ADUN Kawasan Bentayan, YB Gwee Tong Hiang telah menjadi orang tengah dalam menyelesaikan ketidakpuasan En Steven Ng Kean Seng & Puan Tee Sin Yee terhadap Pusat Jagaan Kanak-kanak.
Mereka berdua amat tidak berpuas hati kerana anak beliau yang bernama Ng Lim Wei Duan, 3 tahun telah dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak tersebut telah terjatuh dan mendapat kecederaan teruk dibahagian kepala anaknya.
Menurut Puan Tee, kejadian ini boleh berlaku kerana kecuaian pihak penjagaan pusat tersebut! Pengetua Pusat Jagaan Kanak-kanak, Puan Christine pula menyatakan bahawa kejadian tersebut merupakan satu kemalangan dan bukannya kecuaian mereka!
Setelah mendengar hujah-hujah daripada kedua-dua pihak, ADUN Kawasan Bentayan, YB Gwee Tong Hiang cuba menyesyorkan satu FORMULA PENYELESAIAN yang dapat diterima oleh kedua-dua pihak!
Akhirnya pihak Pengetua Pusat Jagaan Kanak-kanak, Puan Christine bersetuju untuk membayar GANTI RUGI sebanyak RM1,000.00 sebagai kos perubatan Ng Lim Wei Duan. Kedua-dua pihak bersetuju dengannya dan kes dianggap selesai!
0 comments:
Post a Comment