诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Wednesday, August 10, 2011

Surirumah Ditipu RM30,000 Dengan Membeli 15 Utas Rantai Tiruan.

Gambar, dari kiri ialah Chua Poy Choo (Naib Pengerusi DAP Parlimen Bakri), Surirumah, YB Gwee Tong Hiang dan Khoo Ah Huat (Bendahari), Belakang ialah Lim Kem Wat (Timbalan Pengerusi)

Seorang surirumah yang tinggal di Muar telah ditipu sebanyak RM30,000.00 setelah mendapati bahawa 15 utas rantai emas yang dibelinya daripada pasangan warga Kemboja adalah barang tiruan. Setelah mendapati bahawa rantai tersebut dibuat daripada gangsa, beliau telah melaporkan insiden tersebut kepada YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) untuk nasihat dan bantuan!

YB Gwee Tong Hiang menasihatkan beliau supaya melaporkan perkara ini kepada pihak polis dan menasihatkan kepada beliau supaya berhati-hati semasa membeli barang kemas kerana kes seperti ini telah banyak berlaku dan telahpun disiarkan di media-media tempatan.

0 comments: