诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Wednesday, March 17, 2010

SOALAN-SOALAN BERTULIS DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 16 MAC 2010 YANG DISOAL OLEH Y.B. GWEE TONG HIANG (AHLI DEWAN NEGERI, KAWASAN BENTAYAN)


SOALAN 20 (A30)

Perubahan petak meletak kenderaan berbentuk 30' mahupun telah dapat menambahkan tempat meletak kenderaan di Bandar Muar tetapi ia telah mengakibatkan jalan-jalan di bandar ini menjadi lebiih sempit dan seterusnya menyebabkan kesesakan lalu lintas, apakah cadangan jangka panjang oleh pihak kerajaan negeri untuk menyelesaikan permasalahan tersebut?

JAWAPAN Y. B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kedudukan tempat letak kereta menyerong bukanlah perkara yang baru di kawasan Majlis Perbandaran Muar (MPM), di mana jalan-jalan yang terawal telah disediakan tempat letak kereta yang menyerong adalah di Jalan Ali dan Jalan Meriam.

Pada tahun 2009, MPM telah menilai semula kedudukan tempat letak kereta yang selari dengan premis dengan mengambil kira jumlah petak yang sedia ada dan keperluan semasa.

Hasil daripada penilaian tersebut, beberapa jalan telah dikenal pasti sesuai bagi diubah daripada tempat letak kereta selari dengan premis kepada tempat letak kereta yang menyerong iaitu :

1. Jalan Maharani - di hadapan HSBC hingga ke persimpangan Jalan Maharani/Bakri.
2. Jalan Sisi - dari persimpangan Jalan Abdullah/Maharani.
3. Jalan Sayang - dari persimpangan Jalan Abdullah/Maharani.
4. Jalan Haji Abu - dari persimpangan Jalan Abdullah/Maharani.

Dengan perubahan tersebut, jumlah petak kereta telah dapat ditambah kepada 50 petak dan kesesakan disebabkan “double parking” berjaya dikurangkan seterus memberi keselesaan kepada para pengguna.

Keputusan mengubah kedudukan tempat letak kereta dari selari kepada menyerong juga mengambil kira kelebaran jalan sedia ada dan didapati lebar jalan masih lagi fleksibel untuk laluan kenderaan berat dan lain-lain kenderaan di samping mengekalkan kedudukan dua lorong bagi setiap jalan yang terlibat.

Perubahan yang dibuat ini merupakan satu langkah jangka panjang bagi menangani isu kekurangan tempat letak kereta di bandar Muar yang sering kali menjadi isu kerana pembangunan semula di dalam kawasan bandar tidak dapat menyediakan jumlah tempat letak kereta yang mencukupi.


SOALAN 25 (A29)

Dalam rancangan jangka panjang bagi menangani masalah pelupusan sisa pepejal di Negeri Johor, Kerajaan Negeri telah mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan bahawa semua tapak pelupusan yang tidak yang digunakan oleh pihak Berkuasa Tempatan bagi melupuskan sisa pepejal di kawasan masing-masing akan ditutup secara berperingkat termasuklah tapak pelupusan di Bukit Bakri, Muar dan adakah rancangan tersebut telah dirancang mengikut jadual?

JAWAPAN Y. B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Kerajaan amat serius dalam memastikan setiap isu mengenai tapak pelupusan sisa pepejal ditangani bagi memastikan ianya tidak memberi kesan lebih buruk terhadap alam sekitar dan penduduk setempat.

Kerajaan pada masa ini sedang mengkaji beberapa cadangan bagi menutup beberapa tapak pelupusan yang telah mencapai tahap kapasiti maksimum. Bagaimanapun sebelum ianya ditutup, kita perlu juga mencari kaedah tapak pelupusan sisa pepejal yang mesra alam atau sekurang kurangnya kita perlu ada tapak yang sesuai bagi menampung janaan sampah yang kian meningkat setiap hari.

Bagaimanapun, penutupan tapak pelupusan yang dimaksudkan itu haruslah bersifat penutupan selamat iaitu “safe closure”, di mana kementerian melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) sedang dalam usaha untuk melakukan aktiviti penutupan ke atas beberapa tapak pelupusan di Negeri Johor yang termasuk dalam senarai 16 buah tapak pelupusan yang akan ditutup di seluruh Semenanjung Malaysia.

Di antara tapak pelupusan sampah di Negeri Johor yang sedang dilakukan penutupan selamat adalah :

1. T/Pelupusan Rimba Terjun, Pontian
2. T/Pelupusan Bt. 4, Kota Tinggi
3. T/Pelupusan Ladang C.E.P 1, Renggam

Untuk makluman, Tapak Pelupusan Ladang C.E.P 1, Renggam juga akan mengalami satu lagi proses menaik taraf, di mana proses pengambilan balik tanah seluas 20 ekar akan dilakukan bagi melanjutkan lagi tempoh hayat tapak pelupusan itu berikutan tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Majlis Perbandaran Kluang (MPK) & Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) masih melupuskan sampah di tapak pelupusan tersebut.

Bagi penutupan tapak pelupusan di Bukit Bakri pula, kementerian perlu mengambil kira persediaan pembangunan tapak pelupusan sanitari di utara Negeri Johor, bagi menggantikan tapak pelupusan yang bukan sanitari (konvensional) secara berperingkat peringkat agar tidak berlaku krisis kutipan dan pelupusan sisa pepejal di Negeri Johor.

Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan Y.B. ADUN Senai, tapak pelupusan sampah di Saleng tidak lagi beroperasi kerana ianya telah ditutup sejak 10 tahun lalu. Tanah berhak milik ini seluas 26 ekar yang terdiri daripada 11 lot.

Cuaca panas dan musim kemarau yang berlaku sekarang menyebabkan rumput-rumput di kawasan tersebut kering dan mudah terbakar dan ianya dipercayai berpunca daripada perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab dan serta akibat daripada pelepasan gas “metana”.

Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) juga telah mengambil tindakan berikut bagi memastikan masalah tersebut tidak berlarutan:

1. Mendapatkan khidmat Jabatan Bomba Dan Penyelamat untuk memadam tempat-tempat yang terbakar dari masa ke semasa.
2. Membina parit-parit kecil sedalam 2 kaki di atas tapak tersebut seterusnya mengalirkan air ke parit agar berlaku serapan air ke tapak tanah dan seterusnya memadamkan bara di dalam tapak tanah tersebut.
3. Menjalankan pemantauan berkala bagi memastikan tiada aktiviti pembakaran dan pembuangan sampah di kawasan tersebut oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan;
4. Meletakkan papan tanda larangan membuang sampah dan melakukan pembakaran di kawasan tersebut.


SOALAN 40 (A27)

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Junid, Muar telah menutup Kelas Peralihannya mulia tahun 2010, berapakah sekolah yang telah menutup Kelas Peralihan tahun ini dan berapakah lagi sekolah yang akan mengikut jejak langkah yang serupa pada tahun 2011 di Daerah Muar dan mengapakah kerajaan berhasrat membuat keputusan sebegini?

JAWAPAN Y. B. DATUK HAJI MAULIZAN BIN BUJANG

Untuk makluman pihak Ahli Yang Berhormat, bilangan murid kelas peralihan adalah seperti berikut :

SMK. Jalan Junid : 13 orang
SMK. Lenga : 5 orang
SMK. Bandar Maharani : 6 orang

Kelas-kelas peralihan ini sebenarnya tidak ditutup tetapi dipindahkan ke sekolah yang berhampiran seperti berikut :

SMK. Jalan Junid
- Murid lelaki ke SMK. Sri Muar
- Murid perempuan ke SMK. Convent

SMK Lenga ke SMK. Sultan Alaudin Riayat Shah

SMK Bandar Maharani
- 3 orang murid ke SMK. Tun Perak
- 3 orang murid ke SMK. Sungai Abong

Setelah perbincangan dibuat di antara pihak PPD dan Pengetua-Pengetua sekolah yang terlibat pada 13 Januari 2010 telah bersetuju untuk memindahkan murid berkenaan yang telah sedikit jumlahnya bagi tujuan penjimatan tenaga guru khususnya Bahasa Cina.

Walau bagaimanapun pada tahun 2011, kelas peralihan tetap diadakan bagi ketiga-tiga sekolah tersebut, namun bergantung kepada jumlah murid peralihan.


SOALAN 97 (A28)

Menteri Besar (pada 26-02-2010) telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM650,000 kepada Sek Persendirian Chung Hwa Muar, SJK (C) Sing Hwa, Muar dan beberapa Persatuan Tiong Hua di Muar dan mengizinkan pembinaan Replika Tarian Singa di Bandar Muar, silakan senaraikan secara terperinci mengenai jumlah dan tujuan peruntukan tersebut satu per satu dan dimanakah akan dibinanya Replika Tarian Singa tersebut?

JAWAPAN Y. A. B. DATO' MENTERI BESAR

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkara-perkara tersebut adalah sebagaimana berikut :-
i) Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam tahun 2010 bagi Gabungan Persatuan-persatuan Tiong Hwa Muar (RM100,000.00)
ii)Membina semula bilik-bilik darjah dan kantin sekolah di Chung Hwa High School, Jalan Junid, Muar (RM200,000.00)
iii) Membina satu blok bangunan pentadbiran 4 tingkat di SRJK (C) Sing Hwa, Jalan Bakariah, 84000 Maur (RM50,000.00)
iv) Mengecat dan membaiki bangunan Persatuan Pengajian Pengajaran Taoisme Tiong Hwa Muar (RM30,000.00)
v) Membaiki bangunan persatuan Penjaja-penjaja dan Peniaga Kecil Muar (RM20,000.00)
vi) Membina tandas, pagar serta mengetarkan jalan kecil – Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng (RM50,000.00)
vii Menampung kos pembinaan bangunan Persatuan Dewa Shien Tian Shang Ti, Muar (RM100,000.00)
viii Aktiviti-aktiviti Persatuan Penduduk Taman Sri Maharani Muar (RM50,000.00)
ix Arena latihan untuk Persatuan Ping Pong Negeri Johor (RM50,000.00)

Didalam majlis tersebut YAB Menteri Besar Johor juga telah bersetuju agar Pihak Berkuasa Tempatan mengkaji lokasi yang sesuai untuk pembinaan replika Tarian Singa.


SOALAN 100 (A32)

Adakah cadangan mengenai Fasa 1 seluas 86.313 ekar Projek Pembangunan Persisiran Pantai Tanjung Ketapang, Muar sudah dimulakan, syarikat manakah yang diamanahkan untuk projek tersebut dan berapakah kos perbelanjaan diperlukan untuk pembangunan projek tersebut?

JAWAPAN Y. A. B. DATO' MENTERI BESAR

Kerajaan Negeri masih belum meluluskan sebarang projek pembangunan persisiran Pantai Tanjung Ketapang, Muar. Pada ketika ini cadangan untuk membangunkan tapak Fasa 1 dengan keluasan 86.313 ekar di Tanjung Ketapang, Muar sedang diteliti dan dipertimbangkan dari sudut teknikal.


SOALAN B11

Bilakah kerajaan akan bercadang untuk memperbaiki tembok di tebing Sungai Muar iaitu di Hilir Parit Tiram sehingga ke belakang Asrama Doktor Pelatih Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, yang telah runtuh sekian lamanya dan hakisan yang berlarutan sudah tentu akan mendatangkan malapetaka kepada penduduk-penduduk yang tinggal berhampirannya?

JAWAPAN

Tebing Sungai Muar dari Kuala Parit Tiram sehingga ke belakang Asrama Doktor Pelatih Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, memang telah berlaku proses mendapan dan hakisan sejak dahulu lagi. Kawasan ini juga telah dibina tembok penahan tebing Sungai Muar sepanjang 400 meter sejak 60-an lagi untuk tujuan menahan serta mengatasi masalah hakisan dan mendapan tabing sungai dari berlaku di kawasan ini.

