诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Friday, April 16, 2010

Warga Batu Pahat Meminta Pertolongan ADUN Bentayan
Kerana Masalah Tuntutan Insurans.

Gambar dari kiri ialah Sdri Gan Peck Cheng (Setiausaha DAP Negeri Johor), Puan Eu Bih Jen, YB Gwee Tong Hiang dan Gwee Guek Lian (Konsultan Insurans Hayat).

Seorang warga daripada Batu Pahat, Puan Eu Bih Jen telah mengujungi ADUN Bentayan, YB Gwee Tong Hiang untuk meminta pertolongan menyelesaikan masalah tuntutan pampasan insurans beliau. Beliau diiringi oleh Setiausaha DAP Negeri Johor, Sdri Gan Peck Cheng ke Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bentayan petang semalam.

Kes beliau telah dirujukkan kepada pihak Ibu Pejabat Syarikat Insurans berkenaan dan juga telah mendapat nasihat daripada peguam tetapi malangnya masih tidak mendapat penyelesaian terhadapnya!

Menurutnya lagi, beliau telah diberikan maklumat yang tidak tepat oleh ejen insurans berkenaan sehinggakan kos perubatan anak beliau yang bernama Tan Qi Herng tidak dapat dituntut daripada pihak insurans.

ADUN Bentayan, YB Gwee Tong Hiang menyatakan bahawa beliau akan sedaya-upaya menolongnya untuk menyelesaikan masalahnya.

0 comments: