诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Friday, September 9, 2011

ADUN Bentayan & ADUN Maharani dipelawa untuk menasihati para pelajar-pelajar SMK di Muar yang ponteng sekolah!

Pada tarikh 07-07-2011, jam 6.00pm sehingga 6.45pm, YB Gwee Tong Hiang & YB Mohammad Taslim telah dipelawa oleh para ibu-bapa serta guru-guru SMK di Muar untuk melihat sendiri keadaan ponteng sekolah yang amat dahsyat berlaku di sekolah berkenaan.

Menurut ibu-bapa, ada sebuah kedai yang terletak disebelah sekolah telah berjaya menarik begitu ramai pelajar ke kedai tersebut!

Apabila kami tiba dikedai tersebut, didapati lebih kurang 17 pelajar Tingkatan 1 berada didalam kedai tersebut. Mereka sedang berjudi dan bilik belakang disediakan untuk kegiatan hisap rokok.

Para pelajar juga mengaku bahawa kedai tersebut juga menawarkan khidmat untuk menulis surat palsu sekiranya para pelajar yang ingin ponteng sekolah. Mereka akan dikenakan bayaran RM1.
Kedua-dua YB sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada tuan kedai tersebut!

0 comments: