诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Saturday, June 21, 2008

Etika Pakaian: ADUN DAP Bentayan Dilarang Sertai Sidang Dewan

KOSONG... Kerusi ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang kosong selepas beliau tidak dibenarkan masuk ke dalam Dewan Negeri Johor kerana tidak memakai pakaian rasmi pada Majlis Perasmian Penggal Persidangan Pertama Negeri Johor Ke 12 di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru semalam. Turut hadir 5 anggota pembangkang lain iaitu, dari kanan, Ong Kow Meng (Senai), Dr Sheikh Ibrahim (Sungai Abong), Kerusi Kosong yang sepatutnya diduduki oleh Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan), Dr Boo Cheng Hau (ADUN Skudai), Dr Mohamad Taslim (ADUN Maharani) dan Ng Lam Hua (ADUN Mengkibol).
Dari Kiri, Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan), Ong Kow Meng (ADUN Senai),
Dr Boo Cheng Hau (ADUN Skudai), Dr Sheikh Ibrahim (ADUN Sungai Abong),
Dr Mohamad Taslim (ADUN Maharani) dan Ng Lam Hua (Mengkibol).
Utusan Malaysia, 20 Jun 2008
Oleh Maznah Mohd. Arsad


JOHOR BAHRU 19 Jun – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor daripada DAP dilarang menyertai istiadat perasmian persidangan Dewan itu hari ini kerana tidak mematuhi etika pakaian.

Gwee Tong Hiang, ADUN Kawasan Bentayan yang hanya memakai kot, telah diarah meninggalkan Dewan oleh Speaker Datuk Mohd. Ali Hassan kerana dianggap tidak menghormati majlis perasmian yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar.

Gwee Tong Hiang yang ditemui pemberita di luar Dewan berkata, beliau tidak memakai pakaian lengkap suit berwarna putih seperti yang dipakai barisan ADUN lain kerana berpegang pada prinsipnya.

“Saya diarahkan keluar Dewan sebelum ketibaan Sultan. Bagi saya pakai uniform atau tidak, yang penting saya berkhidmat kepada rakyat. Saya tidak tahu tidak boleh hanya memakai kot sahaja. Lagipun peraturan pemakaian uniform itu tidak termaktub dalam arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Gwee Tong Hiang merupakan antara empat wakil DAP yang memenangi pilihan raya umum Mac lalu, selain Dr. Boo Cheng Hau (Skudai), Ng Lam Hua (Mengkibol) dan Ong Kow Meng (Senai). Bagaimanapun, tiga wakil lain masing-masing berpakaian lengkap termasuk bersongkok hari ini.
Ditanya mengenai tindakannya itu yang kemungkinan bertentangan dengan prinsip DAP, katanya, beliau menganggap pakaian bukan merupakan isu besar.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang ditemui selepas istiadat itu berkata, tindakan Gwee Tong Hiang adalah perbuatan melampau kerana berpakaian lengkap menjadi amalan DUN Johor sejak 50 tahun lalu bagi menghormati institusi raja.

“Tiga bulan lepas, semasa upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri, memang kita lihat empat ADUN dari DAP tidak hadir ke Istana Besar dengan alasan tidak mahu bersongkok. Tetapi, kalau tiga ADUN dari Senai, Mengkibol dan Skudai boleh berpakaian lengkap hari ini, kenapa ADUN Bentayan tidak boleh melakukannya,” katanya.

Mohd. Ali pula berkata, beliau mengarahkan Gwee Tong Hiang keluar Dewan sebelum ketibaan Sultan kerana ADUN itu tidak mengikut arahan rasmi dan protokol.

0 comments: