诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Wednesday, September 30, 2009

中秋节快乐



** 文打烟区州议员魏宗贤恭贺诸位中秋节快乐 **

精神病中年闹别扭 车停路中央交通瘫痪

(麻坡28日讯)一名疑患有精神病的华裔中年,相信未按时吃药,独自驾车到市中心时,竟把车子停在路中央,导致交通严重瘫痪。

横躺车内挣扎乱喊

该名中年的突然举动,引来交警和辅警劝说不果后,惟有将汽车推到路旁,而中年汉在期间不断撒野,横躺车内挣扎乱喊,直到救护人员强行将他抬上救护车,才结束闹剧。

这场闹剧是于今日下午1时许,在麻市五马路中化一小后门路中央上演,由于事发时正值放学时段,顿时引发交通阻塞。

据了解,现年59岁的中年男子来自双溪申洛,目前住在位于甘榜登雅的养老院。

该中年汉被指没有按时服药,于今午驱车出外,即把车子停放在路中央,与交警大闹别扭,并躺在车内,对外人的劝说不予理会。

由于适逢学校放学时间,这起风波引起路人驻足围观,及造成交通陷入瘫痪,交警及辅警在无计可施下,只好将轿车推往路旁一侧,且根据车内文件资料,通知文打烟区州议员魏宗贤前来协助。

州议员魏宗贤抵达现场后,对该中年汉加以劝说,唯当事人则充耳不闻,还将车内的物品打翻,以及发出呐喊声。

州议员魏宗贤指出,该男子曾经前往其服务中心寻求协助,据知相信是曾因炒股失利,深受打击而精神出现问题,平时需靠药物镇定精神状态。他相信该男子是在未按时服药情况下,举止失常,以致在市区闹事。

Friday, September 18, 2009

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 8 SEPTEMBER 2009 YANG DISOAL OLEH Y.B. ENCIK GWEE TONG HIANG

SOALAN 3 (A2)

Memandangkan Wabak Influenza A (H1N1) telah menular dengan pantasnya di Negara ini, adakah kerajaan bercadang untuk membekalkan penutup mulut dan hidung (“mask”) percuma kepada setiap rakyat di Negeri Johor bagi membendung penularan wabak ini?

JAWAPAN Y.B. DR ROBIA BINTI DATO' HAJI KOSAI

Sehingga kini Jabatan Kesihatan Negeri Johor tidak membekalkan penutup mulut dan hidung secara percuma kepada orang ramai. Walau bagaimanapun sector swasta adalah digalakkan untuk menyumbang bekalan penutup mulut dan hidung tersebut kepada rakyat Negeri Johor atas dasar tanggungjawab sosial.

SOALAN 21 (A25)

Adakah kerajaan bercadang untuk memperuntukkan sejumlah wang untuk memperbaiki tebing Tembok Tanjong Emas, Muar yang telah senget 45’ dan mungkin akan runtuh pada masa terdekat supaya segala malapetaka dapat dielakkan?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000.00 untuk memperbaiki tebing tembok Tanjung Emas, Muar. Kerja-kerja membaiki tebing tembok berkenaan akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairsan dan Saliran (JPS) Negeri Johor. JPS Negeri sedang dalam proses penyediaan yang melibatkan reka bentuk dan arahan kerja. Dianggarkan kerja-kerja akan dilaksanakan pada pertengahan bulan Oktober 2009.

SOALAN 31 (A24)

Adakah kerajaan negeri bercadang memberikan subsidi kepada para penarik beca di Bandar Muar untuk menghiaskan beca-beca mereka supaya dapat menarik lebih ramai pelancong ke Bandar Muar seperti mana yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Melaka?

JAWAPAN Y.B. ENCIK HOO SEONG CHANG

Buat Masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai cadangan untuk memberikan subsidi kepada penarik beca di Bandar Muar sepertimana yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Melaka. Walaubagaimanapun cadangan ini boleh dipertimbangkan.

SOALAN 34 (A23)

Adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan kemudahan Terapi Percakapan (Speech Therapy) di Klinik ENT, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar kepada para pesakit yang menghadapi masalah percakapan?

JAWAPAN Y.B. DR. ROBIA BINTI DATO’ HAJI KOSAI

Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar telah sedia ada menyediakan kemudahan perkhidmatan Terapi Pertuturan (Speech Therapy) di Klinik Otorinolaringologi. Pada masa ini, perkhidmatan tersebut dikendalikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) dari Hospital Batu Pahat dan Hospital Melaka yang menjalankan “visiting therapy” setiap minggu. Usaha sedang di buat untuk menempatkan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) yang tetap di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

SOALAN 37 (A26)

Adakah kerajaan bercadang untuk memperuntukkan sejumlah wang untuk memperbaiki masalah perparitan di kawasan Perkampungan Lorong Alwi & Lorong Paip, Parit Beting, Muar di mana system perparitan yang tidak sempurna telah mengakibatkan kawasan tersebut sering dilanda banjir kilat setiap kali hujan tiba!

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Kerajaan dari masa ke semasa telah mengambil tindakan membaiki kerosakan perparitan di kawasan tersebut pada tahun 2008 sebanyak RM13,700.00 telah diperuntukkan untuk melaksanakan kerja penambahbaikan. Majlis Perbandaran Muar (MPM) akan memohon peruntukan daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menaik taraf perparitan di kawasan tersebut yang dianggarkan sebanyak RM100,00.00.

SOALAN 70 (A21)

Jawatankuasa Perkuburan Cina Lenga, Muar telah memohon sekeping tanah yang luasnya 7 ekar (terletak bersebelahan dengan tapak sedia ada) untuk dijadikan tempat perkuburan kaum Cina, Lenga, memandangkan tempat sedia ada akan mencapai tahap optimum pada masa beberapa tahun lagi, bilaka Kerajaan Negeri akan memberi kelulusan kepada permohonan tersebut?

JAWAPAN Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR

Tanah perkuburan Cina di Lenga, Muar yang sedia ada adalah di atas tanah Lot 2496 dan Jawatankuasa Perkuburan Cina Lenga telah membuat permohonan tanah sebagai tambahan kubur sedia ada iaitu di atas Lot 749 seluas 7.962 ekar untuk dijadikan sebgagai kawasan kubur.
Tetapi permohonan ini telah ditolak oleh Pejabat Tanah Daerah Muar pada 31.3.1994 kerana tidak mendapat sokongan jabatan teknikal, di mana tanah ini dirancang sebagai kawasan perumahan mengikut Rancangan Struktur Daerah Jabatan Perancang Bandar Dan Desa. Majlis Perbandaran Muar juga tidak menyokong permohonan ini disediakan tanah kubur sedia ada masih lagi terdapat banyak kawasan yang masih belum digunakan. Dan tanah ini juga termasuk di dalam kawasan Rizab Melayu Lenga bagaimana WK 668 bertarikh 29.5.1940. Pejabat Tanah Daerah Muar telah mencadangkan supaya tanah lain dig anti untuk tapak kubur ini iaitu di atas tanah PTD 8482 seluas 5.124 ekar yang terletak di kawasan Bukit Bugis, Batu 30, Lenga sama ada untuk menerimanya atau tidak.

SOALAN B15

Berapakah jumlah peruntukkan tahunan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri kepada 8 buah Sekolah Tinggi (Persendirian) Cina di Johor dari tahun 2008 hingga sekarang?

JAWAPAN

Bahagian Pelajaran Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia, tidak menyediakan sebarang peruntukan kewangan kepada mana-mana institusi pendidikan swasta termasuk sekolah-sekolah persendirian Cina dan mana-mana sekolah agama swasta.

Kementerian Pelajaran Malaysia hanya menyediakan peruntukan dan bantuan kewangan kepada semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan sahaja.

SOALAN B16

Berapakah peruntukkan dan perbelanjaan yang telah digunakan oleh pejabat JPMM Bentayan setakat kini?

JAWAPAN

Bagi perbelanjaan mengurus, Pejabat JPMM Bentayan telah membelanjakan sebanyak RM151,000.00.

SOALAN B17

Berapakah jumlah peruntukkan yang telah disediakan kepada Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di kawasan DUN Bentayan sepertimana yang telah dijanjikan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa lawatan beliau ke SJK (C) Pei Yang, Muar iaitu sebelum PRU Ke-12 yang lepas ?

JAWAPAN

Jabatan Pelajaran Johor sedia maklum bahawa Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan peruntukan seperti berikut.
(1) RM500,000.00 kepada SJK (C) Pei Yang, Muar.
(2) RM300,000.00 kepada SJK (C) Chung Hwa 2A, Muar
(3) RM100,000.00 kepada SJK (C) Sing Hwa, Muar
(4) RM100,000.00 kepada Sek Men Persendirian Chung Hwa, Muar.
Pihak Jabatan Pelajaran Johor akan merujuk perkara ini kepada pihak Kementerian.

SOALAN B18

Adakah kerajaan bercadang untuk membina satu perhentian bas ekspres yang baru di Bandar Muar memandangkan bahawa kawasan di persekitaran perhentian yang sedia ada sering mengalami kesesakan lalu-lintas di Jalan Maharani, Muar dan menyediakan kemudahan tandas awam di Perhentian Bentayan?

JAWAPAN

Majlis Perbandaran Muar (MPM) merancang untuk membina Perhentian Bas Ekspres baru di bandar Muar dengan anggaran kos RM12 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10). Pada masa ini, MPM belum ada perancangan untuk membina kemudahan tandas awam di Perhentian Bentayan, Muar.

SOALAN B19

Berapakah jumlah kos Projek Penurapan Jalan Tar yang telah dijalankan yang di kawasan taman-taman DUN Bentayan dari tahun 2008 hingga sekarang?

JAWAPAN

Majlis Perbandaran Muar (MPM) telah membelanjakan RM1,125,360.00 bagi kerja-kerja menurap jalan-jalan di DUN Bentayan pada tahun 2008 manakala pada tahun 2009, peruntukan sebanyak RM559,819.00 telah diperuntukkan melalui Malaysian Road Record Information System (MARRIS).

Wednesday, September 9, 2009

民主行动党峇吉里国会选区联委会: 11.2举办与槟州首长林冠英之夜晚宴
A Night With Penang Chief Minister

前左起 : 徐贝婷, 程月妹, 连丽洪, 冯朝江, 余德华, 文打烟区州议员魏宗贤, 辜亚发, 李坤泽, 邱添来, 魏淑梅.
Dari kiri : Se Pei Teng, Cheng Ah Noi, Lin Lee Ang, Feng Siew Kiang, Er Teck Hwa, Gwee Tong Hiang, Khoo Ah Huat, Lee Kung Chek, Koo Tian Lai, Gwee Suh Mei.
第二排左起 : 颜雪慧, 林妗连, 曹观荣, 右一起 : 张俊祥, 李崇光, 谢松兴
Barisan kedua dari kiri : Gan Sheh Hui, Lim Chiang Lian, Chaw Kwan Yong, dari kanan Teo Choon Siang, Lee Tong Kong, Chia Song Heng
后排左起 : 吕燕玲, 蔡佩珠, 林瑞顺, 林荣华, 颜添福, 刘文贵, 温利全, 江岩华, 林生发
Barisan terakhir dari kiri : Ler Yam Ling, Chua Poy Choo, Lim Swee Soon, Stpehen Lim Yong Hua, Gan Tian Hock, Low Boon Kui, Hong Yen Chyen, Kong Jam Wah, Lim Kem Wat


民主行动党峇吉里国会选区联委会将于11月2日(星期一) 晚上7时,在麻坡中化三小大礼堂宴开200席,与槟州首长林冠英欢庆民主行动党建党43周年晚宴。

联委会主席兼文打烟区州议员魏宗贤表示,民联在308大选中获得选民的委托,取得空前的胜利,嬴得一国一州的席位,而两位国州议员更是不敢怠慢,更积极的为民众服务,把多年来无法传递的民间声音,传达进国州议会。

“因此,为了让更多的民众能够了解民主行动党的理念,届时槟州首席部长林冠英与多位民主行动党中央重量级领袖及民联领袖将出席为全民开讲,包括太平区国会议员倪可敏,前任卫生部长拿督蔡锐明,马哈拉尼区州议员莫哈末达斯林,服务中心法律顾问彭学良, 州秘书颜碧贞及峇吉里国会议员余德华。”

魏宗贤也表示,短短一星期内经售出超过150桌的餐券,获得民众热烈的支持,有意购买餐卷者可联络文打烟区州议员魏宗贤 019-656 8282,工委会主席兼文打烟区州议员特别助理李坤泽012-671 1060, 国会选区财政兼大会主席辜亚发 017-595 9553, 国会选区署理主席连丽洪019-659 1858, 武吉摩支部主席林金发017-651 8310, 武吉巴西支部秘书陈文灵06-985 6912, 巴莪支部主席苏仕铁 017-681 5475或亲临服务中心WISMA DAP MUAR, No. 48-28, Jalan Sakeh Baru, Taman Sakeh Baru, Muar 联络徐贝婷小姐电话06-9518989, 每张餐卷售价40令吉, 凭卷入场。

______________________________________________
Majlis Jamuan Makan Malam bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Sdr. Lim Guan Eng yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bakri pada 2hb November 2009.

Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bakri akan menganjurkan jamuan makan malam bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Sdr. Lim Guan Eng pada 2hb November 2009 (Isnin), jam 7 malam di Dewan Besar SJK ( C ) Chung Hwa 3, Muar.

Pengerusi Jawatankuasa merangkap ADUN Kawasan Bentayan, YB Gwee Tong Hiang menyatakan bahawa, pada PRU yang ke 12 Pakatan Rakyat telah diberi mandat oleh rakyat dan DAP telah mendapat kemenangan di kerusi Parlimen Bakri dan DUN Bentayan manakala PAS di Sungai Abong dan Maharani di Daerah Muar, kedua-dua wakil rakyat DAP telah bersungguh-sungguh memberikan perkhidmatan mereka kepada semua rakyat Muar dan telah membawa pelbagai masalah rakyat untuk diselesaikan sama ada di Dewan Rakyat mahupun di Dewan Undangan Negeri Johor.

Oleh itu, untuk rakyat lebih memahami ideologi Parti DAP, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Sdr. Lim Guan Eng dan pemimpin-pemimpin kebangsaan DAP serta Pakatan Rakyat akan hadir pada hari itu untuk memberi ucapan, mereka adalah termasuk Ahli Parlimen Taiping, Sdr. Nga Kor Ming, Mantan Menteri Kesihatan, Dato’ Chua Jui Ming, ADUN Kawasan Maharani YB Mohammad Taslim, Penasihat Undang-Undang Pusat Perkhidmatan, Sdr. Pang Hok Liong, Setiausaha Negeri, Sdri. Gan Peck Cheng dan Ahli Parlimen Bakri Sdr. Er Teck Hwa.

YB Gwee juga menyatakan bahawa dalam tempoh masa seminggu sahaja, pihak kami telah berjaya menjual tiket makan malam melebihi 150 meja untuk majlis tersebut, dan sesiapa yang berminat untuk membeli tiket tersebut mereka boleh berhubung dengan beliau di talian 019-656 8282, Pembantu Khas ADUN Kawasan Bentayan, Sdr. Lee Kung Chek (012-6711 060), Bendahari Jawatankuasa merangkap Pengerusi Majlis, Sdr. Khoo Ah Huat (017-5959553), Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan, Sdri. Lin Lee Ang (019-659 1858), Pengerusi Cawangan Bukit Mor, Sdr. Lim Kim Huat (017-6518 310), Setiausaha Cawangan Bukit Pasir, Tan Boon Lai (06-9856912), ataupun mengunjungi Pusat Perkhidmatan kami yang terletak di Wisma DAP Muar No. 48-28, Jalan Sakeh Baru, Taman Sakeh Baru, 84000 Muar dan berhubung dengan Sdri. Se Pei Teng di talian 06-951 8989, harga sekeping tiket adalah RM40.