Pada masa ini sebahagian daripada tembok yang telah dibina telah mengalami sedikit pemendapan di mana temboknya telah turun sehingga 0.4 meter darip paras asal sejak beberapa tahun yang lalu. Siasatan jabatan juga mendapati keadaan tebing sungai juga telah mula stabil di mana pokok-pokok telah tumbuh serta membesar dan tembok sedia ada juga masih boleh berfungsi untuk menahan hakisan sungai. Bangunan kekal yang terdapat di sepanjang tebing sungai ini ialah Kuarters Kakitangan dan Pekerja Hospital, gereja, Kuarters Pengarah Hospital (tidak didiami) dan Asrama Doktor Pelatih Hospital di mana jaraknya dari tebing sungai adalah melebihi 30 meter. Pihak JPS juga telah membina jalan ladang di sepanjang tebing sungai ini bagi tujuan pemantauan dan kemudahan laluan.

Di dalam RMK-10 pihak Jabatan telah memohon untuk memprogramkan sebanyak RM5.0 juta bagi tujuan projek memperkukuh tebing Sungai Muar di dalam kawasan bandar daripada pihak kerajaan. Permohonan peruntukan ini juga melibatkan kawasan ini.



SOALAN B12
Berapakah jumlah orang Melayu, Cina dan India yang berada di bawah paras miskin tegar dan miskin yang telah didaftarkan di DUN Bentayan setakat kini dan sila senaraikan nama-nama dan alamat-alamat tempat tinggal mereka?
JAWAPAN
Berdasarkan kepada Pangkalan Data Nasional e-Kasih, sehingga Mac 2010 terdapat seramai 7 orang Ketua Isi Rumah (KIR) miskin di kalangan kaum Melayu dan 1 orang Ketua Isi Rumah (KIR) miskin di kalangan kaum Cina manakala hanya 1 orang Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar di kalangan kaum Melayu di DUN Bentayan.
Tiada Ketua Isi Rumah (KIR) di DUN Bentayan terdiri daripada kaum India bagi kategori miskin dan miskin tegar. Senarai nama-nama Ketua Isi Rumah (KIR) tersebut adalah seperti di bawah :-

Kategori Miskin

1. Aminah Binti Ahmad Melayu Miskin Bentayan
360121-01-5452
No. 44-7, Lorong Nangka, Jalan Bakariah, Muar

2. Burok Binti Rahmat Melayu Miskin Bentayan
351130-01-5476
No. 112-2, Jalan Bakariah, Muar

3. Noresah Binti Abdul Karim Melayu Miskin Bentayan
480617-10-5458
No. 142P, Jalan Pesta 3
Kampung Kenangan Tun Doktor Ismail 1
84000 Muar

4. Salmah Binti Abd Hamid Melayu Miskin Bentayan
410914-01-5324
No. 131, Jalan Murni 11
Taman Putera Murni
Jalan Salleh, 84000
Muar, Johor.

5. Seoma Binti Mohamed Taib Melayu Miskin Bentayan
380511-01-5544
No. 44-5, Jalan Bakariah, Muar

6. Tuminah Binti Yunos Melayu Miskin Bentayan
630824-01-5392
T/L MYP 202/3, Batu 5
Jalan Bakri, 84000 Muar

7. Zulkifli Bin Shamsudin Melayu Miskin Bentayan
870207-01-5525
No. 6-4, Jalan Sultan Ibrahim
Sungai Abong, 84000 Muar

8. Teo Chong Ing Cina Miskin Bentayan
581127-01-5452
68, Lorong Duku Off
Jalan Tengku Bendahara
Kg. Dato Sri Amar Diraja
84000 Muar

Kategori Miskin Tegar

1. Nurihan Bt Jermen Melayu Miskin Tegar Bentayan
681208-01-5866
RS 22, Jln Sg. Abong, Muar

SOALAN B13

Berapakah peruntukan perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan aktiviti yang telah dibelanjakan oleh Pejabat JPMM Bentayan, JPMM Maharani, JPMM Sungai Abong, JPMM Mengkibol, JPMM Senai dan JPMM Skudai untuk tahun 2008, 2009 dan 2010, sila berikan nama-nama persatuan dan tokong-tokong yang telah dan bakal menerima peruntukan tersebut secara terperinci?

JAWAPAN
JUMLAH PERUNTUKAN PERBELANJAAN PENGURUSAN DAN AKTIVITI UNTUK JPMM BENTAYAN, SUNGAI ABONG, MENGKIBOL, SENAI DAN SKUDAI BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010

JPMM 2008 2009 2010
Pengurusan (RM) Aktiviti Pengurusan (RM) Aktiviti Pengurusan (RM) Aktiviti
Bentayan 30,000 50,000 30,000 50,000 Belum dibelanjakan
Sg. Abong 30,000 50,000 30,000 50,000 Belum dibelanjakan
Mengkibol 30,000 50,000 30,000 50,000 Belum dibelanjakan
Senai 30,000 50,000 30,000 50,000 Belum dibelanjakan
Skudai Tiada Tiada Tiada Tiada Tiada

Tiada tokong-tokong dan persatuan-persatuan yang menerima peruntukan tersebut.

SOALAN B14

Berapakah peratus kakitangan Kerajaan Negeri Johor mengikut kaum setakat kini dan bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat menggalakkan pengambilan lebih kakitangan bukan Bumiputera untuk bekerja di sektor awam di Negeri Johor?

JAWAPAN

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor sentiasa komited dalam memilih calon-calon yang berkualiti untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor bagi memastikan Kakitangan Awam Negeri Johor yang berintegriti dan berkualiti.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor telah mengambil inisiatif bagi menggalakkan kaum bukan Melayu untuk berkhidmat dengan Sektor Awam, antaranya Johor dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor dan Jobstreet.Com telah mengadakan Program Pengisian Jawatan Sektor Awam Kerajaan Negeri Johor di Perkarangan Bangunan Sultan Ibrahim.

Sehubungan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor telah menerima banyak Permohonan dari pelbagai kaum yang masih dalam proses tapisan dan temu duga. Perlu dimaklumkan di sini hanya permohonan yang layak mengikut Skim Perkhidmatan yang dipohon sahaja yang akan diproses dan dipanggil untuk temu duga.

Selain itu, Suruhanjaya ini juga akan mengambil langkah untuk menyiarkan iklan kekosongan jawatan dalam akhbar berbahasa Cina dan Tamil seperti contoh Sin Chew Daily dan Tamil Nesan. Inisiatif ini akan memberi lebih ruang dan peluang kepada calon-calon bukan bumiputera untuk memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor.

Jadual di bawah adalah statistik permohonan bukan Bumiputera yang diterima oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor pada Tahun 2007 dan 2008.

Tahun 2007 Tahun 2008
India Cina Lain-Lain India Cina Lain-Lain
Mohon 5 - - 7 5 -
Layak 2 - - 4 2 -
Lantik 2 - - 4 2 -

Jadual di bawah adalah bilangan dan peratusan Kakitangan Awam yang sedang berkhimat dalam Kerajaan Negeri Johor sehingga kini.

KAUM BILANGAN PERATUSAN
Melayu 8,244 98.47%
Cina 10 0.12%
India 116 1.39%
Lain-lain 2 0.02%
JUMLAH 8,372 100%

SOALAN B15

Bilakah pihak Majlis Perbandaran Muar akan memperbaiki besi pagar dinding yang telah berkarat di Pasar Borong Ikan, Pasar Besar Maharani, Muar memandangkan bahawa apabila ditiup angin pula ia akan bergoyong dan mungkin yang mendatangkan malapetaka kepada para pemborong, peniaga dan orang awam yang menjalankan urus niaga di kawasan pasar tersebut?

JAWAPAN

Maklum balas akan dikemukakan terus kepada Yang Berhormat oleh SUKL Kerajaan Tempatan.

0 comments: