诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Wednesday, July 14, 2010

第一花园破门行窃案

文打烟区州议员魏宗贤连同新加望区州议员依不拉欣医生于七月七日,前往第一花园居民谢耀强先生的住家。谢先生一家在上个月的破门行窃事件中面临超过两万令吉的亏损,其中包括两架等离子电视和一台电脑。

随同前往的也包括了新加望警察分局局长Hamdan警曹,以及选区助理林生发。

Hamdan警曹告知谢耀强夫人梁佩芬女士,警方已经针对此案进行调查,若有发现任何嫌疑犯,会尽快联络他们。

魏宗贤劝请所有住户于晚间时分多开灯,这样方能有效地解决类似这样的犯罪案件。他也同时呼吁大家如果发现可疑的陌生人徘徊在屋子四周,必须尽快联络警方。


ADUN Bentayan, YB Gwee Tong Hiang bersama dengan ADUN Sungai Abong, YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh telah mengunjungi rumah Cheah Yaw Chang yang tinggal di Taman Pertama Indah pada 7 Julai2010. Cheah Yaw Chang sekeluarga telah mengalami kerugian lebih daripada RM20,000 kerana rumahnya telah dipecah masuk pada bulan lepas.Perkakas-perkakas termasuk 2 buah TV Plasma dan sebuah komputer telah dicuri dalam kejadian tersebut.

Yang turut serta dalam rombongan tersebut termasuk Ketua Balai Polis Sungai Abong, Sjn Hamdan dan Pembantu Kawasan ADUN Bentayan, En.Lim Kem Wat.

Sjn Hamdan memberitahu Puan Cheah, Leo Pei Fen bahawa pihak polis telah menjalankan siasatan ke atas kejadian tersebut dan akan menghubungi mereka dengan segera sekiranya terdapat suspek.

YB Gwee Tong Hiang menasihati semua penghuni supaya menyalakan lampu pada waktu malam, demikian akan dapat mengurangkan kadar kes jenayah seperti ini. Beliau juga menyarankan penghuni-penghuni menghubungi pihak polis secepat mungkin sekiranya mendapati sesiapa yang tidak dikenali sentiasa merayau-rayau di kawasan kediaman mereka.

左二起:梁佩芬女士,Hamdan 警曹,魏宗贤,林生发,依不拉欣医生
Dari Kiri kedua : Leo Pei Fen , Sjn Hamdan, YB Gwee Tong Hiang, Lim Kem Wat
dan YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh.


0 comments: