarang telah menetap di Singapura dan bekerja sebagai seorang jurutera mekanikal.
Pegawai dari Pejabat Tanah Daerah Muar tidak membenarkan YB Gwee Tong Hiang memunggah 165 kotak RO Water ke atas bot kerana Isteri kepada Sultan Johor, Tuanku Zarikh Sofia sedang berada dikawasan tersebut! 
Tuanku sedang menaiki perahu miliki BOMBA, sedang menuju kearah kami.

AJK Projek Sunshine DAP Bakri sedang memunggah 165 kotak RO Water keatas perahu yang disediakan oleh pihak tentera. 

Semua AJK Projek Sunshine DAP Bakri sedang menaiki perahu untuk menuju ke Lenga dengan membawa 165 kotak RO Water.
Rumah yang telah ditenggelami air sehingga paras bumbung!
Kita mendarat di Tokong Lenga.
YB Gwee Tong Hiang sedang bersalaman dengan para mangsa banjir yang telah ditempatkan di Dewan SJK(C) Lenga. 




Sdri. Lim Ai Lin dengan penyokong-penyokongnya.
Ketibaan kami disambut dengan meriah oleh penduduk-penduduk tempatan.
YB Gwee Tong Hiang sedang menanyakan sesuatu kepada Ketua Masyarakat Lenga, Tan Ping Her.

Setakat 05-02-2011, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan adalah sebanyak 417 orang yang melibatkan 85 keluarga di Lenga.
YB Gwee Tong Hiang memberitahu kepada Datuk Gan Ping Su (Ketua MCA Bahagian Pagoh) bahawa beliau menerima aduan daripada masyarakat tempatan dimana penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan yang tidak dibanjiri tidak dibekalkan RO Water. Ini kerana tiada bekalan air daripada SAJ dan telah menyebabkan kesulitan kepada mereka untuk menjalankan kerja-kerja harian seperti masak dan mendapat air yang bersih!





0 comments: