诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Wednesday, March 31, 2010

YB Gwee Tong Hiang Menghadiri Ceramah Perdana
Anjuran PAS Kawasan Muar

Gambar dari kiri, Sdr Lim Kem Wat (Naib Pengerusi DAP Parlimen Bakri), Sdr Yatim Sardan (Pengerusi PKR Cabang Muar), YB Gwee Tong Hiang, YB Salahuddin Hj Ayub (Naib Presiden PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian) dan Ustaz Hj Abu Bakar Lajat (YDP PAS Kawasan Muar).
ADUN Kawasan Bentayan, YB Gwee Tong Hiang telah dijemput oleh YB Dr Hj Mohammad Taslim (ADUN Maharani) untuk menghadiri Ceramah Perdana, Anjuran PAS Kawasan Muar pada 30 March 2010 di Markas PAS Kg Parit Pinang Seribu, Muar.
Penceramah pada malam tersebut termasuklah YB Salahuddin Hj Ayub, YB Dr Hj Mohammad Taslim dan YB Gwee Tong Hiang.
YB Dr Hj Mohammad Taslim sedang memberikan ucapan beliau.
YB Gwee Tong Hiang sedang memberikan ucapan beliau.
Barisan pimpinan Pakatan Rakyat, 2 dari kiri ialah Sdr Yatim Sardan (Pengerusi PKR Cabang Muar), Tuan Hj Abu Musa (Bekas YDP PAS Kawasan Muar), YB Dr Hj Mohammad Taslim (ADUN Maharani), YB Salahuddin Hj Ayub (Naib Presiden PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian) Ustaz Hj Abu Bakar Lajat (YDP PAS Kawasan Muar), YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) dan Sdr Lim Kem Wat (Naib Pengerusi DAP Parlimen Bakri).
YB Salahuddin Hj Ayub sedang memberikan ucapan beliau.
Kelihatan para penyokong-penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang masih tidak beredar seinci pun sungguhpun jam menunjukkan 12.00 tengah malam kerana ingin mendengar pesanan daripada YB Salahuddin Hj Ayub.
Gambar dari kiri ialah, Tuan Hj Abu Musa, YB Dr Hj Mohammad Taslim, YB Gwee Tong Hiang, Ustaz Hj Abu Bakar Lajat, Sdr Lim Wet (Pengerusi DAP Cawangan Bukit Mor), Sdr Yatim Sardan dan Sdr Malik Mohd Diah (Naib YDP PAS Kawasan Muar).
YB Gwee Tong Hiang mengambil gambar bersama-sama dengan Ustaz Hj Abu Bakar Lajat yang menunjukkan tanda persahabatan yang amat erat diantara Parti DAP dan PAS.
YB Gwee Tong Hiang bersama-sama dengan YB Dr Hj Mohammad Taslim sebagai tanda persahabatan yang amat kukuh sama ada di dalam ataupun di luar Dewan Negeri Johor.
YB Gwee Tong Hiang mengambil gambar kenangan bersama-sama dengan YB Salahuddin Hj Ayub.
Dari kiri ialah Cikgu Mohamad Taib, Sdr Zamzuri, YB Gwee Tong Hiang dan Cikgu Abdul Rahman.
Sebelum majlis bersurai kami dihidangkan dengan masakan Ayam Organik oleh pihak penganjur. Memang sedap rasa Ayam Organik! Ianya baik untuk kesihatan kita!Sdr Lim Kem Wat, YB Gwee Tong Hiang & YB Dr Hj Mohammad Taslim sedang menikmati masakan Ayam Organik! Memang Sedap !!!

0 comments: