诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Tuesday, December 1, 2009

Lesen Berniaga diselaraskan kepada 200%, peniaga-peniaga di Bandar Muar amat tidak puas hati

Dari Kiri, Tan Chai Sin, Robert Lim, YB Gwee Tong Hiang, Sim Siew Peng, YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh dan YB Dr Mohammad Taslim


Lesen Berniaga diselaraskan kepada 200%, peniaga-peniaga di Taman Marin, Sungai Abong, Muar amat tidak puas hati!

Para peniaga-peniaga kedai makanan di Taman Marin, Sungai Abong, Muar telah menerima notis daripada Majlis Perbandaran Muar, bahawa lesen perniagaan mereka yang asalnya berharga RM84.00 setahun akan diselaraskan ke harga RM254.00 setahun bermula 1hb Januari 2010, penyelarasan sebanyak 200% ini amat membebankan para peniaga-peniaga.

Sim Siew Peng (berumur 43) dan Tan Chai Xin (berumur 36) yang merupakan peniaga kedai makan di Taman Marin, Sungai Abong, Muar dan Tan berkata, mereka telah menerima notis daripada Majlis Perbandaran Muar pada 27-11-2009 iaitu 2 hari yang lepas yang menyatakan bahawa lesen perniagaan mereka yang asalnya berharga RM84.00 setahun akan diselaraskan kepada RM254.00 setahun, penyelarasan sebanyak 200% ini telah membebankan mereka yang menjalankan perniagaan kecil.

Sim Siew Peng yang menjalankan perniagaan kedai makan selama 7 tahun di sini berkata, beliau hanya menjalankan perniagaan yang kecil, setiap bulan selepas bayar sewa kedai dan tolak kos bahan-bahan mentah akhirnya untung sedikit sahaja! Sebelum ini bayaran sebanyak RM84.00 setahun masih dapat ditanggung, maka kini penyelarasan sebanyak 200% telah membebankan peniaga-peniaga dan ini amat tidak adil kepada para peniaga-peniaga kecil.

Tan Chai Xin yang menjalankan perniagaan ini selama 10 tahun ini berkata, Majlis Perbandaran Muar tidak harus membebankan peniaga yang menjalankan perniagaan di kawasan pinggir bandar, penyelarasan sebanyak 200% ini amat tidak adil kepada peniaga-peniaga di kawasan pinggir bandar.

Penjaja bergerak motor 3 roda, Tan Ming Lai berkata, lesen sementara yang berharga RM60.00 setahun, maka penyelarasan besar ini telah membebankan para peniaga-peniaga dan menjejaskan pendapatan harian para peniaga.

Peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja telah membuat aduan kepada ADUN Kawasan Bentayan YB Gwee Tong Hiang dan melalui bantuan ADUN Kawasan Bentayan YB Gwee Tong Hiang mengadakan sidang akhbar pada hari ini untuk menyatakan ketidakpuas hati mereka.

YB Gwee Tong Hiang berkata, semasa beliau bersama dengan YB Sheikh Ibrahim Salleh iaitu ADUN Kawasan Sungai Abong, YB Mohammad Taslim iaitu ADUN Kawasan Maharani menghadiri Mesyuarat Dewan Negeri Johor di Nusajaya, beliau telah menerima aduan daripada peniaga-peniaga dan selepas tamat Mesyuarat Dewan Negeri Johor, mereka bertiga telah mengejar balik ke Muar untuk berjumpa dengan pengadu-pengadu tersebut!

[Kami akan membawa masalah ini di Dewan Negeri Johor pada esok!]

Beliau berkata, sejak awal tahun ini akibat daripada persempadan semula, satu daerah baru Ledang telah wujud dan sebahagian kawasan yang dibawah kawalan Majlis Perbandaran Muar iaitu Kesang telah dipindahkan ke Daerah Ledang.




Ini telah menyebabkan MPM telah kekurangan hasil pendapatan sebanyak RM3.6 juta setahun, kini penyelarasan besar ke atas lesen penjaja adalah sebahagian strategi untuk mengisi kekurangan hasil pendapatan Majlis Perbandaran Muar ini.

ADUN Kawasan Maharani, YB Mohammad Taslim pula berkata, pada bulan Februari tahun ini beliau pernah menanyakan Exco Kerajaan Tempatan, Dato" Ahmad Zahri mengenai masalah tersebut dan adakah kerajaan akan menaikkan bayaran cukai? Jawapannya adalah Exco Dato Ahmad Zahri menyatakan bahawa kerajaan tidak akan menaikkan cukai di kawasan Bandar Muar, tetapi dalam 9 bulan sahaja pihak Majlis Perbandaran Muar telah menyelaraskan lesen berniaga, dan ini amat mengecewakan rakyat.

Walaubagaimanapun, YDP Majlis Perbandaran Muar, Abdul Wahab Ridwan berkata, Majlis Perbandaran Muar akan menyelaraskan bayaran lesen berniaga bermula tahun 1 Jan 2010 mengikut Zon ABC, iaitu Zon A terkandung peniaga di Bandar dan peniaga di kawasan pinggir Bandar, Zon B untuk peniaga di pekan manakala di Zon C pula ialah peniaga di kawasan kampong. Penyelarasan bayaran lesen berniaga adalah mengikut peringkat dan bukankan mengikut sesuka hati.

0 comments: