诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Friday, August 6, 2010

DAP hari ini meminta kerajaan mengemukakan rang undang-undang untuk menetapkan tempoh masa minima persidangan Dewan Negeri supaya badan perundangan tersebut tidak dijadikan “rubber stamp” semata-mata demi memenuhi agenda peribadi sesuatu pihak sahaja.


(Ipoh -5-8-10)

Ahli Dewan Negeri Pantai Remis, Nga Kor Ming (DAP) hari ini mengeluarkan kenyataan melahirkan perasaan kesal bahawa Kerajaan Negeri BN hanya bersidang setengah hari untuk meluluskan rang undang-undang perbekalan tambahan yang melibatkan RM80 juta wang rakyat tanpa peluang berbahas yang memadai untuk Ahli-ahli Dewan Negeri.

Pada selasa minggu ini, BN mengadakan siding dewan negeri satu hari untuk meluluskan enakmen perbekalan tambahan yang menyaksikan Perak mengalami belanjawan defisit setinggi RM104 juta. Persidangan tersebut juga menyaksikan bekas Menteri Besar, Dato Seri Ir Mohd Nizar Bin Jamaluddin dihalau keluar dari Dewan kerana tegas mempertahankan hak untuk bersuara untuk rakyat. Akibat pengusiran tersebut, semua 27 orang Ahli Dewan dari Pakatan Rakyat mengambil ketetapan meninggalkan Dewan sebagai tanda protes.

Nga Kor Ming, yang juga merupakan setiausaha Negeri DAP berkata, adalah tidak masuk akal bahawa persidangan Dewan yang begitu penting hanya berlangsung 1 hari sahaja. Beliau mengutuk keputusan Menteri Besar Perak , Dato Seri Dr Zamry Abd Kadir yang enggan bersidang 4 hari sepertimana yang diminta oleh Pakatan Rakyat supaya semua Ahli Dewan diberi peluang untuk berucap. “Berani kerana benar, takut kerana salah.Jika tidak buat salah, mengapa BN begitu takut mendengar suara rakyat dari Pakatan Rakyat?”beliau menegaskan.

Nga Kor Ming berkata, adalah tidak munasabah dan kurang akil baligh apabila selaku Ketua Pembangakang Dewan Negeri, Dato Seri Nizar hanya diberi masa 15 minit oleh Dato G Ganesan yang menggelar dirinya selaku Speaker untuk berucap dalam membahas rang undang-undang yang melibatkan wang RM80 juta. Semua Ahli Dewan lain pula hanya diberi masa 10 minit masing-masing. Amalan kuku besi sedemikian adalah bertentangan dengan prinsip asas sistem Demokrasi berparlimen. “Parlimen ambil masa 40 hari berdebat untuk meluluskan bajet, tetapi Perak 1 hari sahaja, saya percaya ini satu lagi rekod dunia.” Beliau berkata.

“Sepanjang masa persidangan, microphone ADUN Pakatan ditutup, media diletak dalam bilik berasingan dan dikurung di atas bangunan Perak seperti Akuarium, seluruh Dewan dikerumuni oleh anggota polis, kini Dewan Negeri sudah tidak dapat berfungsi dan demokrasi juga terkubur dalam Negeri Perak berikutan rampasan kuasa.”

Mengikut konvensyen Parlimen dan amalan biasa, Ketua Pembangkang sentiasa diberi penghormatan dan masa yang memadai untuk berhujah. Seperti contoh, YB Lim Kit Siang pernah berbahas selama lebih 10 jam di Dewan Rakyat ketika beliau menjawat jawatan Ketua Pembangkang Parlimen tetapi di Perak, ia hanya 15 minit sahaja.

Selain itu, Nga Kor Ming juga menegur tindakan kerajaan Negeri membenarkan pihak kurang bertanggungjawab menggantung sepanduk mengecam pembangkang dengan perkataan kejam di perkarangan bangunan kerajaan Negeri. Tindakan sedemikian menunjukkan penyokong BN adalah cetek pemikiran dan kurang matang.

Demi membela hak bersuara dan memastikan Dewan perundangan berfungsi secara sihat, Nga Kor Ming menggesa supaya semua kerajaan Negeri mencontohi Dewan Rakyat, menetapkan had minima waktu bersidang, supaya institusi perundangan dapat memainkan peranan memeriksa kuasa eksekutif yang diketuai oleh kerajaan negeri.

0 comments: