诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Thursday, July 14, 2011

SOALAN-SOALAN LISAN MESYUARAT PERTAMA BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 MULAI 23 JUN 2011 HINGGA 5 JULAI 2011

SOALAN 24 (A36)

Peruntukan RM 4.8 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri bagi menaik taraf sistem perparitan dan saliran di Bandar Muar bagi mengatasi banjir, sila senaraikan kawasan yang terlibat dalam menaik taraf sistem perparitan dan saliran?

Jawapan: YB Datuk Haji Ahmad Zahri Bin Jamil

Untuk makluman, kawasan projek meliputi keseluruhan Jalan Meriam dan Jalan Hassan di dalam Bandar Maharani Muar. Bagi menaiktaraf sistem perparitan di Jalan Meriam ia adalah bermula dari Jalan Bakri sehingga Jalan Abdul Rahman iaitu meliputi kerja-kerja pembentong kekotak sepanjang 2830 meter dan pembinaan Parit-U sepanjang 1150 meter.

Manakala kerja-kerja menaiktaraf Parit Jalan Hassan pula dah bermula dari Jalan Petrie sehingga ke Jalan Abdul Rahman iaitu meliputi kerja-kerja pembinaan pembentong kekotak sepanjang 280 meter dan Parit-U sepanjang 1140 meter.

Iklan tawaran kerja tersebut telah dikeluarkan pada 14 Jun 2011. Kerja-kerja dijangka dapat dimulakan pada bulan September 2011.
SOALAN 24 (A41)

Apakah punca sebenar yang menyebabkan banjir kerap berulang dan sejauh mana pembangunan yang tidak terkawal dan pembalakkan yang berleluasa telah menyumbang kejadian banjir serta kos tebatan banjir sepanjang 5 tahun kebelakangan ini?

Jawapan: YB Encik Tan Kok Hong

Fenomena banjir di Malaysia dalah disebabkan hujan monsun. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini peristiwa hujan yang luar biasa dan lebat dapat diperhatikan. Ketidaktentuan ini menyebabkan infrastruktur saliran sedia ada tidak dapat menampung air larian permukaan yang semakin meningkat.

Keadaan ini ditambah lagi dengan pembangunan pesat dan pembukaan tanah yang tidak terkawal. Aktiviti-aktiviti ini telah mengurangkan kawasan hijau yang merupakan kawasan tadahan air sebaliknya telah mewujudkan lebih banyak kawasan permukaan konkrit.

Kawasan-kawasan dengan permukaan keras seperti bangunan, jalan, dan lain-lain tidak dapat menyerap air ke tanah tetapi terus mengalirkan semua air ke dalam sistem saliran. Keadaan ini sama dengan kawasan pembukaan tanah yang tidak terkawal di mana air hujan tidak sempat menyerap ke tanah. Aktiviti-aktiviti ini menyebabkan aliran air permukaan (surface run-off) bertambah dan aliran semakin cepat sampai ke sistem saliran. Peningkatan kuantiti dan pemendakan masa laluan air ke sistem saliran menyebabkan sistem tidak dapat menyalur keluar air ke laut tetapi sebaliknya melimpah dan membanjiri kawasan sekitarnya.

Keadaan ini menjadi lebih teruk dengan keadaan saliran yang terganggu akibat pemendapan tanah, sampah sarap dari kawasan pembangunan atau perbandaran serta faktor-faktor lain yang menjejaskan kecekapan sistem saliran.

Untuk mengatasi masalah dan kesan banjir, kerajaan telah mengambil langkah seperti menjalankan kerja-kerja mendalam dan membuang kelodak sungai-sungai utama, penggalian sungai, menaik taraf sistem saliran Bandar dan penyelenggaraan sistem saliran secara berkala. Bagi menangani masalah ini kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 600 juta dalam RMK 9 (2006-2010).

SOALAN 29 (A39)

Mengapakah Majlis Perbandaran Muar (MPM) tidak lagi menghantar Notis Mesyuarat Penuh MPM kepada ADUN Bentayan, Maharani dan Sungai Abong semenjak bulan Mac dan April dan Mei 2011adakah dalam Akta Kerajaan Tempatan, MPM berhak berbuat sedemikian?

Jawapan:  YB Datuk Haji Ahmad Zahri Bin Jamil

Berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) Sekyen 22, menyatakan notis mengenai masa dan tempat bagi tiap-tiap Mesyuarat Pihak berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap orang Ahli Majlis samada kepadanya sendiri atau dengan meninggalkan di tempat tinggalnya yang biasa atau di alamat urusannta tidak kurang daripada 24 jam sebelum mesyuarat tersebut, dengan syarat ketinggalan yang tidak sengaja daripada notis itu tidak akan menyentuh sahnya sesuatu mesyuarat.

Oleh yang demikian , Pihak Majlis Perbandaran Muar (MPM) t5idak lagi menhantar Notis Mesyuarat Penuh Bulanan kepada Yang Berhormat ADUN Bentayan, Maharani dan Sungai Abong kerana mereka bukanlah dari kalangan Ahli Majlis yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, keputusan membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hadir di Mesyuarat Penuh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dipersetujui di Mesyuarat Majilis Kerajaan (MMK) pada 29 Oktober 2008. Walaubagaimanapun, mereka dibenarkan hadir sebagai pemerhati sahaja dan tidak dibenarkan berucap atau memberikan pandangan. Yang Dipertua PBT juga hendaklah memastikan ADUN-ADUN tersebut tidak terlibat secara langsung dalam Mesyuarat Penuh Majlis.

Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh ADUN Bentayan , pihak MPM tidak lagi menghantar NOTIS Mesyuarat Penuh Bulanan Majlis Perbandaran Muar (MPM) kepada ADUN-ADUN Bentayan, Maharani Dan Sungai Abong adalah disebabkan tindakan mereka yang sering mengeluarkan isu-isu negatif terhadap perkara-perkara yang dibincangkan di mesyuarat tersebut, terutamanya melibatkan projek-projek pembangunan untuk kepentingan masyarakat di Daerah Muar. Projek-projek yang dilaksanakan bukan sahaja tidak mendapat penghargaan, malahan bantahan dan teguran negatif yang dibuat oleh ADUN-ADUN tersebut tidak berpuashati dengan projek-projek yang dilaksanakan oleh pihak MPM, telah disiarkan dalam akhbar terutamanya akhbar-akhbar berbahasa cina.

Laporan sebegini pada dasarnya memburukkan imej MPM dan seterusnya Kerajaan Negeri. Tanggapan negatif dan buruk masyarakat memang sukar dijernihkan dan ini akan menyukarkan Kerajaan untuk melaksanakan Program-program Pembangunan Setempat.

Oleh itu, pihak MPM telah mengambil tindakan berdasarkan Seksyen 31, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan memutuskan tidak lagi menjemput ADUN –ADUN kawasan tersebut ke Mesyuarat Penuh MPM mulai Mac 2011.

0 comments: