诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Wednesday, February 18, 2009

SOALAN-SOALAN BERTULIS DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 21-11-2008 YANG DISOAL OLEH Y.B. ENCIK GWEE TONG HIANG AHLI DEWAN NEGERI, KAWASAN B'YAN

SOALAN B 172

Peruntukan untuk Sekolah Menengah Kebangsaan St. Andrew dan KRT Jalan Hospital.

Pada 23-06-2008, saya telah menghantar 2 pucuk surat rasmi ke Pejabat Menteri Besar Johor mengenai perkara-perkara di atas. Bilakah kedua-dua peruntukan tersebut akan diluluskan?

JAWAPAN
Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, kedua-dua permohonan tersebut telah dimajukan kepada ADUN Bentayan. Maka sewajarnya pihak Yang Berhormat menguruskan permohonan tersebut.
SOALAN B 173

Projek Pagar Baru Poliklinik Bandar Maharani, Muar.

a. Berapa banyakkah perbelanjaan yang telah dibelanjakan ke atas projek tersebut?

b. Dari manakah datangnya peruntukan tersebut?

c. Mengapakah kerajaan harus membelanjakan sebegitu banyak untuk menggantikan pagar tersebut memandangkan pagar yang sedia ada hanya dibina tidak lama dahulu?

d. Adakah kerajaan berpendapat bahawa projek tersebut sememangnya membazirkan wang rakyat? Dalam keadaan ekonomi yang lembap ini, Kerajaan Negeri seharusnya menggunakan wang tersebut untuk projek-projek yang lebih membawa manfaat kepada rakyat tempatan!


JAWAPAN

a. Kos yang telah dikeluarkan untuk tujuan membina pagar baru di Poliklinik Bandar Maharani Muar menggantikan pagar lama yang telah mengalami kerosakan teruk adalah sebanyak RM126,000.00.

b. Bagi tujuan penyelenggaraan ini ianya menggunakan peruntukan jabatan di bawah Belanja Mengurus Pejabat Kesihatan Daerah Muar.

c. Pejabat Kesihatan Daerah Muar perlu membina semula pagar ini atas faktor-faktor keselamatan terutamanya bagi mengurangkan risiko kehilangan harta benda kerajaan dan orang ramai di dalam kawasan klinik berkenaan. Aduan sering diterima berhubung dengan kehilangan bateri kenderaan jabatan, motorsikal dan lain-lain barang berharga di dalam bangunan klinik. Selain itu, kerja-kerja penyelenggaraan ini juga termasuk membina pondok Pengawal Keselamatan dan juga membaiki pintu pagar yang telah rosak serta melebarkan pintu masuk (gate) ke klinik. Perbelanjaan di atas juga meliputi kerja-kerja membina tempat letak kereta tambahan untuk orang awam. Pemasangan lampu-lampu di pagar berkenaan adalah bertujuan untuk memberikan suasana yang lebih terang di kawasan klinik memandangkan klinik berkenaan beroperasi sehingga 9.00 malam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan dan keselesaan orang ramai.

d. Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menganggap perbelanjaan ini satu pembaziran kerana ianya menitikberatkan faktor keselamatan dan juga memberi keselesaan kepada orang ramai. Projek penyelenggaraan ini telah dilaksanakan pada 29 Februari 2008 di mana pada ketika itu belum timbul lagi masalah berhubung dengan kegawatan ekonomi seperti yang berlaku sekarang. Pekeliling Perbendaranaan Bil 7/2008 iaitu Garis Panduan Bagi Perbelanjaan Secara Berhemat hanya diedarkan dan berkuat kuasa mulai 2 Mei 2008.



SOALAN B 174

Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melebarkan persimpangan masuk dari Jalan Sungai Abong ke Taman Sungai Abong Indah, Muar kerana penduduk-penduduk Taman Sungai Abong Indah, Muar sering menghadapi kesulitan untuk keluar/masuk ke taman tersebut?


JAWAPAN

Kerajaan bercadang melebarkan Jalan Sungai Abong pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pelebaran hanya melibatkan bahagian bahu jalan sahaja tanpa melibatkan pengambilan balik tanah dan pembinaan longkang baru. Kerja-kerja tersebut melebar jalan keluar masuk ke Taman Sungai Abong Indah.



SOALAN B 175

Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina lampu isyarat di persimpangan Jalan Hashim/Jalan Bakri memandangkan persimpangan tersebut sering berlaku kemalangan jalan raya?


JAWAPAN

Pihak JKR akan mengkaji dan keperluannya memandangkan terdapat lampu isyarat sedia ada di persimpangan Jalan Sakeh yang terletak lebih kurang 200 meter daripada persimpangan Jalan Hashim/Jalan Bakri.



SOALAN B 176

Jejantas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Yang, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun dr. Ismail, Bakri Muar.

Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina jejantas di kawasan tersebut untuk memudahkan murid-murid sekolah menyeberangi jalan dan juga memastikan keselamatan para pelajar lebih terjamin?


JAWAPAN

Kajian akan dibuat di kawasan yang dipohon untuk memastikan sama ada jejantas perlu dibina di kawasan tersebut.



SOALAN B 177

Perhentian Bas Bentayan, Muar.

Perhentian Bas Bentayan yang sememangnya menempatkan bas-bas express di Bandar Muar.

Ini telah menyebabkan Jalan Maharani, Muar menjadi sibuk dan kesesakan lalu lintas sering berlaku di kawasan tersebut. Ini adalah kerana ia berdekatan dengan simpang masuk ke Bandar Muar melalui Jambatan Sultan Ismail, di samping itu juga terdapat banyak penjaja-penjaja makan dan minum berniaga di perhentian tersebut di waktu malam. Maka kereta-kereta pelanggan akan meletakkan kereta mereka di kawasan perhentian bas tersebut dan ia telah menyebabkan bas-bas express telah kekurangan tempat untuk meletakkan bas-bas mereka. Akibat daripada itu, bas-bas ekspress terpaksa meletakkan kenderaan mereka di tepi Jalan Maharani, Muar dan ini telah memburukkan lagi keadaan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut!

a) Apakah perancangan oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Stesen Perhentian Bas Bentayan, Jalan Maharani, Muar di waktu malam?

b) Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang menyediakan satu tapak yang lebih sesuai lagi untuk para peniaga-peniaga makan dan minum dikawasan tersebut supaya kadar kesihatan para pelanggan lebih terjamin dan mempunyai tapak letak kereta yang mencukupi?

c) Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk menambahkan lagi lampu-lampu awam di Stesen Perhentian Bas Bentayan, memandangkan pada waktu malam, lampu yang sedia ada, cahaya lampunya tidak mampu untuk menyinari ke seluruh kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan keselamatan para penumpang mungkin berada di tahap yang merbahaya?

d) Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menurap keseluruhan tapak Perhentian Bas Bentayan?


JAWAPAN

a. Majlis Perbandaran Muar telah mengambil tindakan dari semasa ke semasa dengan mengeluarkan kompaun kepada pemilik kenderaan yang melanggar peraturan meletak kereta dan pihak JPJ cawangan Muar juga telah meletakkan anggotanya di Perhentian Bas Bentayan setiap hari bagi mengawal kesesakan lalu lintas tersebut.

b. Pada masa ini pihak Majlis Perbandaran Muar belum bercadang untuk menyediakan tempat baru bagi peniaga-peniaga makanan di kawasan tersebut. Ini kerana Majlis Perbandaran Muar tidak mempunyai kawasan yang sesuai untuk menempatkan peniaga- peniaga tersebut.

c. Lampu-lampu di kawasan perhentian bas tersebut pada masa ini adalah memadai. Selain daripada lampu jalan sekeliling sedia ada, pihak Majlis Perbandaran Muar juga telah memasang lampu-lampu spot light.

Pihak Majlis merancang untuk menambah lampu-lampu awam menggunakan tiang G.I di tempat-tempat yang bersesuaian bagi menambah lagi keceriaan kawasan tersebut bersesuaian dengan konsep Bandar Selamat.

d. Kawasan ini telah beberapa kali diturap semula oleh pihak Majlis. Kerja-kerja menurap semula bagi kawasan ini akan dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.



SOALAN B 178

Adakah pihak JKR Negeri bercadang untuk melekatkan papan tanda bernombor telefon bersaiz besar yang boleh dihubungi di semua persimpangan lampu isyarat di bawah jagaan JKR Negeri?

Ini akan dapat membantu penglihatan yang lebih jelas oleh para pengguna jalan raya untuk membuat panggilan sekiranya lampu isyarat di sesuatu kawasan tersebut itu rosak.


JAWAPAN

Papan tanda aduan kerosakan lampu isyarat dibawah jagaan JKR telah dipasang di setiap persimpangan berlampu isyarat. Saiz papan tanda tersebut tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil dan mudah untuk dilihat sebagai panduan kepada pengguna untuk membuat aduan. Papan tanda aduan JKR yang besar telah disediakan di persimpangan-persimpangan utama di setiap daerah untuk memudahkan semua pengguna jalan raya membuat aduan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), talian Bebas Tol dan One Call Caunter.



SOALAN B 179

Banjir kilat di rumah Puan Norhizah Bt. Ishak, T/L MP 60/1, Jalan Salleh, Muar dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya.

Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaik taraf sistem perparitan di kawasn tersebut?


JAWAPAN

Pihak Majlis Perbandaran Muar telah merancang untuk menaik taraf parit sebagaimana aduan tersebut iaitu di T/L MP 60/1, Jalan Salleh, Muar dan kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya. Kos pembinaan dianggarkan berjumlah RM150,000.00. Satu sebutharga telah dikeluarkan dan ditutup pada 18 November 2008. Kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan pada bulan Disember 2008 dan dijangka siap dalam tempoh 4 minggu.



SOALAN B 180

Projek penurapan jalan tar.

Berapa banyakkah peruntukan yang lebih dibelanjakan untuk projek-projek penurapan jalan tar di :

a. Kawasan Taman Sri Emas 4, Jalan Sakeh, Muar?
b. Kawasan Taman Bakariah, Muar?
c. Kawasan Taman Indah, Sungai Abong, Muar?


JAWAPAN

Majlis Perbandaran Muar telah melaksanakan projek penurapan jalan di kawasan Taman Emas 4, Jalan Sakeh, Muar (Taman Utama Jalan Sakeh) dengan peruntukan bernilai RM104,000.00 manakala di kawasan Taman Bakariah bernilai RM518,990.00 dan kawasan Taman Indah, Sungai Abong pula bernilai RM784,100.00.



SOALAN B 181

Sila berikan senarai nama Ahli-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Muar bagi tempoh 1 Januari 2007 sehingga 31 Disember 2008 dan zonnya.


JAWAPAN

Senarai nama Ahli-Ahli Majlis yang dilantik bagi tempoh 1 Januari 2007 hingga 31 Disember 2008 mengikut zon adalah seperti berikut :-


BIL AHLI MAJLIS ZON KAWASAN YANG DILIPUTI
1. TUAN HAJI ZAKARIA PARIT TUSOF/SG. BALANG
B. MAHADI ZON 1 MELIPUTI SELURUH KAWASAN
PEKAN PARIT YUSOF DAN
SEBAHAGIAN KAWASAN TAMAN
SEMERAH, KIRI/KANAN JALAN
MUAR DAN BATU PAHAT HINGGA
KE PEKAN SG. BALANG
2. ENCIK TEY TIONG SENG ZON 2 SERI MENANTI/PARIT JAWA
MELIPUTI SELURUH KAWASAN
PEKAN SERI MENANTI KIRI
/KANAN JALAN MUAR DAN BATU
PAHAT. KAWASAN PERINDUSTRIAN
PARIT JAMIL KE PEKAN PARIT JAWA
MENGHALA KE JALAN JABBAR
KE PARIT JAWA PANTAI, JALAN ABD.
RAHMAN HINGGA KE SIMPANG
PARIT BAKAR LAUT TERMASUK
TAMAN PERUMAHAN SEKITARNYA
3. ENCIK NOR HALIM B. ZON 3 BUKIT MOR/PARIT JAWA TIMUR
HAJI HASHIM MELIPUTI DARIPADA PEKAN
PARIT JAWA MENGHALA JALAN
MAHMOOD KE BUKIT MOR
HINGGA KE SIMPANG JALAN
BAKRI/AIR HITAM DAN KE
SIMPANG JALAN BAKRI/JALAN
PARIT SERI TANJUNG. TERMASUK
TAMAN-TAMAN PERUMAHAN
SEKITARNYA
4. TUAN HAJI SALEHODDIN ZON 4 PARIT BAKAR TENGAH DAN DARAT
BIN SULAIMAN MELIPUTI DARIPADA PEKAN
PARIT JAWA MENGHALA JALAN
TEMENGGONG AHMAD KE PEKAN
PARIT BAKAR DAN PARIT BAKAR
DARAT TERMASUK TAMAN-
TAMAN PERUMAHAN SEKITARNYA
5. PUAN HALIMAH BT. TAIB ZON 5 PARIT BAKAR LAUT/JALAN JUNID
DALAM MELIPUTI JALAN ABD.
RAHMAN HINGGA KE JALAN JUNIS
DALAM HINGGA KE TANJUNG
EMAS TERMASUK TAMAN-TAMAN
PERUMAHAN SEKITARNYA
6. ENCIK LEE POH PENG ZON 6 BAKRI (BAHAGIAN A)
MELIPUTI SELURUH KAWASAN
PEKAN BUKIT BAKRI
7. ENCIK WEE CHONG YAN ZON 7 BAKRI (BAHAGIAN B)
MELIPUTI DARI SIMPANG
PETRONAS JALAN BAKRI
MENGHALA KE SIMPANG JERAM
TERMASUK TAMAN-TAMAN
PERUMAHAN SEKITARNYA DAN
DARI HULU KE SIMPANG SUNGAI
TERAP
8. PUAN HAJAH JAMILAH ZON 8 BAKRI (BAHAGIAN C)
BT. OTHMAN MELIPUTI DARI SIMPANG
JERAM HINGGA KE BULATAN
JALAN BAKRI KIRI/KANAN
JALAN TERMASUK TAMAN-TAMAN
PERUMAHAN SEKITARNYA
9. TUAN HAJI MAZALAN ZON 9 AIR HITAM
BIN MUSTAFA MELIPUTI SELURUH KAWASAN
AIR HITAM TERMASUK AIR HITAM
TERMASUK KAWASAN
PERINDUSTRIAN BAKRI MENGHALA
KE PEKAN BUKIT BAKRI SEBELAH
JALAN HINGGA KE SIMPANG
JALAN PARIT SERI TANJUNG
10. TUAN HAJI SYED SALIM ZON 10 (BANDAR E)
BIN SYED MOHAMED MELIPUTI JALAN HAJI JAIB
TERMASUK LORONG-LORONG
TAMAN MURNI, TAMAN AROSA,
TAMAN PERMAI, KG. KELANTAN,
KG. DATO' SERI AMAR DIRAJA,
TAMAN SENTOSA, PARIT KADHI
DAN JALAN TEMENGGONG AHMAD
11. CIK LIM SIEW CHOW ZON 11 (BANDAR A)
MELIPUTI SELURUH PUSAT
BANDAR, JALAN ARAB, JALAN ALI,
JALAN MERIAM, JALAN ABDULLAH
JALAN MAHARANI DARI BULATAN
JALAN BAKRI KE BULATAN
JALAN MAJIDI, JALAN PETRI-
KE PADANG NYIRU
12. ENCIK CHELVARAJAN A/L ZON 12 (BANDAR B)
R. SUPPIAH MELIPUTI JALAN DAUD DAN
SEKITAR KAWASAN KG. DATO'
BENTARA LUAR, SEKITAR STADIUM
MUAR, JALAN DATO' HAJI HASSAN
DAN TAMAN-TAMAN PERUMAHAN
SEKITARNYA
13. TUAN HAJI OTHMAN ZON 13 (BANDAR C)
BIN TAIB MELIPUTI SEKITAR PUSAT
BANDAR BERMULA DARI PADANG
NYIRU MENGHALA JALAN SALLEH
KE LAMPU ISYARAT SIMPANG
JALAN ISMAIL, JALAN BAKARIAH
TERMASUK KAWASAN HOSPITAL,
PARIT TIRAM, JALAN HASHIM
DAN JALAN BENTAYAN
14. ENCIK HATTA BIN MOHD. ZON 14 (BANDAR D)
MELIPUTI DARI LAMPU ISYARAT
SIMPANG JALAN ISMAIL,
JALAN BAKARIAH, JALAN SALLEH,
PARIT STONGKAT, BUKIT TREH
HINGGA KE SIMPANG SG. TERAP
DAN TAMAN-TAMAN PERUMAHAN
SEKITARNYA
15. PUAN FONG SOH LAN ZON 15 (SG. ABONG A)
MELIPUTI DARI SIMPANG
JALAN HOSPITAL SEBELAH
KANAN JALAN MENGHALA
KE LAMPU ISYARAT JALAN
HJ. ABDULLAH, SG.ABONG
TERMASUK TAMAN-TAMAN
PERUMAHAN JALAN SAKEH
DAN SEKITARNYA
16. ENCIK SEK KIEU @ ZON 16 (SG. ABONG B)
FAN NONG SHIN MELIPUTI DARI SIMPANG
JALAN HOSPITAL SEBELAH
KIRI JALAN MENGHALA KE
LAMPU ISYARAT JALAN ABDULLAH,
SG. ABONG TERMASUK
TAMAN-TAMAN PERUMAHAN
JALAN SAKEH DAN SEKITARNYA
17. ENCIK LEE CHING YONG ZON 17 (SG. ABONG C)
MELIPUTI DARI SIMPANG
LAMPU ISYARAT SG. ABONG
KIRI KANAN JALAN MENGHALA
KE JERAM TEPI DAN SIMPANG
KG. TENGAH/SG. TERAP
TERMASUK TAMAN-TAMAN
PERUMAHAN SEKITARNYA
MASJID SG. ABONG, SEKOLAH
DAN JPJ MUAR
18. TUAN HAJI YUSOF @ ZON 18 (BUKIT PASIR A)
ABDUL AZIZ BIN HASHIM MELIPUTI DARI SIMPANG SG. TERAP
SEBELAH KIRI KANAN JALAN
MENGHALA KE PEKAN BUKIT PASIR
TERMASUK KG. PERMATANG PASIR
DAN TAMAN-TAMAN SEKITARNYA
DAN SEKITARNYA
19. PUAN SO KWEE MIN ZON 19 (BUKIT PASIR B)
MELIPUTI DARI SG.TERAP SEBELAH
KIRI JALAN MENGHALA KE PEKAN
BUKIT PASIR, JALAN JORAK DAN
KAWASAN PERINDUSTRIAN JORAK
20. PUAN HAJAH SITI ZON 20 PANCHOR
HABIBAH BTE TAIB MELIPUTI SELURUH KAWASAN
PANCHOR TERMASUK KAWASAN
PERINDUSTRIAN PAGOH DAN
BANDAR BARU YANG SEDANG
DIBANGUNKAN
21. ENCIK SUPPIAH @ SUPAYA ZON 21 PAGOH (A) SEBELAH KANAN DARI
A/L RANGGASAMY MUAR MELIPUTI SELURUH KAWASAN
PEKAN PAGOH DAN TAMAN-TAMAN
PERUMAHAN SEKITARNYA
22. ENCIK KOH SAY CH'NG ZON 22 PAGOH(B)SEBELAH KIRI DARI MUAR
MELIPUTI SELURUH KAWASAN
PEKAN PAGOH DAN SEKITARNYA
SERTA SELURUH KAWASAN LENGA
23. ENCIK GAN HONG SU ZON 23 (BUKIT KEPONG)
MELIPUTI SELURUH BUKIT KEPONG
24. PUAN HAJAH KHAIRIN ZON 24 (KESANG)
NISA' BTE ISMAIL MELIPUTI SELURUH KAWASAN
SEBERANG JAMBATAN SULTAN
ISMAIL HINGGA KE SEMPADAN
MAJLIS DAERAH TANGKAK DAN
MAJLIS DAAERAH JASIN TERMASUK
TG. AGAS, PARIT BUNGA,TG. GADING
DAN SEMUA TAMAN-TAMAN
PERUMAHAN SEKITARNYA

SOALAN B 182
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melebarkan/menaik taraf Jalan Sungai Abong, Muar sehingga ke persimpangan Jalan Salleh, Muar?

JAWAPAN

Jalan Sungai Abong sehingga ke persimpangan Jalan Salleh, Muar tidak dapat dilebarkan kerana terdapat longkang utama JPS di sepenjang jalan tersebut dan terdapat rumah-rumah yang rapat. Pengambilan balik tanah perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum pelebaran dapat dilaksanakan.

SOALAN B 183

Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan taraf sistem perparitan di Jalan Sungai Abong iaitu bersebelahan dengan Rumah No. 103-7 (T/L SA 16), Jalan Sungai Abong, Muar?
Ini adalah kerana parit tanah tersebut tidak lagi mampu untuk menampung pengaliran air ke Sungai Abong daripada kawasan perumahan yang berhampiran.

JAWAPAN

Parit yang dimaksudkan merupakan parit tanah yang berada di antara rumah No. 103-7 dan sebuah rumah kayu yang tidak bernombor dan status parit ini adalah parit sempadan. Majlis Perbandaran Muar (MPM) akan menaik taraf parit tanah ini jika terdapat kebenaran daripada pemilik-pemilik tanah yang terlibat.

SOALAN B 184

Pokok-pokok di Jalan Salleh telah menghalang sinaran cahaya lampu jalan di waktu malam.

a. Mengapakah pihak MPM perlu menanam jenis pokok yang sebegitu tinggi dan lebar sehingga menghalang sinaran cahaya lampu jalan di waktu malam?

b. Apakah kelebihan menanam pokok jenis itu?

c. Berapakah perbelanjaan yang telah dibelanjakan ke atas penanaman pokok-pokok jenis ini?

d. Berapakah perbelanjaan yang diperlukan untuk mengupah kontraktor-kontraktor untuk menebang/memotong pokok jenis ini apabila ia mencapai tahap merbahayakan kepada pengguna-pengguna jalan raya?

JAWAPAN

a. Kerja-kerja penanaman pokok yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Muar adalah mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Lanskap Negara. Di samping itu, Majlis Perbandaran Muar juga menyahut saranan daripada Kerajaan Negeri Johor yang menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan menanam lebih banyak pokok teduhan bagi mengimbangi cuaca panas yang melampau.

b. Pokok-pokok yang ditanam di kawasan tersebut merupakan jenis pokok yang mudah hidup dan kurang penyelenggaraan serta memberi impak teduhan kepada orang ramai.

c. Pokok-pokok yang terdapat di kawasan tersebut merupakan pokok-pokok yang telah ditanam melebihi 20 tahun. Oleh itu, kos sebenar bagi penanaman pokok tersebut tidak dapat dikenal pasti.
Pada masa ini anggaran kos penanaman pokok teduhan dari spesis tecoma berjumlah RM95.00 meliputi kos pokok (RM75.00), kos tanah campuran/top soil(RM5.00) dan kos upah tanam (RM15.00).

d. Kerja-kerja penyelenggaran seperti mencantas atau menebang pokok yang merbahaya adalah dilakukuan oleh pekerja Majlis Perbandaran Muar sendiri tanpa melibatkan kos tambahan.

SOALAN B 185

Aduan penduduk-penduduk Taman Cahaya Baru, Jalan Ismail, Muar mengenai Medan Ikan Bakar Sabak Awor.

a. Mengapakah pihak MPM membina pusat pembuangan sampah sisa pepejal bersebelahan dengan tempat perumahan iaitu Taman Cahaya Baru, Muar? Pusat pembuangan sisa pepejal ini telah menyebabkan pencemaran bau yang amat dahsyat kepada penduduk- penduduk tempatan serta kesihatan penduduk-penduduk tempatan juga tergugat.

b. Adakah tempat itu sesuai untuk dijadikan tempat pembuangan sisa pepejal yang kekal oleh peniaga-peniaga Medan Ikan Bakar Sabak Awor?

c. Sekiranya tidak, bilakah ia akan dipindahkan ke tempat yang lain yang lebih sesuai lagi?

JAWAPAN

Pusat pembuangan sampah yang disediakan adalah kawasan yang paling sesuai untuk medan ikan bakar Sabak Awor berdasarkan :

i) Konsep dan reka bentuk gerai.
ii) Kedudukan tapak (diantara Sungai Muar dan Taman Cahaya).
iii) Keluasan tapak yang terhad.

Pihak Majlis Perbandaran Muar telah mengambil langkah-langkah mengatasi bau seperti berikut :-

i) Mempastikan pihak Southern Waste Management membuat pungutan sampah pada setiap hari. Punca bau adalah berikutan kegagalan pihak SWM melaksanakan kutipan sampah mengikut jadual.
ii) Mencuci kawasan dan lantai pembuangan secara berjadual.

Kedudukan tapak sekarang adalah sesuai dan memudahkan peniaga dan juga lori sampah untuk masuk memungut sampah secara berjadual. Pihak Majlis Perbandaran Muar belum bercadangn untuk memindahkan tempat pembuangan sampah tersebut tetapi mengambil langkah-langkah seperti di perenggan di atas.

SOALAN B 186

PBT-SWM.
a) Bilakah perjanjian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditandatangani dengan pihak SWM?
b) Dalam perjanjian itu, berapakah bayaran yang sepatutnya harus dibayar oleh setiap PBT kepada SWM?
c) Memandangkan masa perjanjian sudah tersebut telah begitu lama ditandatangani oleh kedua-dua pihak, dan kawasan-kawasan perumahan juga telah bertambah, maka kerja- kerja pembersihan SWM juga bertambah, adakah pihak kerajaan telah menambahkan peruntukan pembayaran kepada SWM untuk menampung penambahan kerja-kerja pembersihan mereka?

JAWAPAN

a. Perjanjian diantara majlis bandaraya johor bahru (mbjb) dan majlis perbandaran johor bahru tengah (mpjbt) dengan southern waste management (swm) telah ditandatangani pada 30 september 1997 dan pel;aksanaan penswastaan bagi kedua-dua pbt tersebut bermula pada 1 november 1997 secara interim. Manakala lain-lain pbt kecuali majlis perbandaran pasir gudang pejanjian ditandatangani pada tahun 2003. Memandangkan tempoh kontrak perjanjian telah pun tamat, semua pbt telah diminta oleh pihak kementerian perumahan dan kerajaan tempatan untuk menyambung tempoh perjanjian mengikut bulan ke bulan sehingga penswastaan sebenar dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan.

Berikut disenaraikan tarikh mula kontrak dan tarikh tamat kontrak pengurusan sisa pepejal di pihak berkuasa tempatan negeri johor dengan southern waste management sdn. bhd.

Bil PBT Tarikh Mula Kontrak Tarikh Tamat Kontrak
1. MBJB 1997 30 November 2008 (*)
2. MPJBT 1997 31 Oktober 2007
3. MPKu 1 Mei 2003 1 Mei 2008
4. MPM 1 Julai 2003 1 Julai 2008
5. MPBP 1 Julai 2003 1 Julai 2008
6. MPK 15 Ogos 2003 15 Ogos 2008
7. MDP 1 September 2003 1 September 2008
8. MDS 1 September 2003 1 September 2008
9. MDKT 1 Oktober 2003 1 Okotber 2008
10. MDSR 16 Oktober 2003 16 Oktober 2008
11. MDYP 16 Oktober 2003 16 Oktober 2008
12. MDL 31 Oktober 2003 31 Oktober 2008
13. MDT 1 November 2003 1 November 2008
14. MPM 1 November 2003 1 November 2008
(*) tempoh kontrak bagi MBJB dan MPJBT dari 1997 hingga 2001 ditandatangani setiap tahun, bermula 2002 ditandatangani untuk tempoh 5 tahun. MBJB telah menandatangani perjanjian tahun ke tahun sejak 31 Oktober 2007.

b. Berdasarkan perjanjian yang ditandatangani, bayaran yang perlu dijelaskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor kepada Southern Waste Management adalah berjumlah RM6,455,277.59. Jumlah bayaran mengikut Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut :
BIL PBT JUMLAH BAYARAN BULANAN KEPADA SWM
SEMASA DIAMBIL ALIH (RM)
1. MBJB 2,465,503.00
2. MPJBT 908,560.00
3. MPKu 31,643.30
4. MPM 615,021.11
5. MPBP 655,000.00
6. MPK 466,000.00
7. MDP 212,066.84
8. MDS 350,000.00
9. MDKT 168,150.01
10. MDSR 96,000.00
11. MDYP 118,000.00
12. MDL 103,000.00
13. MDT 158,333.33
14. MDM 108,0003.00
JUMLAH 6,455,277.59

c. Bagi tambahan pegangan di kawasan perumahan baru, bayaran tambahan bulanan telahpun diambilkira oleh Pihak Berkuasa Tempatan semasa menjelaskan bayaran perkhidmatan pengurusan sisa pepejal kepada Southern Waste Management Sdn. Bhd.

Jadual di bawah menunjukkan jumlah bayaran bulanan kepada Southern Waste Management terkini :-
BIL PBT JUMLAH BAYARAN BULANAN KEPADA
SWM TERKINI (RM)
1. MBJB 2,712,852.80
(2,465,503.00 + 247,349.80)
2. MPJBT 1,349,202.93
3. MPKu 356,643.30
4. MPM 708,962.53
5. MPBP 731,000.00
6. MPK 714,000.00
7. MDP 239,371.39
(212,066.84 + 27,304.55) )
8. MDS 394,491.47
(350,000.00 + 44,491.47)
9. MDKT 333,291.01
10. MDSR 1,033.526.59
11. MDYP 130,700.03
12. MDL 106,939.26
13. MDT 158,333.33
14. MDM 112,098.31
JUMLAH 9,051,413.15



SOALAN B 187
Sistem Saliran Perparitan di Kg Kenangan Tun Dr Ismail 1 (Pesta 1), Jalan Bakri, Muar.

a. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperbaiki sistem saliran parit berdekatan dengan Kg. Kenangan Tun Dr Ismail 1, Jaaln Bakri, Muar (Tiang Lampu MYP 33A), iaitu parit besar bersambung ke terowong kecil (parit kecil) dan ia telah mengakibatkan parit tersebut sentiasa tersumbat?

b. Mengapakah MPM membenarkan pemaju perumahan Kg. Kenangan Tun Dr Ismail 1 membina sistem saliran parit yang sedemikian rupa?

JAWAPAN

Sistem perparitan di kawasan berkenaan pada asalnya adalah merupakan parit konkrit (U-Drain) yang telah dibina oleh pemaju projek kawasan perniagaan Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail 1 di sepanjang Jalan Bakri sebelum tahun 1995. Hanya kawasan ini yang mempunyai parit konkrit di Jalan Bakri manakala selebihnya masih merupakan parit tanah. Apabila Projek Tebatan Banjir Bandar Maharani dilaksanakan, program menaiktaraf parit disepanjang Jalan Bakri telah dimulakan pada tahun 1997 dengan menggantikan parit tanah kepada parit konkrit yang lebih besar dan sesuai dengan pembangunan kawasan ini dan persekitarannya. Parit konkrit yang telah dibina oleh pihak pemaju ini tidak mencapai saiz dan kedalaman (invert level-aras dasar) yang diperlukan untuk rekabentuk system saliran yang sebenar. Bagi mengatasi masalah ini dan menjamin kelancaran aliran air tidak terganggu, terowong kecil (Rib-Loc) ini telah dibina pada tahun 1999 bagi memastikan air tidak bertakung dan dapat mengalir dengan lancar terutamanya pada musim kering dan untuk aliran air domestik.

Parit konkrit sedia ada tidak dibuang kerana masih boleh berfungsi terutamanya ketika hujan lebat (sebagai kolam takungan sementara) dan air lebihan parit dapat mengalir di kedua-dua sistem ini dengan berkesan. Sejak pembinaannya sehingga sekarang kawasan ini tidak mengalami masalah banjir dan pihak Jabatan akan sentiasa memastikan dan memantau supaya masalah parit tersumbat oleh pembinaan terowong ini dapat diatasi dengan baik. Pihak kerajaan belum bercadangn untuk membaikinya kerana ia telah berfungsi dengan baik dan berkesan dan hanya perlu memastikan penyelenggaraan parit dapat dilaksanakan dengan baik bagi membuang sampah-sarap di dalam parit.

SOALAN B 188

Kad Ahli Dewan Negeri Johor.

a. Bilakah kad tersebut yang akan dibekalkan kepada kami?

b. Mengapakah Dewan Negeri Johor perlu mengambil masa yang begitu lama untuk memproses kad tersebut iaitu sehingga 8 bulan dan sehingga kini kami masih belum menerima kad tersebut, padahal Parlimen Malaysia hanya memerlukan masa 1 bulan sahaja untuk memproses perkara yang sama?

JAWAPAN

Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor telahmengedarkan surat kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Negeri Johor minta supaya Yang Berhormat memberikan maklumat peribadi dan gambar ukuran pasport masing-masing pada 13 Mac 2008. Yang Berhormat Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor yang telah menghantar gambar lebih awal telah diberikan kad Ahli Dewan Negeri mereka pada 11 Jun 2008.

Disebabkan Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Kawasan Bentayan lambat untuk memberikan gambar sebagaiman yang diminta dan pihak pembekal hanya dapat membuatnya dalam kuantiti yang banyak maka Pejabat Jurutulis Dewan Negeri tidak dapat menyediakan Kad Ahli Dewan Negeri Johor kepada Yang Berhormat lebih awal.

Namun begitu Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor tetap akan menyediakan Kad Ahli Dewan Negeri Johor kepada Yang Berhormat Kawasan Bentayan dan kad tersebut akan diberikan kepada Yang Berhormat sebelum Mesyuarat Dewan Negeri kali ini ditangguhkan (Sebelum 11 Disember 2008).

SOALAN B 189

a. Berapakah bilangan pelajar yang tercicir selepas Darjah 6, Tingkatan 3, 5 dan 6 di seluruh Negeri Johor setakat tahun 2008?

b. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menolong golongan yang tercicir ini?

JAWAPAN

a. Rujuk kepada data yang disertakan.

i. Pada tahun 2007 murid tahun 6 berjumlah 61,072 tetapi pada tahun 2008 kemasukan
murid ke tingkatan 5,327 (9.55%). Jumlah kekurangan tersebut dapat dijelaskan seperti
berikut :
1 Memasuki Asrama Penuh - 37.54%
2 Maktab Sains Mara - 17.83%
3 Berpindah Mengikut Keluarga - 15.96%
4 Masuk Ke Sekolah Swasta - 12.77%
5 Berhenti - 10.27%
6 Tiada Dapat di Kesan - 5.63%
Peratus daripada jumlah 5,327 - 100.00%

ii. Bagi tingkatan 2 dan 3 keciciran pelajar tidak begitu ketara, kehilangan pelajar disebabkan
berpindah mengikut keluarga.
iii. Bagi tingkatan 3 (2007) ke tingkatan 4 (2008) sejumlah 2,406 tidak meneruskan pelajaran
disebabkan berhenti, berpindah dan memasuki ke sekolah swasta.
iv. Kemasukan pelajar ke tingkatan 6 pada tahun 2008 didapati berkurangan (11,266) atau
(28.73%) sahaja diterima ke tingkatan 6 ini adalah disebabkan perkara berikut :
- Tidak memenuhi syarat kemasukan yang telah ditetapkan oleh kementerian
- Memasuki institusi swasta
- Tempat yang terhad yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran.

b. Terdapat program yang telah diberi dan dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pelajar yang tercicir (tercicir disebabkan kemiskinan):
i. Program Hikmah
ii. Tuisyen kampung

SOALAN B 190

Pokok-pokok 100 tahun yang telah dijangkiti oleh parasit di Tanjung emas dan kawasan bandar Muar.

Adakah MPM bercadang untuk menjalankan kerja-kerja membersihkan atau membuang parasit ini, memandangkan pokok-pokok tua yang rata-ratanya telah menjangkau umur lebih 100 tahun dan seharusnya dijaga dengan baik? Ini adalah untuk memastikan bahawa pokok-pokok 100 tahun dapat hidup dengan sihat.

JAWAPAN

Pokok-pokok yang berusia melebihi 100 tahun yang terdapat di kawasan Majlis Perbandaran Muar khususnya di tanjung emas telah diinventorikan oleh pihak Majlis Perbandaran Muar sebagai pokok warisan atau sejarah. Peruntukan bagi tujuan inventori pokok-pokok warisan sebanyak RM80,000.00 telah diperolehi daripada Jabatan Landskap Negara. Kerja-kerja pembersihan pokok-pokok parasit sentiasa dijalankan secara berterusan oleh kontraktor yang dilantik dan pihak Majlis Perbandaran Muar sendiri. Sehingga 31 Oktober 2008, sebanyak 38 pokok telah diselenggara.

SOALAN B 191

Akibat daripada krisis kewangan global/kegawatan ekonomi sekarang yang meleset, rakyat Johor negara kita yang bekerja di Singapura berkumungkinan akan dibuang kerja.

a. Adakah Kerajaan Negeri telah membuat persediaan untuk mengambil para pekerja yang dibuang kerja itu akibat daripada kegawatan ekonomi yang berlaku di Singapura?

b. Adakah krisis kewangan global ini memberi kesan yang drastik kepada ekonomi Negeri Johor?

JAWAPAN

a. Jabatan Tenaga Kerja telah merangka pelan tindakan sebagai satu persediaan untuk menghadapi krisis ekonomi global khususnya di singapura melalui langkah-langkah berikut :-
1. Promosi

i Mengadakan promosi untuk memberitahu pekerja-pekerja yang terlibat supaya mereka berdaftar dengan JobsMalaysia. Mereka boleh berdaftar di jabatan ini samada secara online atau secara manual. Proses pendaftaran akan dijalankan secara manual jika mereka datang dalam junlah yang ramai.

ii Meletakkan risalah dan borang maklumat pencari kerja di pintu masuk Malaysia- Singapura. Satu kotak maklumbalas akan ditempatkan di pintu keluar Singapura- Malaysia. Kerjasama dengan jabatan Imigresen diperlukan untuk membenarkan jabatan ini meletakakn risalah dan kotak maklumbalas berkenaan.

iii Mengedarkan risalah berkaitan peranan Jabatan dalam membantu golongan ini.

iv Meletakkan banner di tempat-tempat tumpuan orang ramai termasuk di pintu keluar masuk Malaysia-Singapura.

v Mengadakan hebahan melalui media massa seperti surat akhbar dan hebahan melalui Jabatan Penerangan dan Penyiaran untuk menyalurkan makluamt mengenai peranan JTK.

2. Bantuan Mencari Peluang Pekerjaan

i. Mengenalpasti majikan yang mempunyai kekosongan jawatan misalnya mewujudkan borang kekosongan jawatan untuk diedar kepada majikan-majikan.

ii. Mendapatkan maklumat kekosongan jawatan daripada Malaysian Industrial Development Authority (MIDA), Johor State Investment Centre (JSIC), Iskandar Region Development Authority (IRDA).

iii. Menjalankan temuduga terbuka bagi melancarkan proses pendaftaran dan penempatan pekerja-pekerja berkenaan.

iv. Mengarahkan semua agensi pekerjaan swasta untuk memberikan makluamat mengenai kekosongan yang didaftarkan menerusi agensi tersebut.

v. Mendapatkan kerjasama daripada MEF untuk menerangkan kepada majikan mengenai peranan JTK dan tanggungjawab majikan dalam membantu pekerja-pekerja yang diberhentikan serta memaklumkan jawatan kosong kepada JTK.

vi. Mendapatkan maklumat mengenai peluang tentang homeworking, outsourcing dan teleworking.

3. Kerjasama dengan Attache Buruh Singapura.

i. Mendapatkan maklumat pekerja yang diberhentikan dan sektor yang terlibat dengan pemberhentian pekerja daripada Attache Buruh di Singapura.

ii. Penempatan sementara pegawai JTK di Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura bagi membantu mengendalikan urusan berkaitan pemberhentian pekerja.

iii. Membangunkan satu laman web khusus untuk pendaftaran, penjodohan dan penempatan pekerja-pekerja yang diberhentikan di Singapura.

4. Penggunaan Sistem Teknologi Maklumat

i. Membangunkan satu laman web khusus untuk pendaftaran, penjodohan dan penempatan pekerja-pekerja yang diberhentikan di Singapura.

ii. Mewujudkan satu talian (retrenchment hotline) khusus untuk mengendalikan isu-isu pemberhentian pekerja.

5. Latihan

i Mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk mengesahkan pengalaman dan kemahiran pekerja-pekerja Malaysia di Singapura.

ii Mendapatkan kerjasama daripada pusat-pusat latihan seperti ILP, ADTEC dan lain-lain untuk melaksanakan latihan semula bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada dan mencari kemahiran yang baru.

iii Menyalurkan maklumat tentang peluang dan latihan keusahawanan daripada agensi yang berkaitan.

b. Setakat ini tiada kesan drastik berlaku ke atas syarikat-syarikat di Negeri Johor ekoran daripada krisis kewangan global. Ini juga bermakna tiada masalah pemberhentian kerja yang ketara berlaku di negeri ini. Rekod Jabatan Tenaga Kerja menunjukkan jumlah pekerja yang diberhentikan daripada Januari 2008 hingga Oktober 2008 adalah seramai 1,616 orang dan melibatkan 54 syarikat.

SOALAN B 192

Jalan tar ke Kg. Selabu, Bukit Pasir, Muar.

Adakah Kerajaan Negeri Johor bercadang untuk memperbaiki jalan tar Kg. Tanjung Selabu, Bukit Pasir, Muar iaitu dari simpang masuk jalan besar, Jalan Rami (Tiang Lampu JR23) sehingga ke kilang Intergo, Kg. Tanjung Selabu memandangkan jalan tersebut terdapat banyak lubang dan lopak serta jalan mendap dan sememangnya amat berbahaya kepada pengguna jalan raya yang menggunakan jalan tersebut?

JAWAPAN

Kajian lanjut perlu dibuat terlebih dahulu kerana jalan sedia ada melalui tanah persendirian.

SOALAN B 193

Pasar Awam Bandar Maharani, Muar.

a. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggantikan jubin-jubin lantai yang telah rosak/kopak di pasar tersebut? Ini adalah kerana ia amat berbahaya kepada orang awam.

b. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membina sebuah tandas di dalam kawasan pasar tersebut memandangkan tidak terdapat sebarang tandas di dalam kawasan tersebut?

JAWAPAN

a. Majlis Perbandaran Muar akan memperbaiki kerosakan jubin-jubin/lantai di pasar Muar secara berperingkat kerana ianya melibatkan kos yang tinggi. Peruntukan sebanyak RM200,000.00 telah dipersetujui secara dasar oleh pihak Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan. Kerja-kerja tersebut dijangka akan dilaksanakan pada tahun 2009.

b. Reka bentuk asal bangunan pasar ini sememangnya telah mengambil kira semua kemudahan asas yang berkaitan, termasuklah penyediaan tandas awam untuk kegunaan pengunjung mahupun peniaga-peniaga di situ. Oleh kerana kedudukannya yang agak terkebelakang maka kekerapan penggunaanya adalah agak kecil. Bangunan tandas ini lazimnya telah disalah guna.

SOALAN B 243

Difahamkan bahawa sekeping tanah yang dipegang di bawah H.S (D) 443036 PTB 21910, Bandar Johor Bahru yang mempunyai keluasan 63.643 Hektar telah dikurniakan pada Tahun 2007 oleh Kerajaan Negeri Johor.

a. Siapakah pemilik berdaftar tanah tersebut?

b. Bilakah tanah tersebut dikurniakan?

c. Berapakah jumlag bayaran yang telah diterima oleh Kerajaan Negeri Johor daripada pemilik tanah tersebut?

d. Apakah kategori penggunaan tanah tersebut?

JAWAPAN

a. Pemilik berdaftar tanah tersebut ialah Kumpulan Prasarana Johor Sdn. Bhd.

b. Tanah tersebut telah dikurniakan sebagaimana RM Bil. 1859/2006 bertarikh 29 November 2006 dan hak milik didaftarkan pada 25 April 2007.

c. Jumlah Bayaran Premium yang dikenakan ialah RM51,200.00 iaitu RM3,840.00 setahun. Jumlah ini ditentukan mengikut JPU 94 bertarikh 16 Disember 2004.

d. Tanah tersebut adalah kategori Tanah Pertanian.

0 comments: