SOALAN 15 (A36)
Mengapakah Pameran & Pertandingan Bonsai Kebangsaan Malaysia 2010 anjuran bersama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor dan Majlis Perbandaran Muar yang dijadualkan pada 8hb hingga 19hb April 2010 bertempat di Tanjung Emas, Muar dibatalkan dan apakah impak negatif terhadap sektor pelancongan dan para peminat bonsai di Muar?
JAWAPAN Y. B. ENCIK HOO SEONG CHANG
Saya dimaklumkan bahawa Pameran & Pertandingan Bonsai Kebangsaan Malaysia 2010 adalah merupakan anjuran Persatuan Bonsai Negeri Johor dan bukannya anjuran bersama Jabatan Pelancongan Negeri Johor.
Saya juga di maklumkan bahawa acara ini yang sepatutnya dilaksanakan pada 8-19 April 2010 terpaksa dibatalkan disebabkan pihak Persatuan Bonsai Negeri Johor tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk menjayakannya.
Walau bagaimanapun, saya akan mendapatkan maklumat terperinci berhubung perkara ini dari pihak-pihak yang terlibat.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN 19 (A35)
Berapakah perbelanjaan tahunan yang digunakan oleh Majlis Perbandaran Muar, Pejabat Daerah & Tanah Muar serta pejabat-pejabat kerajaan yang lain di Daerah Muar dalam mengadakan Majlis Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina & Deepavali sejak tahun 2008?
JAWAPAN Y. A. B. DATO' MENTERI BESAR
Bagi Perbelanjaan sambutan Perayaan Peringkat Daerah Muar, Pejabat Daerah Muar telah membelanjakan RM20,200.00 pada tahun 2008 dan RM24,000.00 pada tahun 2009 untuk Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri.
Di Pejabat Tanah Muar pula, jabatan tersebut tidak ada membuat sebarang perbelanjaan untuk Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan juga Deepavali pada tahun 2008 dan 2009.
Di Majlis Perbandaran Muar, pada tahun 2008, perbelanjaan yang dikeluarkan adalah RM9,800.00 untuk Majlis Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri sahaja. Pada tahun 2009, belanja yang dikeluarkan adalah sebanyak RM5,000.00 untuk Majlis Sambutan Deepavali sahaja. Dan pada tahun 2010 pula, Majlis Sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM10,000.00.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN 17 (A31)
Sila senaraikan Bajet Tahunan Negeri Johor (sama ada ia mengalami keuntungan/defisit) semenjak Kerajaan Barisan Nasional memerintah Negeri Johor sejak Merdeka?
JAWAPAN Y. A. B. DATO' MENTERI BESAR
Yang Berhormat dari Kawasan Bentayan meminta supaya disenaraikan bajet tahunan Negeri Johor sama ada ianya bajet surplus atau defisit semenjak Kerajaan Barisan Nasional memerintah Negeri Johor sejak Merdeka.
Yang Berhormat Dato Speaker, Bajet adalah suatu anggaran yang perlu disediakan oleh Kerajaan Negeri pada setiap tahun sebagaimana yang dikehendaki oleh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895. Bajet yang disediakan itu termasuklah Anggaran Hasil, Anggaran Belanja Mengurus dan Anggaran Belanja Pembangunan yang perlu dibentangkan ke Dewan yang mulia ini pada setiap tahun untuk mendapatkan kelulusan sebelum sesuatu perbelanjaan itu boleh dilakukan.
Pada kebiasaannya bajet yang disediakan itu sama ada ianya bajet defisit atau surplus, adalah bergantung kepada senario ekonomi pada ketika ianya di bentang. Sekiranya keadaan ekonomi merudum, pada kebiasaannya bajet yang disediakan adalah bajet defisit di mana Kerajaan berbelanja lebih dari pendapatan untuk merangsangkan pasaran ekonomi memandangkan sektor swasta pada ketika itu mengurangkan perbelanjaan mereka. Begitu juga sebaliknya, jika keadaan ekonomi memberangsangkan, Bajet Surplus pula disediakan.
Yang Berhormat Dato Speaker, adalah mustahil untuk saya menyenaraikan bajet Kerajaan Negeri semenjak Merdeka memandangkan peraturan kewangan membenarkan semua buku dan rekod kewangan dan perakaunan termasuklah didalam bentuk mikro grafik atau media elektronik hendaklah disimpan dengan cermat sekurang-kurangnya selama 20 tahun sahaja.
Oleh itu bagi tempoh 20 tahun kebelakangan ini, mengikut rekod-rekod yang disimpan selamat di Pejabat Perbendaharaan Negeri, hanya buku-buku bajet mulai tahun 1990 hingga 2008 sahaja yang dapat diperolehi. Untuk tempoh 10 tahun mulai tahun 1990 hingga 1999, Kerajaan Negeri telah membentangkan bajet surplus sebanyak lima (5) kali iaitu pada 1993, 1005, 1006, 1997 dan 1998 dan bajet defisit sebanyak lima (5) kali juga pada baki lima tahun lagi. Untuk tempoh 10 tahun seterusnya iaitu mulai tahun 2000-2009, Kerajaan Negeri telah membentangkan bajet surplus sebanyak empat (4) kali iaitu pada tahun-tahun 2001, 2005, 2006 dan 2007 manakala selebihnya adalah bajet defisit.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN 19 (A35)
Berapakah perbelanjaan tahunan yang digunakan oleh Majlis Perbandaran Muar, Pejabat Daerah & Tanah Muar serta pejabat-pejabat kerajaan yang lain di Daerah Muar dalam mengadakan Majlis Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina & Deepavali sejak tahun 2008?
JAWAPAN Y. A. B. DATO' MENTERI BESAR
Bagi Perbelanjaan sambutan Perayaan Peringkat Daerah Muar, Pejabat Daerah Muar telah membelanjakan RM20,200.00 pada tahun 2008 dan RM24,000.00 pada tahun 2009 untuk Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aldilfitri.
Di Pejabat Tanah Muar pula, jabatan tersebut tidak ada membuat sebarang perbelanjaan untuk Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan juga Deepavali pada tahun 2008 dan 2009.
Di Majlis Perbandaran Muar, pada tahun 2008, perbelanjaan yang dikeluarkan adalah RM9,800.00 untuk Majlis Jamuan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri sahaja. Pada tahun 2009, belanja yang dikeluarkan adalah sebanyak RM5,000.00 untuk Majlis Sambutan Deepavali sahaja. Dan pada tahun 2010 pula, Majlis Sambutan Tahun Baru Cina telah diadakan dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM10,000.00.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN 21 (A32)
Berapakah jumlah royalti pasir yang dipungut oleh Kerajaan Negeri Johor dari tahun 1980 sehingga sekarang dan nyatakan siapakah yang diamanahkan untuk mengusahakan penjualan pasir tersebut secara terperinci?
JAWAPAN Y. A. B. DATO' MENTERI BESAR
Di Negeri Johor, terdapat tiga (3) kategori pasir yang dikenakan bayaran royalti iaitu pasir darat, pasir sungai dan pasir laut. Kadar royalti yang dikenakan adalah berdasarkan Jadual 6 Susunan IV, Peraturan Tanah Johor 1966 sebagaimana berikut;
i) Bagi pasir darat, kadar royalti yang dikenakan adalah RM3.50 per meter padu.
ii) Bagi pasir sungai, kadar royalti yang dikenakan adalah RM1.00 per meter padu.
iii) Bagi pasir laut, kadar royalti yang dikenakan adalah RM0.50 sen per meter padu.
Untuk mengesan perician royalti pasir memerlukan masa yang panjang. Bagaimanapun dri tahun 2005 sehingga Mei 2010, jumlah royalti pasir yang berjaya dikutip adalah berjumlah RM16,616,331.00. Pecahan kutipan bayaran royalti pasir mengikut daerah adalah sebagaimana berikut ;
Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri tidak terlibat sama sekali dalam sebarang aktiviti penjualan pasir. Semua penjualan adalah hak pengusaha yang telah diberikan kelulusan oleh kerajaan sama ada kelulusan tersebut adalah di atas tanah bermilik (tanah persendirian) ataupun tanah kerajaan. Kerajaan Negeri melalui agensi penguatkuasanya akan memastikan bahawa setiap pengeluaran pasir ini mematuhi syarat-syarat kelulusan seperti pembayaran royalti yang mesti dipatuhi oleh pengusaha.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN 24 (A34)
Menurut YAB Menteri Besar, peratus Kakitangan Bukan Bumiputra Kerajaan Negeri Johor adalah hanya 1.53%, sila nyatakan kategori jawatan-jawatan yang disandang serta nama-nama mereka secara terperinci dan adakah peratus sebegini dapat merealisasikan konsep 1 Malaysia?
JAWAPAN Y. A. B. DATO' MENTERI BESAR
Dimaklumkan bahawa seramai 248 orang kakitangan bukan bumiputera yang bertugas di Negeri Johor. Kerajaan Negeri Johor sentiasa melaksanakan Konsep 1 Malaysia dengan memberi perkhidmatan secara menyeluruh dan Holistik kepada semua kaum di Negeri Johor.
Dasar pengambilan kakitangan juga terbuka kepada semua kaum dan diiklankan di akhbar-akhbar tempatan. Proses temu duga dan tapisan dilaksanakan secara adil mengikut kelayakan yang ditetapkan.
Untuk makluman, mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2008 – Panduan Menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan telah menjelaskan Rekod Perkhidmatan Pegawai adalah bertaraf Sulit di peringkat jabatan. Sehubungan itu, senarai terperinci Pegawai Perkhidmatan Awam berserta jawatan dan gred gaji adalah tidak sesuai untuk dimaklumkan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN 27 (A33)
Sila nyatakan Indeks Jenayah Daerah Muar mengenai jenayah kekerasan, harta benda dan komersial (Harta Benda) seperti pecah rumah, penyalahgunaan dadah, narkotik, kenderaan dicuri, jenayah jalan, kes ragut, samun, komersial dan lain-lain?
JAWAPAN Y. A. B. DATO' MENTERI BESAR
Indeks Jenayah Daerah Muar menunjukkan penurunan sebanyak – 145 kes atau – 23.39 peratus dari Januari hingga 21 Jun 2010 berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jenayah harta benda mencetuskan 361 kes iaitu menurun sebanyak 19.95 peratus, manakala kekerasan adalah 114 kes iaitu menurun 32.54 peratus.
Sepanjang tempoh 01 Jan 2010 hingga 31 Mei 2010 juga pelbagai jenis dadah turut dirampas di Daerah Muar, ia juga melibatkan penahanan 433 orang dengan 264 daripadanya didapari positif ujian air kencing.
Polis juga sedang memantau seramai 305 orang Kena Pengawasan (OKP) di Muar dan sebanyak 201 kes jenayah komersil telah dibuka Kertas siasatannya sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN B17
Insiden di Tadika Sinario, Muar pada 10 Mac 2010 telah menyebabkan para ibu bapa amat bimbang dengan keselamatan di tadika terutamanya di bandar Muar. Apakah status terkini mengenai kes tersebut dan apakah pendekatan yang akan diambil oleh pihak Polis untuk memnjamin insiden tersebut tidak berulang lagi?
JAWAPAN
Pihak Polis Johor telah menjalankan siasatan secara saintifik dan menyeluruh daripada pelbagai sudut motif, perlakuan dan kemungkinan yang menyebabkan kejadian itu berlaku. Pelbagai pihak Kementerian dan Agensi dihubungi untuk memberikan idea dan pandangan bagi menyelesaikan kes ini. Hasil daripada maklumat orang ramai yang tampil dan berdasarkan kepercayaan yang perlu disaisat, pihak Polis telah melaksanakan tindakan berikut :-
1.1. Seramai 6 orang suspek yang dipercayai boleh membantu siasatan telah ditangkap dan siasatan terperinci dilakukan. Berasaskan kekurangan bukti dan keterangan bagi mengaitkan mana-mana saspek kesemuanya telah dibebaskan dengan arahan Timbalan Pendakwaraya.
1.2. Daripada tangkapan ini Pihak Polis merampas 7 batang tukul, beberapa buah topi keledar, pakaian suspek untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa bagi siasatan lanjut.
1.3. Dua (2) daripada suspek tersebut telah dibebaskan tanpa syarat kerana didapati tidak terlibat dalam kes ini. Manakala 4 orang lagi dibebaskan dengan jaminan Polis sementara menunggu keputusan analisa barang kes yang dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia.
Pihak Polis Muar masih lagi meneruskan penyiasatan kes itu, dan meminta maklumat daripada orang ramai menghubungi Polis jika terdapat maklumat sehingga tertangkapnya suspek yang melakukan perbuatan itu.
Pihak Polis telah mengambil beberapa pendekatan dan inisiatif bagi mencegah kejadian yang serupa berulang, namun penjenayah yang siuman atau tidak, mempunyai akal dan pemikiran mengelakkan daripada dikesan dan ditangkap Polis ketika melakukan jenayah. Pencegahan yang paling berkesan bermula daripada rumah, ibu/bapa, rakan, jiran dan pihak-pihak yang menjalankan usahawan tadika. Segala kemudahan, sistem keselamatan dan pengawal keselamatan perlu disediakan di premis-premis tadika bagi mengelakkan dan mencegah kejadian serupa berulang. Kerjasama orang ramai yang peka, perihatin dan memberikan perhatian kepada aspek keselamatan diri dan jiran perlu dalam membantu Polis mencegah dan mengesan penjenayah ini.
Namun setakat ini beberapa langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak Polis Muar untuk menjamin insiden tersebut tidak berulang lagi diberikan seperti berikut : -
2.1 Pihak Polis membuat pengumpulan maklumat dengan menumpukan operasi terhadap penagih-penagih dadah tegar, orang-orang tidak siuman yang agresif dan juga terhadap kumpulan bermotosikal (Mat Rempit).
2.2. Perjumpaan pihak Polis dengan ketua komuniti, ketua masyarakat, ketua kampung dan penghulu telah dibuat berkait kejadian ini bagi membolehkan pihak masyarakat membantu pihak Polis menyalurkan maklumat yang dapat membantu penyelesaian kes ini.
2.3. Anggota polis peronda MPV, anggota ronda bermotosikal dan anggota sektor diarah membuat rondaan di setiap tadika di daerah Muar.
2.4. Lawatan juga telah dibuat oleh pegawai JSJ, dan cawangan lain daripada IPD Muar ke tadika-tadika di daerah Muar dan nombor-nombor handphone pegawai, Hotline dan Bilik Gerakan IPD Muar telah diedarkan bagi membolehkan pihak tadika dan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes ini mahupun kes jenayah lain untuk tindakan pantas pihak Polis.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN B18
Adakah Jabatan Kebajikan Masyarakat bercadang untuk memberikan peruntukan bulanan/tahunan kepada Society Of Living Independent For Disable, Kg. Tengah, Sungai Abong, Muar?
JAWAPAN
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor tidak bercadang untuk memberikan/menyalurkan peruntukan bulanan/tahunan kepada Society of Living Independent For Disable, Kg Tengah, Sungai Abong, Muar, memandangkan dasar Kerajaan Negeri hanya akan menyalurkan peruntukan kepada mana-mana NGO's yang bertaraf negeri sahaja. Memandangkan Society Of Living Independent For Disable adalah di peringkat daerah sahaja, pertubuhan ini adalah tidak memenuhi syarat sepertimana yang ditetapkan bagi tujuan pemberian geran.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN B19
Berapakah peruntukan perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan aktiviti yang telah dibelanjakan oleh Pejabat JPMM Bentayan, JPMM Maharani, JPMM Sungai Abong dan apakah rancangan kerja-kerja kecil yang sedang/telah dijalankan untuk tahun 2008, 2009 dan 2010?
JAWAPAN
Untuk makluman, jumlah peruntukan perbelanjaan pengurusan dan aktiviti untuk JPMM Bentayan, JPMM Sg. Abong dan JPMM Maharani bagi tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut : -
Rancangan kerja-kerja kecil yang telah dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun lalu di JPMM DUN Sg. Abong, JPMM Bentayan dan JPMM Maharani adalah melibatkan seperti membekal peralatan masyarakat, peralatanpejabat, pakaian seragam, peralatan sukan, alat tulis dan kelengkapan lain.
Manakala bagi peruntukan 2010 masih belum dibelanjakan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN B 20
Berapakah perbelanjaan untuk kerja-kerja menurap jalan di Taman Bintang, Taman Sungai Abong Indah dan Taman Sungai Abong Mulia, Muar, sila nyatakan secara terperinci mengenai kontraktor berkenaan dan kosnya setiap satu per satu dan adakah kerja-kerja yang dibuat menepati standardnya?
JAWAPAN
Kerja-kerja menurap jalan di Taman Bintang, Muar, bermula pada 12 Mei 2010 telah dilaksanakan Kontraktor Kelas E iaitu Deenarmas Enterprise beralamat No. 24, Lorong Timah 2, Pesta 2, 83000 Batu Pahat menelan kos sebanyak RM222,400.00. Tarikh siap asal projek ini ialah 15 Jun 2010 tetapi dilanjutkan masa kepada 29 Jun 2010 disebabkan masalah teknikal.
Kerja-kerja menurap jalan di Taman Sungai Abong Indah pula telah dilaksanakan oleh Kontraktor Kelas E bernama So Laris Enterprise beralamat No. 68, Kg. Kenangan Dato' Onn, 83000 Batu Pahat, Johor. Projek tersebut telah menelan kos sebanyak RM459,400.00 dan telah siap kerja pada 15 Jun 2010. Manakala kos projek bagi Taman Sungai Abong Mulia adalah sebanyak RM289,880.00 yang telah dilaksanakan oleh Kontraktor Kelas E bernama Zalle Creative & Interprise beralamat B21, Bangunan Koperasi Pt. Raja, Pt. Raja 88400 Batu Pahat. Tarikh siap projek pada 15 Jun 2010.
Pihak kontraktor telah melaksanakan kerja dengan menepati keperluan yang telah ditetapkan dan mematuhi spesifikasi kerja. Bagi projek Taman Sungai Abong Indah dan projek Taman Sungai Abong Mulia, pihak kontraktor telah menerima sijil Perakuan Siap Kerja daripada Majlis Perbandaran Muar (MPM). Walau bagaimanapun, bagi projek Taman Bintang masih belum diperakukan siap oleh MPM kerana pihak tersebut masih dalam proses tuntutan bayaran.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SOALAN B 21
Berapakah bilangan pelajar-pelajar Negeri Johor yang memperolehi keputusan 7A/5A (UPSR) & 8A/7A (PMR), dan nyatakan bilangan yang dipilih memasuki ke Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Sains mengikut kaum pada setiap daerah?
JAWAPAN
Bilangan calon cemerlang bagi UPSR 2009 yang mendapat 5A adalah seramai 4,246 calon manakala yang mendapat 7A adalah seramai 2,037 calon.
Manakala bilangan calon cemerlang PMR 2009 yang mendapat 9A adalah seramai 322 calon, 8A seramai 2590 calon dan 7A seramai 378 calon.
Pihak Jabatan Pelajaran Johor (JPNJ) tidak mempunyai maklumat bilangan calon yang dipilih memasuki sekolah-sekolah berkenaan kerana pemilihan calon dibuat di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Menengah Sains. Manakala pemilihan ke Maktab Rendah Sains Mara pula diurus oleh Majlis Amanah Rakyat. Bagi calon-calon yang berjaya ke sekolah-sekolah yang berkenaan menerima secara terus surat-surat tawaran daripada Bahagian Sekolah Berasrama Penuh KPM atau MARA tanpa salinan kepada JPNJ.
0 comments:
Post a Comment