诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Tuesday, October 21, 2008

SOALAN-SOALAN BERTULIS DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 09-09-2008 YANG DISOAL OLEH Y.B. ENCIK GWEE TONG HIANG AHLI DEWAN NEGERI, KAWASAN B'YAN

SOALAN 30 (A40)

Premis Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Cawangan Muar

a. Berapakah sewa bulanan yang dibayar oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke atas premis yang disewa di No. 1, Jalan Perdagangan, 84000 Muar, Johor?

b. Apakah kelebihan yang menyebabkan SSM menyewa bangunan ini dengan sewa sebegini?

JAWAPAN Y. B. ENCIK HOO SEONG CHANG

a. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa kadar sewa bulanan premis Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Muar adalah RM16,000.00 dengan keluasan 10,667 kaki persegi.

b. Suruhanjaya Syarikat Malaysia memilih bangunan tersebut sebab kelebihan-kelebihan berikut :

i. Premis terletak di pusat bandar yang menemukan jalan masuk dari Batu Pahat, Tangkak dan Segamat ke Bandar Muar dan berdekatan dengan agensi korporat;

ii. Sewa yang murah pada kadar RM1.50 satu kaki persegi ;

iii. Premis juga merupakan rumah kedai 3 tingkat dan terletak di hujung bangunan dan boleh menonjolkan imej Suruhanjaya Syarikat Malaysia ;

iv. Tempat letak kereta yang mencukupi ; dan

v. Penyelenggaraan bangunan dibuat oleh pengurusan bangunan.

0 comments: