诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Wednesday, February 18, 2009

SOALAN-SOALAN BERTULIS DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 21-11-2008 YANG DISOAL OLEH Y.B. ENCIK GWEE TONG HIANG AHLI DEWAN NEGERI, KAWASAN B'YAN

SOALAN 13 (A153)

Projek Limbongan Bot LKIM-MCA di Jalan Ismail, Muar.

Suatu papan tanda yang telah dipacakkan di tepi Sungai Muar yang menyatakan bahawa sebuah projek kecil berupa Limbongan Bot akan dibangunkan berdekatan dengan Jalan Ismail, Muar dan telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Chua Jui Meng, bekas Ahli Parlimen Kawasan Bakri pada 02-02-2008.

a. Apakah status projek tersebut memandangkan sehingga hari ini, ia hanya didirikan 4 tiang simen sahaja di tepi sungai tersebut?

b. Berapkah peruntukan yang telah disediakan untuk projek tersebut?

c. Berapakh perbelanjaan yang telah dibayar kepada kontraktor berkenaan?


JAWAPAN Y.B. TUAN HAJI AB. AZIZ BIN KAPRAWI

a. Projek Kecil yang dinyatakan sebagai Limbongan Bot yang sebenarnya adalah Projek Galang Bot. Status projek ini telah siap sempurna dan boleh digunakan. Projek ini memberi faedah kepada 10 buah bot yang berpengkalan di kawasan tersebut serta bot- bot nelayan di kawasan yang berhampiran. Untuk makluman, 4 batang tiang simen yang didirikan berfungsi sebagai pancang pengikat bot untuk mengelakkan bot daripada bergerak dan terbalik sewaktu kerja-kerja membaikpulih bot dilakukan.

b. Peruntukan yang disediakan bagi projek tersebut adalah sebanyak RM20,000.00.

c. Perbelanjaan yang telah dibayar kepada kontraktor adalah sebanyak RM19,950.00.



SOALAN 14 (A157)

Tapak Bangunan MIC Muar(No. Lot : PTB 6828, No. Hakmilik : HSD 12999)

Di manakah letaknya lokasi tapak bangunan ini di Bandar Muar?


JAWAPAN Y.A.B. DATO' MENTERI BESAR

PTB 6828 terletak di Jalan Bentayan, sebelah kanan dari Jalan Abdullah ke Jalan Bakri lebih kurang 80 meter dari simpang Jalan Abdullah (lampu isyarat) menghala ke Jalan Bentayan dan 200 meter dari arah Jalan Bakri ke Jalan bentayan berhampiran Hotel River View Muar.



SOALAN 17 (A155)

Penswastaan Tempat Letak Kereta Majlis Perbandaran Muar-Metro Parking Sdn. Bhd.

a. Mengikut laporan Sin Chew Press yang bertarikh (17-10-2008), penswastaan letak kereta pihak MPM-Metro Parking ditandatangani pada 01-01-2003 telah ditamatkan dengan serta merta dan pihak Majlis Perbandaran Muar telah mengambil alih 3,000 buah tempat letak kereta yang berada di Bandar Muar. Berapakah jumlah hasil kutipan yang telah dibayar kepada Majlis Perbandaran Muar oleh Metro Parking setelah mereka mengambil alih kutipan tempat letak kereta sejak 01-01-2003?

b. Berapa banyakkah bayaran kompaun yang telah diterima sejak 01-01-2003?

c. Adakah keseluruhan kakitangan Metro Parking akan diserap masuk oleh MPM?


JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Penswastaan pengurusan tempat letak kereta Zon A di bawah kendalian Metro Parking (M) Sdn. Bhd. melibatkan lima buah PBT termasuk Majlis Perbandaran Muar. Perjanjian antara Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak syarikat telah ditandatangani pada 28 Julai 2003 dan kontrak perjanjian tersebut tamat pada 31 Ogos 2008. Kerajaan Negeri telah bersetuju tempoh kontrak pengurusan tempat letak kereta di Negeri Johor dilanjutkan sehingga 31 Disember 2008 dengan mengguna pakai terma-terma perjanjian pengurusan petak letak kereta sedia ada.

Berdasarkan surat bertarikh 8 Oktober 2008, Metro Parking (M) Sdn. Bhd. telah menyatakan untuk tidak menyambung kontrak pengurusan temapt letak kereta dengan terma sedia ada dan berhasrat membincangkan isu-isu berkaitan dengan penamatan dan penyerahan operasi pengurusan tempat letak kereta bagi Zon A.

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Koordinasi Dan Pengawasan pada 14 Oktober 2008 telah mengesahkan penerimaan surat penamatan tersebut dan telah memaklumkan secara rasmi kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan. Penswastaan tempat letak kereta oleh Metro Parking (M) Sdn. Bhd. bukan ditamatkan oleh kerajaan tetapi atas kehendak syarikat tersebut.

Jumlah bayaran kompaun yang diterima oleh Majlis Perbandaran Muar dalam tempoh penswastaan pengurusan tempat letak kereta di bawah kendalian Metro Parking (M) Sdn. Bhd. adalah sebanyak RM427,323.00 setelah dibahagi dua dengan Metro Parking (M) Sdn. Bhd.
Majlis Perbandaran Muar hanya mengambil 14 orang kakitangan yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Muar iaitu penyandang jawatan Pembantu Penguatkuasa.

0 comments: