诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Friday, June 27, 2008

Ucapan Sempena Membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan D.Y.M.M. Tuanku Sultan Johor Oleh ADUN Kawasan Bentayan


ADUN Kawasan Bentayan, Gwee Tong Hiang bersama-sama dengan isterinya, Gan Sheh Hui
Y.B. Dato’ Speaker
Ribuan terima kasih kepada Y.B. Dato’ Speaker, kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan D.Y.M.M Tuanku.

Terlebih dahulu Y.B. Dato’ Speaker, saya ingin mengucapkan setinggi-tingginya perhargaan saya kepada pengundi-pengundi Kawasan Bentayan yang terdiri daripada pelbagai kaum, baik Melayu, Cina atau India, kerana telah memberikan sokongan yang amat menggalakkan kepada Parti DAP dan memberikan mandat kepada saya untuk menjadi wakil rakyat mereka dalam Dewan yang mulia ini.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor Tahun 2006, kedudukan kewangan Kerajaan Negeri masih belum stabil kerana jumlah defisit terkumpul Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM339.53 juta pada tahun 2006. Kerajaan Negeri perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat dan berusaha menambahkan sumber pendapatan serta memugut tunggakan hasil berjumlah RM141.21 juta dan menuntut pinjaman daripada Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd yang berbaki RM636.64 juta. Maka suatu perancangan yang teliti haruslah dirancang oleh Kerajaan Negeri supaya ia tidak akan berulang lagi di tahun-tahun akan datang!

Y.B. Dato’ Speaker

Sejak saya kecil-kecil lagi, Bandar Muar memang terkenal dengan Satay, Lontong dan Mee Bandungnya. Ia juga merupakan Bandar yang ke 2 besarnya selepas Bandaraya Johor Baru. Pegawai-pegawai kerajaan seperti Pegawai Daerah, Ketua Polis Daerah yang dilantik di Daerah Muar ini, dan sekiranya ada kekosongan dalam jawatan yang lebih tinggi lagi seperti Jawatan Datuk Bandar Johor Bahru, maka calon yang paling layak sekali untuk jawatan tersebut adalah kebiasaannya datang dari calon Pegawai Daerah Muar.

Sungguhpun Bandar Muar bangga menjadi Bandar ke 2 besarnya di Negeri Johor dan telah dinaikkan taraf daripada Majlis Daerah Muar Selatan kepada Majlis Perbandaran Muar pada 14 April 2001, akan tetapi nampaknya fasiliti kemudahan awam yang disediakan oleh pihak MPM kepada orang awam adalah bertambah buruk dan langsung tidak boleh digunapakai oleh orang awam: Fasiliti-fasiliti yang tidak boleh digunapakai oleh orang awam adalah seperti berikut:

a) Kolam Renang Muar
b) Rumah Persinggahan Muar
c) Trek Larian Stadium Muar

Kerajaan Negeri haruslah memperuntukkan sejumlah wang untuk memperbaiki atau memulihkan kerosakan yang dialami oleh ketiga-tiga kemudahan awam tersebut.

Y.B. Dato’ Speaker

Kerajaan BN mengamalkan polisi pilih kasih atau “double standard policy” dengan izin, terutama sekali dalam membenarkan penyata-penyata Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak perlu diaudit setiap tahun berbanding dengan penyata tahunan syarikat swasta yang diaudit mandatori setiap tahun. Sekiranya syarikat swasta tidak berbuat demikian, sudah tentu mereka ini akan dikenakan penalti yang amat tinggi oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Penyata Kewangan Majlis Perbandaran Muar Tahun 2003 & 2004 hanya dibentangkan pada tahun ini di Dewan yang mulia ini. Mengapakan Kerajaan Negeri membenarkan perkara sedemikian berlaku? Apakah kelebihan yang ada pada MPM sehingga dibenarkan membentangkan Penyata Kewangannya dan mengapakan pihak MPM terpaksa mengambil masa 5 tahun untuk berbuat demikian!

Y.B. Dato’ Speaker

Dalam pilihanraya 8 Mac lalu, gelora tsunami politik telah berjaya membawa perubahan, di mana calon-calon dari parti DAP, PKR dan PAS telah berjaya mendapat mandat yang cukup kuat dari rakyat untuk membentuk kerajaan negeri baru seperti di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah menggantikan BN yang telah berkuasa sepanjang 50 tahun.

Peruntukan demi peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri ke atas Projek Tanjung Emas di Muar. Akan tetapi adalah amat sedih apabila melihat kepada keadaan yang rosak teruk, terutama dibahagian Pejalan Kaki, Pancutan Air dan Lampu-lampu Taman. Lampu-lampu dikawasan tersebut tidak dibaiki sejak berbulan-bulan yang lalu dan ini telah menyebabkan gelap-gelita diwaktu malam.

Ini sudah tentu akan merbahayakan kepada orang awam yang ingin bersiar-siar dikawasan tersebut diwaktu malam! Nak tunggu sampai bila pihak MPM akan memperbetulkan keadaan disana?

Y.B. Dato' Speaker

Dalam keadaan ekonomi sekarang adalah wajar Kerajaan Negeri mengamalkan perbelanjaan yang berjimat-cermat, akan tetapi apabila kita melihat kepada Projek Laman Maharani dan Menara Jam di Bandar Muar ini, pihak kerajaan telah membazirkan terlalu wang rakyat untuk membina, meroboh dan membina semula projek tersebut!

Tempat asal Menara Jam itu, adalah telah didirikan sebiji Durian Raksaksa. Durian itu kemudiannya telah dipindahkan ke Tanjung Emas dan didirikan pula sebuah Air Terjun yang indah. Sekiranya kita lalui Jalan Abdullah di hari minggu, kita akan dapat melihat kelihatan banyak pekerja-pekerja asing yang mengambil peluang untuk mengambil gambar Air Terjun yang indah disana untuk mengirim pulang ke negara masing-masing.

Alangkah terkejutnya pekerja-pekerja asing ini, tidak sampai 3 tahun dibina, Air Terjun itu telah dirobohkan dan didirikan pula sebuah Menara Jam di kawasan tersebut! Mengapakah Kerajaan Negeri perlu merobohkan Air Terjun yang baru dibina dan digantikan pula dengan Menara Jam ini?

Ini sudah tentu suatu pembaziran yang amat besar dan ia amat merugikan kepada Warga Muar, kerana wang yang dibelanjakan itu adalah wang rakyat! Peruntukan wang tersebut haruslah dibelanjakan keatas projek-projek yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua warga tempatan!

Y.B. Dato’ Speaker

Pusat Pelupusan/Pembuangan Sampah di Bukit Bakri, Muar yang terletak berhampiran dengan kawasan yang diduduki oleh ramai penduduk, maka kawasan tersebut memang tidak sesuai lagi untuk aktiviti pembuangan sampah.

Lagipun terdapat segolongan pencari rezeki yang tidak memikirkan tentang keselamatan dirinya dan akan pencemaran udara yang dihadapi oleh penduduk-penduduk tempatan, lalu menjalankan kerja-kerja pembakaran di kawasan tersebut untuk mendapat dawai-dawai tembaga.

Pembakaran ini telah menyebabkan seluruh kawasan Pekan Bukit Bakri dicemari oleh asap-asap dan sudah tentu akan menyebabkan pencemaran udara yang amat teruk sekali.

Maka, Kerajaan Negeri haruslah mencari satu kawasan yang lebih sesuai lagi untuk tempat pelupusan/pembuangan sampah.

Y.B. Dato’ Speaker

Memandangkan Pusat Bandar Muar adalah sebuah Bandar yang kecil sahaja, masalah kesesakan lalu lintas dan masalah kekurangan tempat letak kereta perlulah diatasi dengan kadar segera!

Untuk mengatasi masalah tersebut Kerajaan Negeri haruslah mengutamakan sistem pengangkutan awam yang lebih efisyen di Bandar Muar.

Y.B. Dato' Speaker,

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, say ingin mencadangkan iaitu, menurut peraturan-peraturan & perintah-perintah tetap bagi Dewan Negeri Johor, Bilangan 27 (2) Mengenai Jawapan-Jawapan.

Memandangkan pada Mesyuarat Hari Jumaat, 20 Jun 2008, sebanyak 18 Soalan Lisan dan 1 Soalan Lisan ditolak yang ditanya, tetapi hanya 7 soalan sahaja dijawab manakala pada Hari Isnin, 23 Jun 2008 pula sebanyak 23 soalan lisan yang ditanya, hanya 8 soalan sahaja berjaya dijawab. Banyak soalan lisan tidak dapat dijawab kerana kesuntukan masa.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya, Mesyuarat Dewan Negeri Johor haruslah disambung hingga ke sebelah petang supaya semua soalan lisan yang ditanya dapat dijawap sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

Dengan cara sebegini, ia sudah tentu akan dapat menjimatkan lagi wang perbelanjaan Kerajaan Negeri. Ini kerana setiap wakil rakyat termasuk YAB Menteri Besar dan YB Ahli-ahli EXCO Kerajaan telah dibayar elaun tetap untuk menghadiri Mesyuarat Dewan Negeri dan kita semua haruslah wajid bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Negeri Johor.
Terima kasih Y.B. Dato’ Speaker.

YB Gwee Tong Hiang
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Bentayan
24 - Jun - 2008

1 comments:

Anthony Joseph said...

Hi Gwee,
I am Anthony Joseph. You should remember me.
Please give us your phone number or email address so that we can communicate with you on Muar issues.
Your blog does not contain your contact details.
When will you be the office?
You can contact me at anthony81046@gmail.com