诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Thursday, July 14, 2011

TEKS UCAPAN ADUN KAWASAN BENTAYAN BAGI MESYUARAT PERTAMA BAGI PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 MULAI 23 JUN 2011 HINGGA 5 JULAI 2011 PADA 28 JUN 2011

Ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Speaker kerana sudi memberi peluang kepada Bentayan untuk membahaskan usul menjunjung KASIH titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Tuanku yang dicadangkan oleh YB Kukup.

Yang Berhormat Dato’ Speaker

1. Tuanku Sultan Murka Johor Masih Kotor

Pada tarikh 22-Jun-2011, Media-media tempatan telah melaporkan bahawa Sultan Johor, murka dengan tahap kebersihan di negeri ini yang amat memalukan sepanjang pemerhatian baginda semasa Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2011.

Baginda menegur Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan syarikat swasta yang mendapat kontrak memungut sampah yang disifatkan tidak melakukan tugas dengan sempurna dalam memastikan kebersihan.
“Tiap-tiap daerah ada 24 Ahli Majlis yang mana kerajaan bayar RM500 elaun tiap-tiap bulan, TETAPI KIRA-KIRA 93% TIDUR!”

“ Tak ada langsung beri pandangan, beri idea-idea bagaimana bersihkan daerah, kepada ahli majlis yang tidur itu moleklah berundur,” titah baginda pada siding akhbar selepas merasmikan Bangunan Wakaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) di Batu Pahat pada 21 Jun 2011.

Bentayan amat berharapkan kerajaan negeri memandang serius mengenai teguran daripada Tuanku mengenai tahap kebersihan yang telah bertambah teruk disetiap pelusuk di negeri ini!
Yang Berhormat Dato’ Speaker

2. Tarif elektrik “Kera disusukan, Anak dirumah mati kelaparan”.

Kenaikan tarif elektrik tanpa menyemak rundingan yang berat sebelah dengan Syarikat Penjana Kuasa Bebas (IPP) adalah seperti kata pepatah “Kera di hutan disusukan, Anak dirumah mati kelaparan”.

Tindakan Kerajaan menaikkan kadar tanpa penstrukturan semula Perjanjian Pembiayaan Kuasa (PPA) akan membebankan sektor perindustrian dan komersial. Pengguna besar akan menghadapi kenaikan sehingga 8.4% harga elektrik yang bukan sahaja meningkatkan inflasi tetapi bakal berdepan dengan “Letupan Besar” kepada industri eksport yang sudah terbeban dengan Ringgit yang kukuh.

Masalahnya kerajaan memilih untuk menghukum pengguna dan pemilik industri tanpa menghiraukan keuntungan yang dikecapi oleh IPP.

3. Inflasi hanya naik 0.27%.

Logikkah Kerajaan Barisan Nasional menyatakan bahawa keadaan inflasi hanya naik 0.27% berikutan penarikkan balik subsidi keatas barang keperluan harian adalah tidak munasabah! Penarikkan subsidi telah menyebabkan kenaikan kos pengangkutan dan seterusnya mengakibatkan kenaikan harga secara serentak. Bagaimanakah Kerajaan menyatakan bahawa inflasi hanya meningkat 0.27% sedangkan rakyat terbeban dengan kenaikkan harga barang yang melebih 0.27%!

Penarikkan subsidi kepada golongan miskin sudah tentu memberikan impak besar kepada negara, keenganan Kerajaan Pusat untuk mengarahkan Syarikat Penjana Kuasa Bebas (IPP) untuk berkongsi beban tidak akan menjimatkan kos-kos atau menambaikkan lagi sistem pengangkutan.

Negara kita mempunyai simpanan tenaga mentah yang tertinggi di dunia iaitu sebanyak 52.6%. Oleh itu, disarankan TNB tidak perlu membeli tenaga daripada IPP.

Yang Berhormat Dato’ Speaker

Walaupun Ahli-ahli Ekonomi bersetuju dengan pengurangan subsidi akan mempertingkatkan kecekapan, ketidakadilan sistem sedia ada hanya akan menyelamatkan sektor-sektor korporat yang sudah kaya, bukannya menyelamatkan golongan berpendapatan rendah.

4. Paya bakau di Tanjung Ketapang

Bentayan pada ucapan Bajet 2011 telah menyatakan bahawa MPM telah membelanjakan RM197,400 untuk skop kerja utama projek di antaranya menanam 1,500 pokok bakau di Tanjung Ketapang. Tetapi dalam semakan audit mendapati bahawa kontrak utama di sahkan siap pada 28 November 2008 oleh Pegawai Penguatkuasa dan tiada sebarang bukti yang menunjukkan bahawa pihak kontaktor telah melaksanakan kerja-kerja menanam 1,500 pokok bakau.

Pembaziran demi pembaziran berlaku akibat tidak kecekapan MPM, MPM perlu faham bahawa setiap wang yang dibelanjakan adalah wang rakyat!

Pada tarikh 04 Jun 2011, pihak kerajaan yang diketui oleh Ketua Polis Daerah Muar (OCPC Muar) bukan diketui oleh YDP MPM, telah menanam sebanyak 2,500 pokok bakau setelah menebang sebahagian besar pokok bakau yang sedia ada di kawasan tersebut.

Disini Bentayan ingin bertanya beberapa soalan seperti berikut:

i. Berapakah perbelanjaan yang diperlukan oleh kerajaan dalam kerja-kerja penebangan pokok bakau dan kos penanaman semula 2,500 pokok bakau di Tanjung Ketapang?

ii. Mengapakah Kerajaan Negeri mengizinkan MPM bertindak sedemikian?

iii. Apakah impak besar yang berlaku keatas eko-sistem akibat daripada penebangan pokok bakau tersebut?

Yang Berhormat Dato’ Speaker

5. Uptown Maharani

Pada 3 Mei 2011, MPM telah mengumumkan penaikkan taraf keatas Uptown Maharani dengan kos pembinaan sebanyak RM3 juta dengan tujuan untuk menukar imej Bandar Muar dengan cadangan memasang bumbung dan menaikkan taraf jalan di sepanjang Jalan Sisi.

Cadangan pembinaan itu bertujuan mengikis imej Bandar Muar yang terkenal sebagai Bandar Pencen.

Bentayan mengalu-alukan cadangan pembinaan Uptown Maharani. Sungguhpun Uptown Maharani terletak di dalam kawasan DUN Maharani, betul-betul bersebelahan dengan DUN Bentayan tetapi Bentayan amat berharap Kerajaan Negeri memandang serius impak akibat daripada pembinaan tersebut!

Perkara-perkara yang perlu di ambil tahu dan disegerakan oleh pihak MPM adalah seperti berikut:

i. MPM perlu menyediakan lebih banyak ruang tempat parkir bagi mengantikan tapak letak kereta yang sedia ada yang telah dijadikan tapak Uptown Maharani!

ii. MPM perlu bertindak segera akibat dari ketidakcukupan tempat parkir, yang sudah tentu akan menyebabkan kesesakan lalu lintas yang lebih teruk di Bandar Muar. Pusat Bandar Muar merupakan sebuah bandar lama yang berkeluasan kecil dan segala perancangan baru haruslah di rancang dengan teliti dan pandangan warga tempatan haruslah diambil kira!

iii. MPM perlu mengambil tahu impak yang akan dilanda oleh para peniaga di kawasan Jalan Sisi, supaya mereka dapat terus menjalankan perniagaan seperti sediakala.

6. Pusat Penjaja Jalan Haji Abu, Muar

Bentayan ingin menyarankan kepada Kerajaan Negeri sekiranya cadangan memasang bumbung di naik taraf sepanjang Jalan Sisi bagi menjadikan Uptown Maharani, maka kerajaan juga seharusnya bersedia untuk memasang bumbung di Pusat Penjaja Jalan Haji Abu, Muar.

Pusat Penjaja Jalan Hj. Abu, Muar yang telah didirikan sejak 60 tahun yang lalu telah menjadi satu tempat destinasi pelancongan di Bandar Muar. Sesiapa yang datang ke Muar, jika tidak sampai ke Jalan Hj. Abu, ini tidak bermaksud mereka belum sampai ke Muar.

Maka Bentayan berharap selaras dengan Konsep 1Malaysia, Kerajaan Negeri seharusnya melaksanakan pembangunan tanpa mengamalkan sikap pilih kasih dalam segala pelan pembangunan di negeri ini!

Yang Berhormat Dato’ Speaker

7. Draf Rancangan Tempatan Daerah Muar 2002-2015 (Pengubahan).

Bentayan mengucapkan tahniah kepada Jabatan Perancang Bandar & Desa, Johor dalam penyediaan Draf Rancangan Tempatan Daerah Muar 2002-2015 (Pengubahan).

Bentayan amat tertarik dengan cadangan pembangunan Maharani Waterfront. Projek tersebut bermula dari Pantai Tanjung Ketapang sehingga ke Sabak Awor, dan terdapat 9 destinasi pelancongan (Node 1 hingga Node 9) disepanjang Muara Sungai Muar.

Bentayan amat berharap segala cadangan pembangunan yang dirancang seharusnya dapat diimplimentasikan dengan sebaik-baiknya untuk manfaat semua warga Muar.

Ada beberapa persoalan mengenai draf tersebut yang Bentayan ingin tanyakan iaitu:

i. Deck air yang bakal dibina untuk acara sukan air, kemungkinan besar akan dimusnahkan oleh pukulan ombak.
• Apakah langkah-langkah yang boleh diambil Kerajaan Negeri supaya pembinaan tersebut boleh tahan dan tidak runtuh dari pukulan ombak?

ii. Trek jogging akan dibina di Node 2 bagi aktiviti riadah dan kiosk-kiosk kecil dan restoran di letakkan di sepanjang laluan pejalan kaki.
• Soalannya, trek jogging akan mendap dan runtuh akibat daripada hakisan laut, apakah tindakan dan perancangan MPM bagi mengatasi masalah tersebut?
• Kiosk-kiosk kecil dan restoran tidak sepatutnya diletakkan di sepanjang laluan pejalan kaki supaya kebersihan kawasan lebih mudah dijaga?

iii. Node 6 akan dijadikan kawasan Pengangkutan Berpusat.
• Adakah Pasar Besar Maharani akan ditempatkan ke kawasan lain dan apakah alternatif baru bagi mengatasi kesesakan lalu lintas sekiranya kawasan Node 6 dijadikan kawasan Pengangkutan Berpusat memandangkan kawasan tersebut merupakan laluan utama untuk memasuki Bandar Muar?

Yang Berhormat Dato’ Speaker

iv. Cadangan memindahkan Jeti Nelayan Bentayan ke Node 9.

Jeti tersebut tidak seharusnya di pindahkan ke Node 9 tetapi MPM boleh menjadikannya sebagai suatu tempat pelancongan yang unik. Restoran makanan laut boleh dibina dan para nelayan boleh menjual hasil tangkapan di Jeti Nelayan Bentayan, boleh menarik pelancong untuk melancong serta membeli hasil laut yang segar daripada para nelayan dengan harga yang berpatutan selaras dengan ucapan pembukaan Tuanku supaya para Nelayan hendaklah terus dibela dalam usaha meningkatkan pendapatan dan pengeluaran mereka supaya bersama-sama dapat mengecapi kemakmuran negeri.

v. Cadangan peningkatan Jalan dari 2 lorong ke 4 lorong.

a. Jalan Muar – Parit Jawa – Batu Pahat
b. Jalan Muar - Bukit Pasir – Jalan Ismail
c. Jalan Kim Kee
d. Jalan Bakariah
e. Jalan Sungai Abong

vi. Cadangan naik taraf dan pembaikan persimpangan.

a. Persimpangan Jalan Bakariah – Jalan Salleh – Jalan Ismail
b. Persimpangan Jalan Bakri – Jalan Simpang Jeram

Bentayan ingin bertanya kepada Kerajaan, adakah proses pengambilan tanah telah mula atau telah dilaksanakan dan adakah pampasan yang setimpal (mengikut harga pasaran) akan diberikan kepada pemilik tanah dan berapakah pampasan yang dijangkakan bagi proses pengambilan tanah untuk projek-projek berkenaan?

Misalannya peningkatan Jalan 2 lorong kepada 4 lorong di Jalan Bakariah dan penaik-tarafan Persimpangan Jalan Bakariah, Jalan Salleh dan Jalan Ismail nampaknya dalam Draf Rancangan Tempatan Daerah Muar 2002-2015 (Pengubahan) amat mudah, tetapi untuk pengetahuan Dewan Yang Amat Mulia ini, kawasan tersebut merupakan kawasan yang padat penduduk, dimana terdapat banyak kedai-kedai dan perumahan yang telah didirikan sejak sekian lama iaitu sehingga di tepi jalan.

Bentayan amat khuatir sekirannya berlaku pampasan yang tidak munasabah sudah tentu akan menyebabkan kemarahan kepada warga tempatan.

Soalan:

Mengapakah Buku Draf Rancangan Tempatan Daerah Muar 2002-2015 (Pengubahan) yang dijual dengan harga RM350.00 menggunakan Resit Rasmi Kelab Sukan & Kebajikan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Johor (No. Resit: 00301) dan bukannya resit dari Jabatan tersebut dan mengapakan ianya dijual dengan harga sebegitu tinggi dan bagaimanakah kerajaan boleh meningkatkan minat orang awam untuk memberikan pandangan dan cadangan mereka dengan harga jualan tersebut?

Yang Berhormat Dato’ Speaker

8. Masalah banjir kilat di Bandar Muar.

Masalah banjir kilat di Bandar Muar kini telah bertambah teruk sungguhpun pihak Kerajaan telah membelanjakan banyak peruntukan bagi menyelesaikan masalah tersebut tetapi masalah induknya masih tidak dapat diselesaikan oleh pihak MPM.

Bagai pepatah:

Sakit Kepala Ubat Kepala
Sakit Kaki Ubat Kaki
Sepatutnya Jika Seseorang Sudah Sakit Teruk
Pergilah Buat CT-Scan

Bentayan sudah berkali-kali menyatakan didalam Dewan Yang Mulia ini bahawa pihak Kerajaan perlu menggali satu saliran baru melintang merentasi Bandar Muar bagi penyelesaian masalah banjir kilat di Bandar Muar iaitu menggali satu saliran lintang dari Jalan Arab sehingga Jalan Maharani dan seterusnya menggalir ke Sungai Muar.

Baru-baru ini telah berlaku banjir kilat pada 26 Mei 2011 dan 4 Jun 2011 di Pusat Bandar Muar, Jalan Bentayan, Jalan Datuk Haji Hassan, Jalan Daud dan juga Jalan Bakri.

Pada 26 March 2011 Perdana Menteri telah melawat ke DUN Maharani, Bentayan dan Sungai Abong dimana ketiga-tiga kawasan tersebut adalah di wakili oleh ADUN Pakatan Rakyat!

Tetapi malangnya kami bertiga tidak dijemput oleh Pejabat Daerah Muar mengenai lawatan tersebut. Sungguhpun kami bertiga tidak dijemput, Perdana Menteri tetap mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.8 juta untuk mengatasi masalah sistem perparitan dan saliran yang ada ini dikatakan sudah tidak mampu berfungsi dengan baik setiap kali hujan turun.

Pada 4 jun 2011, Ketua Whip MCA Ahli-ahli Majlis (Puan Helen Fong Soh Lan) Majlis Perbandaran Muar juga telah membuat pengumuman melalui akhbar bahawa sekiranya masalah banjir tidak diselesaikan dalam tempoh 2 minggu, maka beliau menegaskan bahawa pada PRU Ke-13, rakyat akan mengundi Pakatan Rakyat!

Bentayan berharap Kerajaan Persekutuan dapat menghulurkan peruntukan tersebut dengan kadar SEGERA memandangkan keadaan sudah bertambah teruk!

Soalan:

Berapa lamakah Sungai Bentayan sudah tidak dibersihkan dan bilakan JPS akan membaiki tembok Sungai Bentayan yang telah runtuh disebelah Bangunan MARA ?

Bentayan juga berpendapat bahawa Sungai Bentayan yang dipenuhi dengan kelodak tanah lumpur sememangnya SUKAR untuk dibersihkan dengan kewujudan Bangunan UMNO Bakri, laluan untuk pergerakan jentera JPS telah menjadi sempit, pihak yang memberi kelulusan kepada pembinaan Bangunan UMNO Bakri seharusnya bertanggungjawab kepada kejadian banjir kilat yang sering melanda Bandar Muar sejak kebelakangan ini!

Yang Berhormat Dato’ Speaker

9. Holistik Bil. 26, April 2011.

Majalah Holistik Bil. 26, April 2011 M/S 27, Tajuk Besar “CAKAP BIAR JUJUR, HATI BIAR IKHLAS” oleh Mohd Sa’odi bin Mat Atar. Dalam komen tersebut beliau menyatakan “Berapa KERATKAH ahli bukan Cina yang menganggotai DAP”. Adakah DAP bersedia untuk meletakkan calon Melayu di kerusi yang majoritinya bukan Melayu?

Sebenarnya, sejak ditubuhkan, DAP telah meletakkan calon Melayu iaitu Calon Berbangsa Melayu yang pertama mewakili DAP adalah Sdr Daing Ibrahim Othman pada PRK DUN Tampoi pada tahun 1967!

Di sini Bentayan ingin bertanya kepada UMNO. berapa keratkah ahli bukan Melayu yang menganggotai UMNO? Adakah UMNO bersedia meletakkan calon Cina di kerusi majoritinya pengundinya Melayu?

Sebagai Ketua Editor Majalah Holistik iaitu Majalah Bulanan Kerajaan Negeri dan beliau juga memegang jawatan sebagai Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Johor dan sebagai penjawat awam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan bahasa kasar kerana gaji beliau adalah datangnya dari wang rakyat. Beliau seharusnya memaklumkan mesej yang betul yang boleh mendatangkan manfaat kepada seluruh rakyat di negeri Johor.

Bentayan berpendapat YAB Menteri Besar seharusnya memberi kata dua kepada Setiausaha Akhbar beliau supaya tidak mengeluarkan lagi perkataan-perkataan yang boleh menyakitkan hati setiap pembaca.

Soalan:

1. Pada tarikh 13-05-2011 Utusan Malaysia melaporkan bahawa penjawat kakitangan awam sering ponteng kerja khususnya dari kumpulan Pekerja Am Rendah (PAR), apakah tindakan tegas yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Johor keatas mana-mana Penjawat Awam yang melakukan kesalahan tersebut?

2. Bentayan ingin tahu berapakah jumlah mengikut bidang kepakaran, tenaga pakar dan golongan ikhtisas-ikhtisas rakyat Johor yang berkhidmat di luar negara serta nyatakan sebab-sebab kenapa mereka keberatan untuk pulang berkhidmat di negara sendri dan lebih selesa di negara asing?

Kesimpulan:

Bentayan berharap segala peruntukan haruslah dibelanjakan kepada kumpulan yang telah disasarkan. Kerajaan haruslah ingat bahawa setiap sen yang dibelanjakan adalah wang rakyat!

Sekian.

YB Gwee Tong Hiang
ADUN Kawasan Bentayan

0 comments: