诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Monday, July 13, 2009

SOALAN-SOALAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 18-06-2009 HINGGA 08-07-2009 YANG DISOAL OLEH Y.B. GWEE TONG HIANG

Soalan 3 (A113)

Adakah pihak kerajaan bercadang membina dan memperluaskan Jeti Pengkalan Bentayan, Muar memandangkan bahawa tempat ‘parking’ untuk dikawasan tersebut telah mencapai tahap maksimum?

JAWAPAN Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani

Pihak LKIM telah mencadangkan peruntukan sebanyak RM500,000.00 untuk memanjangkan jeti sedia ada di Pangkalan Bentayan, Muar. Dijangkakan proses sebut harga akan dilaksanakan setelah kebenaran diterima daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan di Muar.


Soalan 10 (A111)

Adakah kerajaan bercadang untuk membuka kelas Bahasa Cina Tingkatan 6 di Sekolah Tinggi Muar, memandangkan pelajar sekolah tersebut yang ingin mengambil subjek tersebut terpaksa belajar bahasa itu di Melaka?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI MAULIZAN BIN BUJANG

Sekolah Tinggi Muar selama ini memang tidak menawarkan Bahasa Cina Tingkatan 6. Tiada sebarang halangan bagi pelajar sekolah yang ingin mengambil subjek tersebut dan pelajar memang dikehendaki ambil tuisyen luar.

Dicadangkan Sekolah Tinggi Muar mengemukakan permohonan guru Bahasa Cina kepada Jabatan Pelajaran sekiranya bilangan yang ingin mengambil subjek Bahasa Cina Tingkatan 6 itu melebihi 15 orang pelajar.

Mata pelajaran bahasa cina bukan merupakan subjek teras tetapi merupakan subjek pilihan sepertimana subjek-subjek bahasa tamil, pendidikan muzik, sains sukan, seni visual dan lain-lain lagi.


Soalan 14 (A116)

MPM akan mengecat semula Menara Jam, Laman Maharani, Muar yang dibina pada Julai 2007 yang telah dibina dengan kos sebanyak RM1.6 juta, berapakah perbelanjaan untuk kerja-kerja mengecat semula menara tersebut, mengapakah cat yang digunakan pada masa itu hanya dapat berdaya tahan selama 2 tahun sahaja?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah melaksanakan kerja-kerja mengecat semula bangunan-bangunan sedia ada seperti kedai-kedai lama di sekitar Padang Nyiru termasuk di Menara Jam, Laman Maharani. Kerja-kerja tersebut yang menelan belanja RM150,000.00 (peruntukan Kementerian Pelancongan Malaysia) dilaksanakan oleh kontraktor Pembinaan Suai Jaya.

Warna bangunan tersebut diubah bertujuan menukar imej daerah Muar dengan menambahkan lagi keceriaan dan pengindahan bersesuaian dengan lokasinya sebagai pintu masuk ke Bandar Maharani.


Soalan 18 (A115)

Adakah kerajaan bercadang membina tembok setinggi 10 kaki di persempadanan Medan Ikan Bakar Sabak Awor dan Taman Cahaya 2, Muar untuk menghalang sampah-sarap daripada jatuh ke dalam parit berkenaan serta menghalang pencemaran bau dan penglihatan daripada merebak ke taman perumahan berkenaan?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah merancang untuk membina tembok di sempadan antara Medan Ikan Bakar Sabak Awor dan Taman Cahaya 2 Muar.

Iklan sebut harga akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada bulan Julai 2009 dengan menggunakan peruntukan daripada MPM. Anggaran kos projek tersebut adalah RM22,000.00 yang melibatkan pembinaan tembok bata sepanjang 54 meter (177 kaki) dengan ketinggian 1.8 meter (5.9 kaki). Ketinggian ini memadai dan dapat menghalang sampah sarap daripada jatuh ke dalam parit dan tidak mencacatkan pemandangan. Ianya juga dapat mengurangkan bau yang tidak menyenangkan kepada penduduk setempat.


Soalan 28 (A114)

Tapak Bangunan UMNO Bahagian Bakri, kini telah dibangunkan sebagai Pusat Perdagangan Maharani oleh pemaju, Tai Lee Development Sdn. Bhd., adakah Tai Lee Development Sdn. Bhd. merupakan pemilik baru pusat atau berapakah % yang akan bakal dimiliki oleh pemaju dalam projek tersebut?

JAWAPAN Y.A.B. DATUK MENTERI BESAR

Tanah yang dimaksudkan adalah PTB 11340 seluas 4046mp Mukim Bandar Maharani telah diluluskan oleh kerajaan kepada UMNO Bahagian Bakri bagaimana RM Bil. 1849/98 bertarikh 26.8.1998.

Hakmilik telah pun didaftarkan di atas nama UMNO Bahagian Bakri bagaimana HS (D) 34162 dengan pajakan 99 tahun. Pemilik tanah ini iaitu UMNO Bahagian Bakri telah melantik Tai Lee Development Sdn. Bhd. sebagai perwakilan kuasa (PA) bagi membangunkan tanah ini. Kelulusan Serah Balik Kurnia Semula (SBKS) telah diperolehi pada 17 September 2008 dengan pecahan kelulusan sebagaimana berikut.

Kedai - 11 unit
Plot Perdagangan - 1 unit

Pemilikan tanah ini tidak berubah. Tai Lee Development Sdn. Bhd. hanya bertindak sebagai pemaju untuk membangunkan tanah ini sahaja dan pemilik tanah ini masih kekal UMNO Bahagian Bakri.


Soalan B 61

Senaraikan projek-projek pembangunan RMK - 9 yang sedang atau akan dilaksanakan di dalam kawasan DUN Bentayan dan Daerah Muar ?

JAWAPAN


Kerajaan sesungguhnya memang tidak pernah mengabaikan pembangunan di kawasan tersebut demi kesejahteraan rakyat. Daripada jumlah keseluruhan peruntukan RMK - 9 daerah Muar sebanyak RM812.6 juta bagi 254 projek, sejumlah RM30.8 juta peruntukan telah diluluskan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan di kawasan DUN Bentayan seperti naik taraf dan baik pulih sekolah, taman bimbingan kanak-kanak, peringkatan tahap keselamatan serta pembinaan gelanggang rakyat untuk aktiviti kemasyarakatan dan program belia di kawasan tersebut.


Soalan B 62

Adakah kerajaan bercadang untuk membina dan menaikkan taraf sistem perparitan di sebelah tepi (Jalan Haji Abu) dan lorong belakang di No. 80, Jalan Meriam, Muar (Kedai Makanan & Minuman Tin Kim Fatt) memandangkan parit tersebut telah runtuh dan uzur sekian lamanya?

JAWAPAN

MPM telah memajukan permohonan membina dan menaikkan taraf system perparitan di keseluruhan Bandar Maharani, Muar kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri. Kos keseluruhan dianggarkan bernilai RM17 juta untuk dilaksanakan dalam RMK- 10.


Soalan B 63

Sila berikan jumlah peruntukan dan perbelanjaan yang telah digunakan oleh pejabat JPMM Bentayan setakat kini?

JAWAPAN

Pejabat JPMM Bentayan telah membelanjakan sebanyak RM50,000.00 untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program di dalam DUN Bentayan.

Bagi perbelanjaan mengurus, pejabat JPMM Bentayan telah membelanjakan RM11,885.36 sehingga 18 Jun 2009.


Soalan B 64

Sila senaraikan kesemua nama-nama dan alamat-alamat penduduk miskin dan miskin tegar yang telah dikenal pasti oleh pihak Kerajaan Negeri di kawasan DUN Bentayan setakat kini?

JAWAPAN


Pejabat Daerah Muar telah mengenalpasti Tujuh (7) Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan Tujuh (7) Ketua Isi Rumah (KIR) Miskin Tegar di kawasan DUN Bentayan.


Senarai Nama Kemiskinan DUN Bentayan

Nama / K.P. Alamat Taraf Kemiskinan
ABDUL RANI BIN BAHARI LORONG HAJI OMAR, PT TIRAM Miskin
660422-01-5901

IDRUS BIN KELING KAMPUNG PARIT IDRUS Miskin
631209-01-5897

KASIM BIN ATHAN T/L 36 JALAN BAKARIAH, Miskin
640422-01-5025 MAHARANI

MAIMUNAH BINTI HUSSIN RS 3 KAMPUNG SERKAM 1 Miskin
561027-01-5086 JALAN BAKRI, BATU 1, MAHARANI

MD TAHIR BIN KOTIL PARIT SETONGKAT Miskin
530108-71-5381

NORMAH BINTI HAMZAH KAMPUNG DATO SRI AMAR Miskin
590923-08-5720

SAEMAH BINTI SAPAR POS 459 LORONG HAJI SAMSUDIN Miskin
650225-01-5348 SIMPANG 4, JALAN BAKARIAH
MAHARANI

HJH NAEMAH BTE BAHROM DATO SRI AMAR DIRAJA Miskin Tegar
350106-01-5164

MAHNOM BINTI SALAM BATU 3, JALAN SALLEH MUAR Miskin Tegar
430219-01-5304

MD IBRAHIM BIN AHMAD NO. 42-E JALAN SULAIMAN Miskin Tegar
390201-01-5265 MAHARANI

MOHD SHAH BIN ESA PARIT BETING Miskin Tegar
480903-01-5605

NORLIAH BINTI SALIM JALAN SALLEH, BUKIT TREH Miskin Tegar
390730-01-5252

SALMAH BINTI KASMAN PARIT SETONGKAT Miskin Tegar
561231-01-5972

SHEE CHAI LAI TUNKU BENDAHARA Miskin Tegar
480211-01-5575


Soalan B 65

Sila senaraikan dan asingkan jalan-jalan utama, parit-parit utama/saliran-saliran utama di Bandar Muar, sama ada ia diselenggarakan oleh pihak MPM, JKR atau JPS Muar?

JAWAPAN MPM

Senaraikan Jalan Utama Dalam Bandar Muar Yang Diselenggara MPM

1. Semua jalan-jalan di pusat Bandar
2. Jalan Bakri hingga Batu 2
3. Jalan Salleh hingga Parit Beting
4. Jalan Temenggong Ahmad hingga Parit Sakai
5. Jalan Abd. Rahman hingga Parit Sakai
6. Jalan Jonid hingga Parit Sakai
7. Jalan Sungai Abong hingga Parit Buaya
8. Jalan Dato’ Haji Kosai
9. Jalan Sulaiman
10. Jalan Daud
11. Jalan Tengku Bendahara
12. Jalan Khalidi
13. Jalan Hashim
14. Jalan Bakariah
15. Jalan Haji Abdullah

Senarai Parit-Parit Utama Dalam Bandar Muar

1. Parit Jalan Bentayan
2. Parit Jalan Othman
3. Parit Jalan Sulaiman
4. Parit Jalan Abd. Rahman
5. Parit Jalan Khalidi
6. Parit Jalan Arab
7. Parit Jalan Tiram
8. Parit Sungai Abong
9. Parit - Parit Stongkat
10. Parit - Parit Prupok
11. Parit - Parit Khadi
12. Parit - Parit Haji Baki
13. Parit - Lorong Baru
14. Parit - Jalan Bakri
15. Parit - Parit Beting

JAWAPAN JPS

Pada asasnya pembahagian kerja-kerja penyelenggaraan parit-parit utama adalah ditentukan oleh perkara-perkara berikut : -

a. Kawasan Bandar - Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Perbandaran Muar)
b. Jalan raya utama negeri dan persekutuan -Jabatan Kerja Raya
c. Kawasan Skim Saliran/Pengairan, sungai-sungai utama dan kawasan luar Bandar - Jabatan Pengairan dan Saliran

Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Bandar Maharani sejak tahun 1995 telah dilaksanakan sehingga sekarang adalah untuk menaik taraf parit-parit yang berada di dalam kawasan Bandar Muar untuk tujuan mengatasi masalah banjir dan banjir kilat di dalam kawasan Bandar. Keseluruhan kawasan yang terlibat adalah melibatkan parit-parit utama Pihak Berkuasa Tempatan dan parit-parit utama jalan raya JKR. Pembinaan dan penaik tarafan parit-parit ini dilaksanakan oleh pihal JPS melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Masalah yang berlaku adalah melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan selepas projek siap di mana Pihak Berkuasa Tempatan dan JKR tidak mahu meneruskan kerja-kerja penyelenggaraan parit yang dibina kerana parit telah semakin besar dan dalam serta kurang peruntukan. Walau bagaimanapun, untuk memastikan parit yang dibina sentiasa berfungsi dengan baik dan berkesan pihak JPS melalui peruntukan penyelenggaraan yang sedia ada menjalankan kerja-kerja pembersihan paling kurang sekali dalam setahun.

Parit-parit yang terlibat :-

a. Parit Sungai Abong
b. Parit Othman
c. Parit Jalan Bakri
d. Parit Jalan Abdul Rahman
e. Parit Perupok
f. Parit Beting
g. Parit Jalan Haji Baki
h. Parit Long Mohd.
i. Parit Setongkat
j. Parit Tiram
k. Parit Padang Golf
l. Parit Jalan Sulaiman
m. Parit Jalan Sultanah
n. Parit Tok Kadzi
o. Parit Jalan Khalidi

0 comments: