诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Friday, December 11, 2009

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 19-11-2009 HINGGA 08-12-2009 YANG DISOAL OLEH Y.B. EN GWEE TONG HIANG ADUN KAWASAN BENTAYAN

SOALAN 10 (A141)

Adakah pihak MPM bercadang untuk membuka semula Tandas Lelaki Pasar Awam Maharani, Muar memandangkan bahawa tandas tersebut telah ditutup sekian lama, ini telah menyebabkan kesulitan kepada para peniaga dan orang awam dan bilakah kerja-kerja pembaikan jubin dan lantai pasar tersebut akan bermula?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Tandas lelaki di Pasar Awam Maharani, Muar ditutup disebabkan berlakunya kerosakan struktur termasuk kemudahan tandas dan telah tersumbat akibat daripada aktiviti vandalisme. Oleh yang demikian, Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah mengadakan mesyuarat pada
11 November 2009 dan satu keputusan telah dicapai.

Tindakan yang dipersetujui adalah MPM akan memperbaiki tandas awam dan lantai pasar yang rosak. Di samping itu, MPM telah melantik persatuan pelelong ikan bagi memantau kerja-kerja membaik pulih tandas awam berkenaan.

Pada masa sekarang, pihak MPM masih lagi dalam proses melantik kontraktor yang berkelayakan bagi kerja-kerja membaik pulih kedua-dua masalah berkenaan.


SOALAN 14 (A138)

MPM akan menaikkan kadar bayaran bulanan tempat rezab letak kereta di Bandar Muar mulai disember 2009 iaitu sebanyak 50%, daripada RM100 kepada RM150! Peningkatan sebanyak 50% dan sudah tentu akan membebankan rakyat di Bandar Muar dan sebelum ini pihak kerajaan menyatakan bahawa tidak akan menaikkan sebarang cukai di Bandar ini?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Sebagai latar belakang, penswastaan pengurusan tempat letak kereta zon 'A' di bawah kendalian Metro Parking (M) Sdn. Bhd. melibatkan lima buah Pihak Berkuasa Tempatan termasuk Majlis Perbandaran Muar. Perjanjian Antara Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak syarikat telah ditandatangani pada 28 Julai 2003 dan kontrak perjanjian tersebut tamat pada
31 Ogos 2008.

Pada 3 Disember 2008, Mesyuarat Penyelarasan Projek Penswastaan Pengurusan Tempat Letak Kereta Zon 'A' Negeri Johor telah membuat keputusan bahawa penamatan kontrak pengurusan tempat letak kereta bagi zon 'a' oleh Metro Parking (M) Sdn. Bhd. berkuat kuasa mulai 31 Ogos 2008 dan pengurusan tempat letak kereta bagi zon 'A' diuruskan sendiri oleh PBT di zon 'A'.

Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh ADUN Bentayan mengenai tindakan Majlis Perbandaran Muar menaikkan kadar bayaran bulanan tempat rizab kereta di bandar Muar sehingga 50%, iaitu kenaikan RM100 kepada RM150 bemula Disember 2009, Majlis Perbandaran Muar melalui mesyuaratnya pada 29 Oktober 2009 telah membuat keputusan tersebut bertujuan untuk tidak menggalakkan peniaga-peniaga menyewa petak bermusim dan pada masa yang sama tidak menggunakannya dan ianya menyebabkan orang ramai tidak dapat menggunakan dan ianya menyebabkan orang ramai tidak dapat menggunakan petak letak kereta tersebut. Oleh itu, kenaikan kadar sewa bagi petak bermusim ini adalah untuk mengehadkan permintaan untuk menyewa tapak tersebut oleh peniaga-peniaga seterusnya memberi peluang kepada orang ramai menggunakan petak terbabit.


SOALAN 19 (A140)

Berapakah jumlah kes pecah masuk rumah yang telah dilaporkan berlaku di seluruh Daerah Muar pada tahun 2009, dan berapakah jumlah kerugian yang dilaporkan oleh mangsa-mangsa tersebut serta berapakah % kes yang dianggap telah diselesaikan oleh pihak Polis Daerah Muar setakat kini?

JAWAPAN Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR

Pada tahun 2009, sebanyak 164 kes pecah rumah dilaporkan berlaku di daerah Muar yang melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM735,932.00. Dari jumlah kes pecah rumah yang dicatatkan pada tahun 2009, sebanyak 70 kes atau 42.68 peratus telah Berjaya diselesaikan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Muar.


SOALAN 20 (A139)

Berapakah peruntukan dan perbelanjaan yang telah oleh Pejabat JPMM Bentayan setakat kini dan sila berikan nama-nama persatuan-persatuan dan tokong-tokong yang telah dan bakal menerima peruntukkan tersebut secara terperinci?

JAWAPAN Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR

Pejabat JPMM Bentayan telah diperuntukkan sebanyak RM80,000.00 setahun yang merangkumi perbelanjaan pengurusan (RM30,000.00) dan perbelanjaan aktiviti (RM50,000.00).

RANCANGAN PEMBANGUNAN KERJA-KERJA KECIL KAWASAN BENTAYAN 2009

A. Tokong-Tokong

Bil. Nama Jumlah
1. Tokong Tai Shan 3,000.00
2. Tokong Dewa Wah Kwong 3,000.00
3. Tokong Toh Sian Kong 2,000.00
4. Tokong Ji Shan Tang 2,000.00
5. Tokong Pek Hong Sian 3,000.00
6. Tokong Hui Leng Kuan 3,000.00
7. Tokong Pohg Leng 2,000.00
8. Tokong Sang Lien Tang 2,000.00
9. Tokong Nan San 2,000.00
10. Tokong Xian Feng Gong 2,000.00
JUMLAH 25,000.00

B. Persatuan-Persatuan

Bil. Nama Jumlah (RM)
1. Persatuan Catur Tionghua 2,000.00
2. Persatuan Nam Uwa 3,000.00
3. Persatuan Pekebun Sayur Muar Selatan 3,000.00
4. Persatuan Char Yong 3,000.00
5. Persatuan Leok Kooi Tong 3,000.00
6. Persatuan Hokkien Muar 5,000.00
7. Persatuan YMM Cawangan Muar 3,000.00
8. Persatuan Guru-Guru Cina Muar 3,000.00
9. Persatuan Chiong Chuan 3,000.00
10. Persatuan Perniagaan Juru Gambar Daerah Muar 3,000.00
11. Pemuda Persatuan Chiong Chuan 3,000.00
12. Gabungan Persatuan-Persatuan Cina Muar 5,000.00
13. Persatuan Pesara Daerah Muar 3,000.00
14. Persatuan Penjaja-Penjaja Bergerak Muar 3,000.00
15. Teo Chew 10 District Muar 3,000.00
JUMLAH 48,000.00


SOALAN 21 (A142)

Mengapakah pihak Jabatan Pelajaran Johor tidak membenarkan ADUN Bentayan menyewa Dewab SJK (C) Pei Yang, Muar (No. Rujukan : JPNJ/31/0005/Jld.25(51)) di mana jabatan menyatakan tidak pernah meluluskan penggunaan premis sekolah untuk kegunaan mana-mana parti politik tetapi boleh menyewakannya kepada parti BN, adakah jabatan mengamalkan sikap pilih kasih dalam kes penyewaan dewan sekolah?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI MAULIZAN BIN BUJANG

Pihak Jabatan Pelajaran Johor tidak membenarkan ADUN Bentayan menyewa Dewan SJK (C) Pei Yang, Muar (No. Rujukan : JPNJ/31/0005/Jld.25(51)) bertarikh 13 Ogos 2009 adalah kerana ia bertentangan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 7/1991 : Penggunaan Kemudahan Sekolah Oleh Pertubuhan Dan Persatuan Belia.

“Satu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan (Sekarang Kementerian Pelajaran Malaysia) untuk membenarkan pertubuhan dan persatuan belia menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah bagi tujuan menjalankan aktiviti masing-masing.

2. Dengan ketetapan ini, pertubuhan dan persatuan belia boleh memohon kepada pihak pentadbir sekolah untuk menggunakan kemudahan yang ada seperti dewan, bilik darjah, gelanggang permainan, padang, dan asrama bagi tujuan mengadakan mesyuarat, menjalankan kursus, ceramah, kelas lanjutan dan seumpamanya, di luar waktu persekolahan atau semasa cuti sekolah. Kebenara menggunakan kemudahan sekolah ini…”

Sehubungan itu, dalam permohonan ADUN Bentayan bertarikh 11 Ogos 2009 adalah jelas menunjukkan ianya tidak menepati syarat yang diperuntukkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1991 atas alasan berikut :

i. Permohonan ini bukan atas nama mana-mana pertubuhan mahupun persatuan belia.
ii. Majlis yang dipohon adalah Majlis Makan Malam Bersama Ketua Menteri Pulau Pinang. Kenyataan mengenai aktivit yang berlandaskan kepada parti politik tidak terdapat sama sekali dalam Surat Pekeliling Ikhtisas tersebut.
iii. Pihak Jabatan Pelajaran Johor tidak pernah meluluskan permohonan daripada mana-mana parti politik sepertimana yang didakwa oleh ADUN Bentayan.


SOALAN 26 (A137)

Bilakah kerajaan akan mengotakan peruntukannya yang telah dijanjikan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada 3 buah SKJC iaitu SJK (C) Pei Yang, SJK (C) Chung Hwa 2A, SJK (C) Sing Hwa dan 1 buah Sek. Men. Persendirian Chung Hwa, Muar semasa lawatan beliau ke SJK (C) Pei Yang, Muar iaitu sebelum PRU Ke-12 yang lepas?

JAWAPAN Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR

Peruntukan berjumlah RM500,000.00 kepada SJK (C) Pei Yang telah dikeluarkan melalui cek Maybank No. 665794 bertarikh 23 November 2009 dan akan diserahkan dalam masa yang terdekat.

Sementara bagi SJK (C) Chung Hwa 2A, SJK (C) Sing Hwa dan Sek. Men. Persendirian Chung Hwa, Muar adalah dalam proses melengkapkan dokumen-dokumen berkaian yang diperlukan. Peruntukkannya akan diproses Perbendaharaan Negeri Johor sebaik saja dokumen tersebut lengkap.


SOALAN B72

Masalah menara telekomunikasi yang didirikan di bumbung kedai-kedai di Bandar Muar telah menyebabkan penduduk setempat merasa bahawa kesihatan mereka tidak terjamin, adakah lesen dikeluarkan oleh pihak MPM kepada mereka dan berapakah jumlah kesemuanya?

JAWAPAN

Semua pembinaan struktur dan menara pemancar telekomunikasi di dalam Negeri Johor perlu mematuhi garis panduan yang terdapat di dalam garis panduan pembinaan menara dan struktur system pemancar telekomunikasi di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang disediakan oleh Kementerian Tenaga Komunikasi Multimedia (KTKM) pada April 2002.

Berpandukan kepada laporan dari kajian-kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dan akademik tiada bukti saintifik menunjukkan bahawa system telefon mudah alih atau gelombang/frekuensi daripada menara dan struktur pemancar telekomunikasi boleh mengakibatkan kesan-kesan terhadap kesihatan manusia seperti kanser, kecacatan kelahiran, kehilangan ingatan, sakit kepada, pening dan sebagainya.

Komuniti saintifik antarabangsa bersetuju sebulat suara bahawa kuasa yang dihasilkan daripada antenna stesen pemancar telekomunikasi mudah alih terlalu rendah untuk menghasilkan risiko kesihatan selagi orang awam tidak bersentuhan secara langsung dengan antenna tersebut.

Kenyataan ini turut disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Agensi Nuklear Malaysia (ANM), Pertubuhan Kesihatan Dunis (WHO) U.K. National Radiological Protection Board (NRPB) 1999, The Royal Society of Canada dan The United Kingdom Independent Expert Group Report.

Semua pembinaan struktur dan menara pemancar telekomunikasi di dalam daerah Muar perlu mendapatkan kelulusan Permit Sementara dari Majlis Perbandaran Muar. Keputusan bagi meluluskan permohonan ini dibincangkan di dalam Mesyuarat OSC Majlis Perbandaran Muar yang turut dihadiri oleh wakil daripada jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan.

Jumlah pemancar telekomunikasi yang telah diberikan permit sementara di dalam daerah Muar adalah seperti berikut :-

1. Struktur atas bangunan - 44 buah tapak
2. Menara atas tanah - 91 buah tapak
135 buah tapak


SOALAN B73

Adakah MPM bercadang untuk menurap jalan-jalan di Taman Sakeh dan Taman Sungai Abong Indah, Muar memandangkan jalan-jalan di kawasan tersebut telah rosak teruk?

JAWAPAN

Kerja-kerja menurap semula jalan-jalan di Taman Sakeh dan Taman Sungai Abong, Muar telah dirancang akan dijalankan dalam tahun 2010 jika mendapat peruntukan MARRIS memandangkan jalan-jalan di kawasan tersebut telah rosak teruk.


SOALAN B74

Adakah kerajaan bercadang untuk membina lampu isyarat di persimpangan Jalan Arab/Jalan Sayang/Jalan Taha Sharif memandangkan bahawa kawasan tersebut sering berlaku kemalangan jalan raya?

JAWAPAN

Setakat ini kerajaan belum bercadang membina lampu isyarat di persimpangan Jalan Arab/Jalan Sayang/Jalan Taha Sharif. Ini kerana pembinaan lampu isyarat di kawasan tersebut akan menambahkan lagi kesesakan trafik sedia ada. Majlis Perbandaran Muar (MPM) berpandangan persimpangan tersebut bukanlah persimpangan utama yang memerlukan pembinaan lampu isyarat.

Peraturan yang sedia ada di persimpangan tersebut pada masa ini adalah memadai untuk mengawal lalu lintas dengan syarat semua pengguna jalan tersebut mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakka kemalangan berlaku.


SOALAN B75

Senaraikan nama-nama taman-taman yang telah diturapkan oleh pihak MPM di kawasan DUN Bentayan dan nyatakan kosnya bagi setiap satu?

JAWAPAN

Berikut adalah senarai nama-nama taman-taman yang telah diturapkan oleh Majlis Perbandaran Muar (MPM) di kawasan DUN Bentayan berserta kosnya bagi setiap satu.


Bil Taman Mukim Kosnya (RM)
1. Taman Kenanga Mukim Bandar Muar 100,000.00
2. Taman Sri Emas Mukim Bandar Muar 229,900.00
3. Taman Murni Mukim Bandar Muar 476,502.00
4. Taman Sri Emas 4 Mukim Bandar Muar 229,919.00
Jumlah 1,036,321.00

Bil Taman Mukim Kos (RM)
1. Taman Orkid 349,200.00
2. Taman Bakariah 518,990.00
3. Taman Utama 476,502.00
4. Taman Sakeh Jaya 174,710.00
Jumlah 1,125,360.00

Bil Taman Mukim Kos (RM)
1. Jalan Maharani Jalan Sultan Ismail-ke 304,020.00
Jalan Hashim, Muar
2. Taman Sakeh Baru Jalan Bandar Muar 549,930.00
Jumlah 853,950.00

Bil Taman Mukim Kos (RM)
1. Taman Arosa Mukim Bandar 121,148.00
2. Taman Ken. Tun Ismail (fasa 1) Jalan Bakri 91,100.00
3. Taman Ken. Tun Ismail (fasa 2) Jalan Bakri 128,700.00
4. Taman Emas 11 Mukim Bandar Muar 59,960.00
Jumlah 400,908.00
Jumlah keseluruhan 3,416,539.00


SOALAN B76

Adakah Kerajaan Negeri bercadang dengan mewujudkan kerjasama di antara Kerajaan Negeri dan pemaju-pemaju tempatan untuk membangunkan sebuah bandar baru Muar supaya bandar ini tidak lagi dipanggil Bandar Pencen lagi?

JAWAPAN

Untuk makluman, Kerajaan Negeri melalui pihak Majlis Perbandaran Muar (MPM) sentiasa berusaha untuk memastikan Bandar Muar dibangunkan seiring dengan pembangunan yang rancak dijalankan di kawasan persekitaran dengan menjalinkan kerjasama dengan pemaju-pemaju tempatan.

Setiap tahun, melalui peruntukan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang disalurkan melalui Kerajaan Negeri dan seterusnya kepada MPM digunakan untuk membangunkan serta meningkatkan kemajuan di Bandar Muar, Warisan budaya dijaga dan ditambah baik dari masa ke semasa.

Antara perancang pembangunan yang telah dilaksanakan sehingga bulan Ogos 2009 adalah seperti :

Projek di bawah pakej rangsangan Contohnya
ekonomi Kedua 2009

i) Penyelenggaran projek-projek kecil dalam Menaik taraf sistem parit-parit di Jalan
PBT Negeri Johor Hospital Muar, Taman Mesra dan Jalan
Joned antara Taman Tanjung Impian
ii) Projek Monsoon drain/roads/potholes Menaik taraf perparitan di Kawasan
di kawasan PBT Negeri Johor Perindustrian Sungai Terap, Kawasan
Perindustrian Bakri, Muar dan Taman
Guru, Muar
iii)Penyelenggaran projek-projek kecil di Menaik taraf parit di Kampung Ubi,
penempatan tradisional dan tersusun Jalan Daud, menaik taraf semula Jalan
dalam kawasan PBT Negeri Johor Rumah Kilat, Jalan Sungai dan Kampung
Parit Perupuk, Jalan Junid, Muar

0 comments: