诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Tuesday, October 21, 2008

SOALAN-SOALAN BERTULIS DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 09-09-2008 YANG DISOAL OLEH Y.B. GWEE TONG HIANG (AHLI DEWAN NEGERI, KAWASAN BENTAYAN)

SOALAN B15

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar.

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar yang dilaksanakan untuk membantu keluarga miskin di kawasan PBT seluruh negara amat dialu-alukan.

a. Setakat ini, berapa jumlah wang yang telah disalurkan melalui program ini kepada anak
Johor?

b. Berapa buah keluarga di Negeri Johor (mengikut pecahan daerah-daerah dan mengikut
kategorinya) yang sedang menerima bantuan program ini?

JAWAPAN

Sejak pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) pada bulan Jun 2006, sehingga kini seramai 2,843 penerima bantuan iaitu 1,942 keluarga miskin dan 901 keluarga miskin tegar telah mendapat bantuan di bawah program-program yang telah disediakan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang melibat peruntukan sebanyak RM3.2juta bagi seluruh Negeri Johor.

Bilangan penerima yang menerima bantuan PPKB mengikut daerah/kategori adalah seperti di lampiran.

0 comments: