诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Friday, June 6, 2008

KES ROGOL DI JOHOR MERISAUKAN

Johor mencatatkan kes rogol kedua tertinggi di negara ini iaitu 2,186 kes daripada keseluruhan 13,134 kes yang dilaporkan kepada polis sepanjang tahun 2000 hingga Jun tahun lalu. Secara purata, dalam tempoh tersebut, jumlah kes rogol yang dicatatkan di Johor adalah lebih daripada 291 kes setahun atau melebihi 24 kes dalam sebulan.

Menurut statistik yang dikeluarkan polis, Selangor mencatatkan bilangan kes rogol tertinggi iaitu sebanyak 2,403 kes, diikuti Johor, Kedah (1,164), Sabah (1,034), Perak (939) dan Kuala Lumpur (847).
Pahang pula mencatatkan sebanyak 722 kes bilangan kes rogol, Sarawak (715), Kelantan (636), Negeri Sembilan (623), Pulau Pinang (622), Melaka (588), Terengganu (521) dan Perlis (134).

Menurut statistik itu, sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu pula, Johor masih mencatatkan kes rogol kedua tertinggi iaitu sebanyak 221 daripada keseluruhan 1,494 kes.

Secara purata, dalam tempoh tersebut, jumlah kes rogol yang dicatatkan di negeri itu amat membimbangkan iaitu lebih daripada 36 kes sebulan atau melebihi 1 kes sehari.
Selangor pula mencatatkan sebanyak 302 kes diikuti Johor, Kedah (169), Kuala Lumpur (118), Sabah (101), Perak (99) dan Pahang (91).

Kes rogol di Melaka pula sebanyak 75 kes, Pulau Pinang (68), Sarawak (67), Negeri Sembilan (62), Terengganu (58), Kelantan (50) dan Perlis (13).

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, jumlah laporan kes rogol yang tinggi bagaimanapun tidak mencerminkan terlalu banyak jenayah tersebut berlaku di Johor.

Sebaliknya, kata beliau, bilangan laporan yang tinggi juga bermakna kerjasama erat dan jaringan yang baik antara masyarakat dan polis.
"Lebih banyak kes yang dilaporkan bermakna orang ramai kini lebih bersedia untuk tampil membuat laporan.
"Ini lebih baik berbanding kes yang disembunyikan. Dalam kes rogol, ramai mangsa serta keluarga enggan membuat laporan kerana malu sedangkan mangsa tidak bersalah dan tidak perlu berperasaan sedemikian," katanya yang juga penganalisis bagi Yayasan Pencegahan Jenayah.

Beliau berkata, kemajuan sesuatu negeri juga menyebabkan bilangan penduduk di situ bertambah kerana ia menjadi tumpuan ramai dan secara logiknya, lebih ramai penduduk maka lebih tinggi kadar jenayah.

Sementara itu, Kamal Affandi berkata, kebanyakan perogol tidak merasa bersalah melakukan jenayah terkutuk itu sebaliknya menyalahkan mangsa yang dianggap terlalu menggoda.

Tambahnya, beliau kesal dengan sikap segelintir pihak yang terlalu bersimpati dengan perogol sehingga keutamaan yang lebih diberikan untuk memulihkan penjenayah tersebut melalui kaunseling berbanding membela nasib mangsa yang menderita.

Bagaimanapun, beliau menolak pendekatan ekstrem segelintir pihak yang mencadangkan agar perogol dikasi dan berpendapat langkah tersebut hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Jelasnya, kasi mungkin dapat mengatasi masalah rogol, namun ia mungkin menyebabkan perogol beralih kepada jenayah bunuh pula kerana berasa dendam yang membara.
Justeru, Kamal Affandi berkata, antara langkah untuk membasmi rogol adalah melalui pendidikan yang dapat menjadikan seseorang itu lebih menghormati wanita dan tidak menganggap golongan itu sebagai objek seks semata-mata.

Dengan cara itu setiap individu dapat mengetahui bahagian tubuhnya dengan mendalam dan mengetahui batas pergaulan atau sentuhan yang dibenarkan, katanya.

0 comments: