诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Tuesday, October 21, 2008

SOALAN-SOALAN BERTULIS DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 09-09-2008 YANG DISOAL OLEH Y.B. GWEE TONG HIANG (AHLI DEWAN NEGERI, KAWASAN BENTAYAN)

SOALAN 40 (A41)

Lawatan Rasmi ke Luar Negara Oleh Menteri Besar, Ahli-Ahli EXCO dan ADUN

a. Sila senaraikan rombongan-rombongan luar Negara yang telah melibatkan YAB Menteri Besar, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, kesemua Pegawai bagi setiap tahap di Kerajaan tempatan bagi tempoh 2004 sehingga 2008?

b. Sila nyatakan tujuan-tujuan lawatan tersebut?

c. Sila nyatakan jumlah perbelanjaan yang terlibat bagi rombongan-rombongan tersebut?

d. Adakah lawatan tersebut membawa manfaat ke atas rakyat negeri ini?


JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

a. Pada dasarnya lawatan ke luar negara oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor tidak melibatkan Y.A.B. Menteri Besar Johor, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli- Ahli Dewan Undangan Negeri.

Lawatan ke luar negara tersebut hanya melibatkan Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis dan pegawai-pegawai di Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.

Walau bagaimana pun terdapat satu lawatan ke luar negara yang telah diadakan pada 31 Disember 2004 hingga 6 Januari 2005 ke Beijing, China yang telah melibatkan Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, Y.B. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Perumahan, Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Y.b. Pegawai Kewangan Negeri Johor, Ketua-ketua Jabatan, Pengurus TNB, Ketua Whip dan PSU (Kerajaan Tempatan)

Bagi tempoh 2004 hingga 2008 sebanyak dua belas lawatan ke luar negara oleh PBT telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri, Lawatan ke luar negara tersebut adalah mengikut garis panduan lawatan ke luar negara oleh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Di antara syarat yang ditetapkan di dalam garis panduan tersebut adalah sebagaimana berikut :-

1. Hanya dihadkan ke negara-negara ASEAN dan China.
2. Pihak Berkuasa Tempatan hanya boleh dipertimbangkan lawatan kerja sekali sahaja dalam tempoh 3 tahun.
3. Setiap Pihak Berkuasa Tempatan tidak dibenarkan membuat lawatan ke luar negara dan dalam negara dalam tahun yang sama.
4. Peserta hendaklah terdiri dariapda 30 orang maksima bagi lawatan kerja ke luar negara dan bagi lawatan kerja dalam negara hendaklah tidak melebihi 33 orang.
5. Lawatan hendaklah dengan kelulusan Pegawai Kewangan Negeri.
6. Ahli-Ahli Majlis yang sedang berkhidmat layak menyertai rombongan/lawatan sekali dalam 2 penggal.
7. Peruntukan dibenarkan tidak melebihi RM50,000.00.
8. Hanya 5 orang kakitangan yang berkaitan sahaja yang layak menyertai lawatan yang sama. Ahli Ex-Officio boleh dipertimbangkan seramai 3 orang maksimum.
9. Laporan terperinci lawatan kerja hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam tempoh dua (2) minggu selepas lawatan berkenaan.
10. Lawatan-lawatan ke luar negara hanya boleh dilakukan selepas kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.


Lawatan-lawatan ke luar negara yang diadakan seperti berikut :-

- Majlis Bandaraya Johor Bahru telah mengadakan lawatan ke Shenyang dan Dalian, China pada 21 Mac 2007 hingga 25 Mac 2007.
- Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah telah mengadakan lawatan ke Shanghai dan Suzhou, China pada 14 Disember 2006 hingga 18 Disember 2006.
- Majlis Perbandaran Kulai telah mengadakan lawatan ke Shanghai, China pada 14 Disember 2006 hingga 19 Disember 2006.
- Majlis Perbandaran Muar telah mengadakan lawatan ke Bangkok, Thailand pada 12 Disember 2006 hingga 15 Disember 2006.
- Majlis Daerah Tangkak telah mengadakan lawatan ke Bali, Indonesia pada 8 Jun 2004 hingga 12 Jun 2004.
- Majlis Perbandaran Batu Pahat telah mengadakan lawatan ke Shanghai, China pada 4 Disember 2006 hingga 9 Disember 2006.
- Majlis Perbandaran Kluang telah mengadakan lawatan ke Beijing, China pada 22 Disember 2006 hingga 27 Disember 2006.
- Majlis Daerah Simpang Renggam telah mengadakan lawatan ke Chiangmai/Bangkok pada 12 Disember 2006 hingga 16 Disember 2006.
- Majlis Daerah Labis telah mengadakan lawatan ke Beijing, China pada 31 Disember 2004 hingga 6 Disember 2005.
- Majlis Daerah Kota Tinggi mengadakan lawatan ke Beijing, Chengde, Tianjin, negara China pada 17 September 2006 hingga 23 September 2006.
- Manakala Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Majlis Daerah Yong Peng, Majlis Daerah Segamat, Majlis Daerah Mersing tiada membuat sebarang lawatan ke luar negara.

b. Tujuan lawatan ke luar negara adalah untuk mendapatkan idea-idea baru yang boleh diguna pakai dan disesuaikan dengan persekitaran kawasan pentadbiran PBT dalam program pembangunan dan alam sekitar, sistem pentadbiran yang efisien, seni taman dan rekreasi (landskap), kawalan lalu lintas, pengindahan bandar, pencahayaan, keceriaan dan kebersihan, pengurusan sistem kewangan dan pengurusan undang-undang.

c. Jumlah perbelanjaan yang terlibat bagi rombongan-rombongan tersebut adalah mengikut sepertimana garis panduan lawatan ke luar negara iaitu peruntukan jabatan sebanyak RM50,000.00 dan bakinya ditanggung oleh peserta sendiri.

d. Lawatan-lawatan yang diadakan telah memberi manfaat kepada rakyat negeri ini secara tidak langsung. Hasil daripada lawatan-lawatan tersebut telah memberi kebaikan dan faedah bagi mendapat idea-idea baru yang akan digunakan dalam pembangunan, perancangan bandar, program pengindahan dan pencahayaan, landskap, seni taman, rekreasi dan pelancongan di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.

0 comments: