诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Friday, May 23, 2008

Kedai Runcit Musnah Terbakar

ADUN Kawasan Bentayan, Gwee Tong Hiang amat prihatin dengan kebakaran yang berlaku di Kedai Hj Senan walaupun Balai Bomba & Penyelamat Muar hanya terletak berhadapan dengan Kedai Hj Senan, kiri adalah pemilik Kedai Hj Senan, En Mohd. Fuaad Senan


23-05-2008 (Jumaat) Utusan Malaysia (Johor) m/s 27

Oleh Suffian Abu Bakar


Kedai Runcit Musnah Terbakar

MUAR 22 Mei- Kedai Runcit Haji Senan yang menjual perencah mi bandung terkenal di daerah ini, musnah dalam kebakaran dipercayai akibat litar pintas awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 4.30 pagi itu, kedudukan kedai runcit itu yang terletak kira-kira 30 meter dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar membolehkan usaha memadamkan api dilakukan dengan lebih pantas.

Pemiliknya, Mohd. Fuaad Senan, 52 berkata, dia menerima panggilan daripada isteri pekerjanya yang memaklumkan mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 4.40 pagi.

“Sebaik sahaja menerima panggilan itu, saya bergegas ke kedai dan apabila sampai mendapati tiga pintu kedai runcit mula dibuka sejak enam tahun lalu musnah terbakar, termasuk pejabat di tingkat atas.

“Kedai ini merupakan perniagaan milik keluarga yang diasaskan oleh bapa saya.

“Selain kedai ini, kami mempunyai sebuah lagi kedai di Bangunan Mara di Jalan Maharani yang beroperasi sejal 30 tahun lalu” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Mohd. Fuaad yang menetap di Parit Jawa memberitahu, dia menganggarkan kerugian yang dialami melebihi RM100,000 kerana hampir kesemua barangan yang dijual termasuk pelbagai jenis perencah makanan termasuk mi bandung musnah dalam kebakaran itu.

Turut melawat lokasi kebakaran ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang.

Gwee Tong Hiang turut meminta pemilik bangunan lama agar memastikan sistem pendawaian elektrik di premis masing-masing sentiasa diperiksa dan diganti baru supaya dalam keadaan terbaik bagi mencegah kebakaran.

Sementara itu, Penolong Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Abdul Hamid Harun ketika dihubungi memberitahu, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 4.38 pagi.

Menurutnya, walupun kedudukan balai bomba itu tidak jauh dari kedai terbabit, kebakaran yang berpunca dari bahagian dalam premis sukat untuk dikesan.

“Sepasukan 20 anggota bomba bergegas ke tempat kejadian dan berjaya memastikan api tidak merebak ke enam deretan kedai bersebelahan serta sebuah stor menyimpan tong gas di belakang kedai runcit itu,”katanya.

Katanya, punca kebakaran masih disiasat.

0 comments: