诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Saturday, October 11, 2008

Kad Pengenalan Disalahgunakan Untuk Mendaftar Talian Telefon Bimbit Di Syarikat U Mobile Sdn Bhd 身份证被盗用,青年无辜欠款

Dari kiri ialah Pembantu Kawasan YB iaitu, En Tan Swee Hwa, YB Gwee Tong Hiang, Mangsa Kes ini, En Gan Choon Kiat, En Chua Poh Meau dan Pembantu Peribadi YB iaitu Cik Se Pei Teng. 片一: 选区助理陈瑞华,文打烟区州议员魏宗贤, 事主颜俊杰, 选区助理蔡宝淼及州议员私人助理徐贝婷。

Pengadu Encik Gan Choon Kiat, berumur 30 tahun yang berasal dari Serom, Muar dan juga merupakan seorang penyedia kilang perabot telah menerima dua pucuk surat daripada Syarikat U Mobile Sdn. Bhd. pada 09-10-2008. Encik Gan berasa amat terkejut apabila menerima dua pucuk surat itu kerana surat itu merupakan Penyata Akaun Stesen 018. Selain daripada itu, surat itu juga menyatakan bahawa Encik Gan telah mendaftar dua nombor telepon bimbit (Stesen 018) dengan Syarikat U Mobile Sdn. Bhd. Manakala Encik Gan tidak pernah berdaftar nombor telepon bimbit dengan Syarikat U Mobile Sdn. Bhd. dan nombor telepon bimbit yang dimiliki oleh Encik Gan hanya didaftarkan dengan syarikat MAXIS.

Selain daripada itu, Encik Gan berasa amat risau kerana kad pengenalan beliau telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, dimana ia telah digunakan untuk mendaftarkan dua nombor telepon bimbit dengan syarikat U Mobile Sdn. Bhd. dan bil itu menunjukkan bayaran tertunggak sebanyak RM150.00. Encik Gan berasa amat tidak berpuas hati dan telah cuba untuk menghubungi dengan tuan punya nombor telefon yang dinyatakan dalam Penyata Akaun itu tetapi mendapati bahawa kedua-dua nombor telefon itu telah ditamatkan perkhidmatannya, dan didalam bil itu juga menunjukkan bahawa kebanyakan nombor yang telah dihubungi adalah ke stesen 016.

Encik Gan berasa amat risau kerana kad pengenalan beliau telah disalahgunakan untuk berdaftar nombor telefon dengan syarikat U Mobile Sdn. Bhd. dan beliau tiada pengetahuan sama ada kad pengenalan beliau telah disalahgunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti haram, oleh kerana itu Encik Gan telah meminta bantuan dengan ADUN Kawasan Bentayan, YB Gwee Tong Hiang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh beliau. Dengan bantuan Adun Bentayan, YB Gwee Tong Hiang, Encik Gan telah membuat laporan polis di Balai Polis Muar dan telah menghantar surat bantahan ke syarikat U Mobile Sdn. Bhd. mengenai perkara diatas.

ADUN Kawasan Bentayan, YB Gwee Tong Hiang berharap pihak polis dapat menyiasat kes diatas dengan secepat mungkin kerana Penyata Akaun itu mempunyai bukti-bukti nombor telefon yang telah dihubungi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. ADUN Kawasan Bentayan YB Gwee Tong Hiang juga menyeru orang ramai supaya lebih prihatin semasa menyerahkan salinan kad pengenalan kepada orang lain, dan haruslah memangkah diatas salinan fotostat kad pengenalan untuk setiap kegunaannya untuk menggelakkan ia disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ahli-ahli yang hadir pada sidang akhbar hati ini adalah terdiri daripada ADUN Kawasan Bentayan, YB Gwee Tong Hiang, Pembantu Peribadi beliau, Cik Se Pei Teng, Pembantu Kawasan beliau iaitu, En Tan Swee Hwa dan Chua Poh Meau serta mangsa kes ini iaitu, Gan Choon Kiat.
事主颜俊杰,30岁住在麻坡实廊同时也是一名家私厂头手于昨日收到一封由 U MOBILE SDN. BHD. (018台) 所寄来的电话帐单。 颜先生感到相当惊讶当收到该封电话帐单因为帐单里表示颜先生向U MOBILE SDN. BHD. 注册了两个电话号码。 但颜先生本人从来都没有向有关公司注册任何手提电话号码, 而且颜先生现在用的电话号码与帐单里的电话号码全然不同。

除此之外, 颜先生感到相当的担忧因他的身份证已被有心人盗用. 比如向U MOBILE SDN. BHD. 注册了两个电话号码同时还欠下大约一百五十零吉的电话费。 颜先生感到很不甘心于是尝试多次联络帐单里注册的两个电话号码. 但是该两个电话号码已经被终止服务了, 同时颜先生察觉帐单里所拨出的号码大多数是016的号码。

颜先生感到很不安因他的身份证已被有心人盗用来注册两个电话号码同时也不晓得他的身份证是否已被利用来做非法的事件, 于是颜先生寻求文打烟区州议员魏宗贤的协助以便能够解决他所面对的困境。 在文打烟区州议员魏宗贤的协助下颜先生已向麻坡警局备案及书面通知U MOBILE SDN. BHD.有关事件。

对于此事件文打烟区州议员魏宗贤希望警方能够尽快破案. 因为帐单里清楚例出盗用者所拨出的联络号码. 这些号码是警方破案的线索。 同时州议员也希望公众无论在任何时候当把自己的身份证影印给他人时要特别小心处理, 比如在影印副本上注明影印的用途. 避免被有心人盗用。 出席记者发布会包括文打烟区州议员魏宗贤, 私人助理徐贝婷, 选区助理陈瑞华, 蔡宝淼及事主颜俊杰。

0 comments: