诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Wednesday, December 17, 2008

执法人员不专业, 民众惨遭做弄

左起 : 文打烟区州议员魏宗贤, 事主蔡文隆, 选区助理翁辉生
后排左起 : 选区助理连丽洪, 私人助理徐贝婷
Depan dari kiri, ADUN Kawasan Bentayan YB Gwee Tong Hiang, Chua Boon Long, Pembantu Kawasan ADUN Bentayan Ong Hwee Seng.
Belakang dari kiri : Pembantu Kawasan ADUN Bentayan Lin Lee Ang, Pembantu Peribadi ADUN Bentayan Se Pei Teng.

事主蔡文隆
Chua Boon Long

左为METRO PARKING所发出的月票, 右为由麻坡市议会所发出的月票
Dari kiri adalah kupon letak kereta bulanan yang dikeluarkan oleh Metro Parking Sdn Bhd,
kanan adalah kupon letak kereta bulanan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Muar.


事主蔡文隆先生来自新加望, 今年35岁是一名保险从业员。 于2008年12月4日载送母亲前往东甲就医不幸遭到东甲县议会执法人员开出罚单, 表示蔡先生没有展示停车固本。 蔡先生感到相当惊讶及不满, 因蔡先生的汽车固本是使用月票地并且该月票是向麻坡市议会购买, 同时该月票的收费为每月七十五零吉, 麻坡市议会也有开出收据为证。蔡先生也感到很疑惑因他购买的月票可在政府指定的五个地区使用那就是麻坡, 东甲, 巴株巴辖,市加末以及永平区但是他却在东甲区遭受罚款。

因此蔡先生于当日前往东甲县议会向有关部门求证并出示他向麻坡市议会所购买的月票希望东甲县议会能够删除该罚单, 令人感到懊恼的是该工作人员对于蔡先生出示的月票感到疑惑并且对于蔡先生所发问的问题无法给予答复,同时服务态度相当差使到问题最终无法获得解决。 与此同时该工作人员表示她无权力删除该罚单但是可给予蔡先生优惠把罚款降至十零吉, 蔡先生是一名奉公守法的好公民在不得以的情况下缴交了该罚款。

尔后, 蔡先生向民主行动党文打烟区州议员魏宗贤投诉, 针对蔡先生的事件州议员拨电麻坡市议会秘书嘉玛努霖询问为何由麻坡市议会所发出价值七十五零吉的月票却在东甲县议会接获罚单,麻坡市议会秘书嘉玛努霖告诉州议员月票上显示ZON A就代表可在上述政府指定的五个地点停车。

文打烟区州议员魏宗贤于刚结束的州议会里询问地方政府行政议员拿督阿末查力有关METRO PARKING续约的事件, 并获得答复METRO PARKING于2008年10月8日致函表示不再与上述五个地方议会续约而麻坡市议会从2008年10月14日起正式接管麻坡的停车场。

同时州议员魏宗贤也询问东甲县议会法律局主任罗莎丽娜女士有关此事件,罗莎丽娜女士表示东甲县议会发出该罚单是因为不接受麻坡市议会所发出的月票因东甲县议会已接管东甲县的所有停车场, 不过以小时计算的每日股本尚可使用。州议员表示此举使到民众感到很混乱。

州议员魏宗贤表示州政府于之前通过报章公布区分的地点而麻坡,东甲,巴株巴辖,市加末以及永平区都被归纳为ZON A 因此所有的股本及月票是一致被接纳。 因此为何由麻坡市议会所发出的月票而东甲县议会不能接受,罗莎丽娜女士也感到很惊讶并告诉州议员她将指示她的下属不发出罚单于ZON A 的驾车人士。

州议员魏宗贤建议有关五个地区的地方政府应联合举办记者发布会, 以让民众清楚了解所购买的月票是否可在有关地区使用。 地方政府应给予民众一个交代而不是利用这样的方法来为难驾驶人士使到民众面对不必要的麻烦。

东甲县议会法律局主任罗莎丽娜女士也很矛盾的向州议员表示, 她们不能举办记者发布会因为州政府尚未给予指示, 州议员认为政府应有一个统一的系统来管辖被区分的ZON A停车场并呼吁ZON A的地方政府尽快给予民众及驾车人士清楚的交代。 同时州议员也表示假设该问题无法在2009年3月之前解决,他将把该问题带入来临的州议会让州政府解决民众面对的困难。 出席今日记者发布会包括文打烟区州议员魏宗贤,州议员魏宗贤私人助理徐贝婷, 选区助理连丽洪, 翁辉生及事主蔡文隆先生。
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Encik Chua Boon Long berumur 35 tahun, tinggal di Taman Tiara, Sungai Abong, Muar. Beliau merupakan seorang ejen insurans. Pada tarikh 04-12-2008 Encik Chua menghantar ibunya ke Tangkak untuk mendapatkan rawatan dan pada hari itu juga kereta beliau telah dikeluarkan kompaun oleh Majlis Daerah Tangkak dengan alasan tidak mempamerkan kupon letak kereta. Encik Chua berasa amat terkejut dan tidak puas hati kerana beliau telah melekatkan kupon letak kereta bulanan untuk keretanya dan kupon letak kereta bulanan yang bernilai RM75.00 itu adalah dibeli dari pihak Majlis Perbandaran Muar dan Majlis Perbandaran Muar juga telah mengeluarkan resit bayaran sebagai bukti pembayaran. Encik Chua berasa hairan kerana kupon letak kereta bulanan yang beliau beli itu sepatutnya boleh digunakan di kelima-lima tempat letak kereta Zon A di Negeri Johor iaitu di Muar, Tangkak, Batu Pahat, Segamat dan Yong Peng tetapi malangnya beliau telah dikenakan kompaun atas alasan tidak mempamerkan kupon letak kereta semasa beliau meletakkan kereta beliau di Tangkak.

Sungguhpun Encik Chua telah menjelaskan kepada attendan letak kereta di kawasan Majlis Daerah Tangkak pada hari tersebut supaya Majlis Daerah Tangkak dapat membatalkan saman beliau dan menunjukkan kupon letak kereta bulanan yang beliau beli daripada pihak Majlis Perbandaran Muar tetapi pihak pegawai Majlis Daerah Tangkak tidak dapat menerima penjelasan beliau. Selain daripada itu, kelakuan yang ditunjukkan oleh pegawai tersebut adalah amat teruk dan akhirnya perkara tersebut tidak dapat diselesaikan. Di samping itu, pegawai tersebut menyatakan bahawa beliau tiada hak untuk membatalkan saman tersebut manakala beliau boleh mengenakan denda yang paling minimum iaitu sebanyak RM10.00, Encik Chua merupakan rakyat yang mematuhi undang-undang dan akhirnya telah membayar saman tersebut dengan perasaan yang tidak puas hati.

Selepas itu, Encik Chua telah membuat aduan di Pusat Perkhidmatan ADUN Bentayan, YB Gwee Tong Hiang telah menelefon Setiausaha Majlis Perbandaran Muar, iaitu Encik Jamaludin dan menanyakan kenapa kupon letak kereta bulanan yang bernilai RM75.00 yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Muar tidak boleh digunapakai di kawasan Majlis Daerah Tangkak? Setiausaha Majlis Perbandaran Muar, Encik Jamaludin menyatakan bahawa bahawa kupon letak kereta bulanan yang menunjukkan ZON A, maka mereka boleh meletakkan kereta mereka di kelima-lima daerah yang telah ditentukan oleh Kerajaan Negeri Johor.

Pada Persidangan Bajet 2009, Dewan Negeri Johor yang baru sahaja tamat, ADUN Kawasan Bentayan, YB Gwee Tong Hiang telah menanyakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri, Johor, YB Datuk Haji Ahmad Zahri Bin Jamil mengenai kontrak Metro Parking Sdn Bhd dan jawapan yang diterima daripada YB Datuk Haji Ahmad Zahri Bin Jamil ialah pihak Metro Parking Sdn Bhd pada 08-10-2008 dengan surat rasminya menyatakan bahawa syarikat mereka tidak lagi berniat untuk menyambung kontrak dengan kelima-lima daerah yang tersebut di atas dan mulai dari tarikh 14-10-2008 semua tempat letak kereta di Bandar Muar telah diambil-alih oleh pihak Majlis Perbandaran Muar.

YB Gwee juga menelefon kepada Ketua Jabatan Undang-Undang, Majlis Daerah Tangkak, Puan Rozalina mengenai masalah yang dihadapi oleh Encik Chua dan Puan Rozalina menjelaskan bahawa Majlis Daerah Tangkak telah mengambil alih semua tempat letak kereta di Daerah Tangkak dan kupon letak kereta bulanan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Muar tidak lagi diterima pakai oleh pihak Majlis Daerah Tangkak. Walaubangaimanapun, kereta Encik Chua telah dikeluarkan kompaun oleh pihak Majlis Daerah Tangkak, tetapi kupon letak kereta harian yang dikeluarkan oleh pihak Metro Parking Sdn Bhd masih boleh diterima oleh pihak Majlis Daerah Tangkak. Adun Bentayan YB Gwee Tong Hiang menyatakan bahawa tindakan tersebut sememangnya akan menyusahkan orang ramai.

YB Gwee berkata Kerajaan Negeri telah melalui surat khabar mengumumkan bahawa Bandar Muar, Tangkak, Batu Pahat, Segamat dan Yong Peng adalah di bawah ZON A oleh itu kupon letak kereta harian dan kupon letak kereta bulanan seharusnya boleh diterima dikelima-lima kawasan tersebut. YB Gwee berasa hairan kerana kupon letak kereta bulanan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Muar tidak dapat diterima oleh pihak Majlis Daerah Tangkak, Puan Rozalina juga berjanji dengan YB Gwee bahawa beliau akan mengarahkan pekerjanya iaitu attendan letak kereta supaya tidak mengeluarkan lagi kompaun kepada para kenderaan yang menggunakan pas bulanan yang dikleuarkan oleh pihak berkuasa tempatan di kawasan ZON A.

YB Gwee juga berharap pihak berkuasa tempatan di kelima-lima daerah tersebut mengadakan satu sidand akhbar untuk memberikan penjelasan kepada orang ramai samada kupon letak kereta bulanan yang telah beli di kawasan Zon A boleh digunakan di kelima-lima kawasan tempat letak kereta Zon A. Kerajaan tempatan seharusnya memberi penjelasan kepada orang ramai dan bukanlah menyusahkan orang ramai.

Ketua Jabatan Undang-Undang, Majlis Daerah Tangkak, Puan Rozalina berkata, mereka tidak dibenarkan mengadakan siding akhbar kerana ketiadaan arahan dari pihak kerajaan negeri mengenai perkara tersebut. ADUN Kawasan Bentayan menyatakan bahawa kerajaan negeri seharusnya mempunyai satu sistem yang lebih sempurna untuk mentadbir tempat letak kereta di ZON A dan menyeru pihak berkuasa tempatan memberikan satu penjelasan kepada orang ramai dengan secepat mungkin yang boleh. ADUN Kawasan Bentayan juga berjanji jikalau masalah ini tidak diselesaikan sebelum bulan Mac 2009, beliau akan membawa masalah ini ke Persidangan Dewan Negeri Johor tahun 2009.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Mr. Chua Boon Long, 35 years old, resides at Taman Tiara, Sungai Abong, Muar. He has a respectable agency in the insurance industry. On 04-12-2008, Mr, Chua fetched his mother to Tangkak for a medical check-up and on that day, on his car was placed a compound ticket by the Tangkak District Council for not displaying a car park coupon. Mr. Chua felt surprised and unhappy because he had clearly placed a monthly car park coupon for his car. The monthly car park coupon which cost RM75.00 was bought from the Muar Municipal Council which had issued a receipt as proof of payment. Mr. Chua was astonished because the monthly car park coupon which he had bought, was actually valid for use at the parking lots of five districts of Zone A in the State of Johor i.e. at Muar, Tangkak, Batu Pahat, Segamat and Yong Peng. But unfortunately, Mr. Chua was issued a compound ticket for the reason that he had not displayed a car park coupon when he parked his car at a parking lot in Tangkak.

Although, on that day, Mr. Chua had explained to the car park attendant of the Tangkak District Council so that, the Tangkak District Council, may cancel the served summons, and had shown the monthly car park coupon which he had bought from the Muar Municipal Council, but an official of the Tangkak District Council did not accept the explanation of Mr. Chua. Besides that, the behaviour of that official was most unbecoming and at the end the issue was not resolved. The same official also said that he had no authority to cancel the summons but he could effect a minimum fine of RM10.00. As a law abiding citizen, Mr. Chua finally paid the summons with a feeling of dissatisfaction.

After that, Mr. Chua filed a complaint at the DAP Bentayan State Assemblyman, YB Gwee Tong Hiang and YB Gwee telephoned the Secretary of Muar Municipal Council, En. Jamaludin and asked why the RM75.00 monthly car park coupon issued by the Muar Municipal Council cannot be used at the Tangkak District locality. En. Jamaludin said that a monthly car park coupon which showed Zone A, was valid for car parking at the five districts that were determined by the Johor State Government.

At the 2009 Budget Debate of Johor State Legislative Assembly, which has just concluded, Johor State Assemblyman for Bentayan Constituency, YB Gwee Tong Hiang had asked the Chairman of Johor State for the Committee on Local Government, YB Datuk Haji Ahmad Zahri Bin Jamil regarding the parking contract of Metro Parking Sdn. Bhd. and the answer given by YB Datuk Haji Ahmad Zahri Bin Jamil was, Metro Perking Sdn. Bhd. on 08-10-2008 with an official letter had stated that their company did not wish to continue the contract with the above five stated districts. From 14-10-2008 onwards, all parking lots in Muar Town is taken over by the Muar Municipal Council.

YB Gwee also telephoned to Puan Rozalina, Head of the Tangkak District Council Legal Department, concerning the problem faced by Mr. Chua and Puan Rozalina explained that the Tangkak District Council had taken over all car park lots in Tangkak District and monthly car park coupons issued by the Muar Municipal Council were deemed no more valid by the Tangkak District Council. In any case, Mr. Chua was issued a compound ticket by the Tangkak District Council authority, but the daily car park coupon issued by Metro Parking Sdn. Bhd. was still being accepted by the Tangkak District Council. YB Gwee, had expressed that the action taken against Mr. Chua would certainly cause inconvenience to the general public.

YB Gwee said that the Johor State Government had announced through newspapers that Muar Municipal, Tangkak, Batu Pahat, Segamat and Yong Peng were all grouped under ZONE A. Thus, the daily car park coupons and monthly car park coupons should be accepted at the five designated regions. YB Gwee felt surprised why the monthly car park coupon issued by the Muar Municipal Council was not accpeted by the Tangkak District Council. Puan Rozalina had also agreed with YB Gwee that she would instruct parking attendants not to issue in future, compound summons to all vehicles which used monthly passes issued by the authorities at Zone A parking lot regions until further notice from the Johor State Government.

YB Gwee also hoped that the local authorities at the five districts mentioned, should hold a press conference to explain to the public whether monthly car park coupons which are bought at any ZONE A outlets could be used at any of the car park lots at Zone A. The local government should explain to the general public and not cause inconvenience to the public.

Puan Rozalina, Head of the Legal Department, Tangkak District Council, said officials were not permitted to hold press conferences as there was no instruction from the Johor State Government concerning this particular issue. Johor State Assemblyman for Bentayan Constituency said that the Johor State Government should organize a better system to administer car park lots at Zone A, and called on the local authorities to disseminate clear information to the public as soon as possible. YB Gwee emphasized that if this problem was not solved before March 2009, he would bring this matter up at the next year Johor State Legislative Assembly Session.

0 comments: