诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Friday, September 24, 2010

Setuju Pertukaran tanah KTMB

SENAI – Persetujuan antara Malaysia dan Singapura terhadap tawaran pertukaran tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlulah mendapat manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya penduduk negeri Johor, kata Ahli Undangan Negeri Bentayan, Gwee Tong Hiang.

Menurutnya, beliau tidak mahu manfaat tersebut hanya diterima segelintir golongan sahaja, selain perlu membawa perubahan yang positif kepada rakyat Johor.

“Apa yang penting adalah segala bentuk pembangunan atau pembaharuan serta pampasan yang disalurkan perlulah mengutamakan kebajikan rakyat seluruhnya.

“Selain itu, segala maklumat lanjut mengenai isi kandungan perjanjian tersebut hendaklah dinyatakan dengan lebih jelas dan secara terperinci agar setiap rakyat boleh menilai perkara itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Tong Hiang berkata, setiap rakyat Malaysia berhak mengetahui perkara tersebut, namun jika perkara ini tidak dikemukakan dengan lebih jelas, rakyat akan menjadi samar.

Katanya, jika tidak perkara itu hanyalah diketahui oleh pihak atasan sahaja, sedangkan pentadbiran Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang tidak akan menyembunyikan apa-apa bentuk tindakan yang diambil.

Beliau berharap, segala bentuk perjanjian yang ditandatangani selepas ini haruslah mendahulukan kepentingan rakyat Malaysia dan tidak merugikan nasib rakyat Malaysia sebaliknya dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, pendirian Pas berhubung perkara ini tiada masalah untuk meneruskan pertukaran tanah KTMB dengan Singapura.

Menurutnya, cadangan untuk membangunkan tiga bidang tanah dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa (ICA) tiada masalah kerana langkah ini lebih memudahkan untuk tujuan pembangunan.

“Saya mahu pihak kerajaan memberi persetujuan mengenai tanah yang terletak di Woodlands ke Tanjong Pagar hendaklah ditukar dengan nilai yang setara atau setimpal agar tidak merugikan kepada Malaysia.

“Selain itu, pihak dari Singapura tidak boleh sewenang-wenangnya menceroboh tanah milik Malaysia. Nilai pertukaran ini juga perlu telus, tambahan pula harga untuk memiliki tanah di sana adalah sangat tinggi,” katanya.

Dzulkefly berkata, proses timbang tara ini janganlah ada konspirasi politik sebaliknya hendaklah telus agar rakyat mengetahui hal sebenar kerana rakyat kini lebih celik dan maju.

“Perkara ini hendaklah diberi perhatian kerana hak milik tanah ini menunjukkan kedaulatan negara kita yang wajar dipertahankan,” katanya.

0 comments: