诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Thursday, August 11, 2011

Projek Sunshine DAP Parlimen Bakri Menghulurkan Bantuan Kepada Warga Melayu

Anak Sulong En Razali, Adik Nur Zakiah amat terharu dengan sumbangan yang dihulurkan oleh YB Gwee Tong Hiang melalui Projek Sunshine.
Dari kiri Sdr. Ng Eng Huat, Sdr. Khoo Ah Huat, Pn. Rohaya, Adik Ikbal ( 1 ½ thn), Adik Nur Zakiah (17 thn), Adik Balqis( 7 thn), YB Gwee Tong Hiang, Adik Dania (4 bulan), Sdri. Lim Ai Lin dan Adik Izaad (12 thn).
Dari kanan Adik Ikwan, Adik Izzad, Adik Dania, Adik Balqis di pangku YB Gwee Tong Hiang, Adik Ikbal, Adik Zakiah dan Pn Rohaya (Isteri Razali)

(Muar) Baru-baru ini Pusat Khidmat ADUN Bentayan telah dikunjungi oleh Razali bin Ahmad (46 tahun) yang tinggal di Kg. Tun Dr Ismail 2, Muar mengenai masalah kewangan yang dihadapi beliau sekeluarga sehingga terpaksa berpuasa dan berbuka tanpa makanan hanya minum air teh o sahaja sekiranya bekalan dapur habis.
Razali berkerja sebagai pembantu stor berpendapatan bersih sebanyak RM600, beliau setelah membayar sewa rumah, isterinya Rohaya Bt Abdul Wahab (37 tahun) juga melakukan perkerjaan sambilan memasang wayar berpendapatan RM5.00 sehari tidak mampu menampung kos sara hidup mereka sekeluarga. Beliau mempunyai enam orang anak berusia antara 4 bulan hingga 17 tahun.

Pada 09-08-2011, DAP Parlimen Bakri dengan Projek Sunshinenya telah menubuhkan sebuah tabung untuk menolong beliau yang diketuai oleh Sdr. Khoo Ah Huat. Pengerusi DAP Parlimen Bakri merangkap ADUN Bentayan YB Gwee Tong Hiang melalui Projek Sunshine telah membantu beliau dengan memberikan sumbangan bekalan makanan bagi meringankan beban Razali sekeluarga lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, bulan yang mulia ini.

YB Gwee Tong Hiang berkata Kerajaan Johor telah mensasarkan miskin sifar di Negeri Johor, dan kes terpencil seperti di atas dapat dijelaskan bahawa kerajaan perlu lebih prihatin terhadap golongan miskin yang tinggal di kawasan bandar.

YB Gwee menyatakan bahawa Pusat Khidmat ADUN Bentayan akan membantu EN Razali memohon bantuan Kerajaan melalui Program E-Kasih dan juga memohon bantuan RMT (Rancangan Makanan Tambahan) bagi kedua-dua orang yang masih belajar di Sekolah Rendah.

YB Gwee menyeru kepada pihak awam sekiranya ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga En Razali, boleh menghubungi PA saya Cik Norul Ashikin ditalian 016-298 6363.

0 comments: