诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Wednesday, August 10, 2011

Lawatan Ke Pejabat Majlis Perbandaran Muar Pada 10-08-2011 Oleh ADUN Bentayan Dan ADUN Maharani

 Menggambil gambar kenangan, dari kiri ialah YB Dr Haji Mohammad Bin Taslim (ADUN Maharani), Tuan Haji Zulkiflee Bin Abbas (YDP Majlis Perbandaran Muar) dan YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan).
Kedua-dua ADUN sedang membincangkan sesuatu yang menarik minat YDP MPM
Sempat bertemu dengan Setiausaha MPM yang baru, Encik Mohd Farid Bin Kassim

Baru-baru ini Majlis Perbandaran Muar telah mendapat YDP dan Setiausaha yang baru. YDP yang baru ialah Tuan Haji Zulkiflee Bin Abbas yang sebelum ini menjawat Pentadbir Tanah Mersing telah menggantikan Tuan Haji Muhamad Fuad Bin Haji Radzuan.

Manakala Setiausaha yang baru ialah Encik Mohd Farid Bin Kassim yang sebelum ini menjawat Setiausaha Majlis Daerah Labis telah menggantikan Encik Jamaludin Bin Haji A. Hamid.
Pada pagi ini, YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) bersama-sama dengan YB Dr Haji Mohammad Bin Taslim (ADUN Maharani) telah mengadakan lawatan ke pejabat MPM dengan tujuan untuk mengenali lebih dekat kedua-dua Ketua Jabatan tersebut.

Mereka berdua telah memberikan pandangan-pandangan yang bernas kepada YDP MPM supaya semua warga Muar dapat menikmati setiap kemajuan yang dilaksanakan oleh pihak MPM. 

Tuan Haji Zulkiflee Bin Abbas juga menegaskan bahawa Hari Bertemu Pelanggan Bersama-sama YDP Muar ialah pada setiap Hari KHAMIS dan warga Muar adalah digalakkan bertemu dengannya sekiranya sesuatu permasalahan tidak dapat diselesaikan oleh pihak MPM! Beliau juga menegaskan bahawa sekiranya terdapat apa-apa permasalahan di kawasan Muar, beliau sedia membantu untuk menyelesaikannya!

Pertemuan selama 1/2 jam berjalan dengan lancar dan mesra. Kemesraan YDP MPM yang baru diharapkan dapat menolong warga Muar menyelesaikan permasalahan harian di Bandar Muar dengan LANCAR!

Sebelum meninggalkan MPM, YB Gwee Tong Hiang sempat menemui Setiausaha yang baru ialah Encik Mohd Farid Bin Kassim. Beliau juga menegaskan bahawa sedia bekerjasama dengan pihak kami untuk kepentingan warga Muar!

0 comments: