诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Monday, August 15, 2011

Isteri Sdr Pang Hok Liong Meninggal Dunia Pada 14-08-2011 Akibat Kancer Pancreas

Gambar diambil pada bulan April 2011 semasa YB Gwee Tong Hiang & AJK Pusat Khidmat ADUN Bentayan melawat Puan Soh Ah Kee di rumahnya di Taman Putra, Segamat setelah menjalan pembedahan di Hospital Pakar UKM, Cheras, Kuala Lumpur. Belakang ialah Sdr Pang Hok Liong, Sdr Wee Jon Leong, Sdri Gwee Suh Mei, Sdri Gan Sheh Hui dan hadapan dari kanan ialah YB Gwee Tong Hiang dan Puan Soh Ah Kee.

Penasihat Undang-undang Pusat Khidmat ADUN Kawasan Bentayan, Sdr Pang Hok Liong, telah kehilangan isteri kesayangannya, Puan Soh Ah Kee pada tarikh 14-08-2011 akibat kanser Pancreas.

Semua AJK Pusat Khidmat ADUN Kawasan Bentayan juga terasa kehilangan Puan Soh Ai Kee dengan penuh kesedihan.

Menurut Sdr Pang, 2 pesanan terakhir daripada isterinya ialah beliau adalah seorang suami yang terbaik di dalam dunia ini dan kedua isterinya menyeru beliau meneruskan lagi perjuangan untuk rakyat melalui Parti DAP!

Kami semua di Pusat Khidmat ADUN Bentayan akan bersama-sama seiring dengan Sdr Pang meneruskan lagi perjuangan untuk rakyat di dalam Parti DAP!

Di akhir kata, kami semua berharap Roh Puan Soh Ah Kee dapat dicucuri rahmat daripada Tuhan!

0 comments: