诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Monday, October 5, 2009

Balu Mendiang Sdr. Chin Kim Hong Amat Berharapkan Para Saksi Kes Kemalangan Maut Suaminya Dapat Tampil Kehadapan Memberikan Maklumat Sebenar!

Dari kiri, Sdr. Ng Cheng Hui, Sdr. Teh Keh Yan, Sdr. Koo Tian Lai, YB Gwee Tong Hiang, Balu Mendiang Sdr. Chin Kim Hong, Puan Aw Mee Nyang dan Sdr. Soh The Tek

Mendiang Sdr. Chin Kim Hong (44 Tahun)
Meninggal Dunia di tempat kejadian Pada 01-Okt-2009, Jam 9.30pm, Berdekatan dengan Lingkaran Atas Perling, KM 11.4, Hala Utara Jalan JB-Air Hitam, Johor. Beliau memandu motosikal jenis Honda 125 dengan No. Pendaftaran JJD 1591.


ADUN Kawasan Bentayan, YB Gwee Tong Hiang bersama-sama dengan Pengerusi DAP Cawangan Sakeh, Sdr. Koo Tian Lai, Pengerusi DAP Cawangan Pagoh, Sdr. Soh The Tek, Setiausaha Publisiti DAP Cawangan Pagoh, Sdr. Ng Cheng Hui dan ahli veteran DAP, Sdr. Teh Keh Yan telah menzairahi balu kepada Mendiang Sdr. Chin Kim Hong iaitu Bekas Setiausaha DAP Cawangan Pagoh pada 3hb Oct 2009 di rumah beliau yang terletak di Taman Sri Pagoh.

Mendiang Sdr. Chin Kim Hong telah mengalami kemalangan jalanraya di KM 11.4, Hala Utara, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Johor pada jam 9.30pm pada 1hb Okt 2009 iaitu berdekatan dengan Lingkaran Atas Perling semasa beliau balik kerja daripada Singapura dengan memandu motosikal jenis Honda 125 dengan No. Pendaftaran JJD 1591! Beliau meninggal dunia di tempat kejadian tersebut!
Balu beliau, Puan Aw Mee Nyang amat berharapkan sesiapa yang menyaksikan kejadian kemalangan tersebut boleh tampil ke hadapan untuk memberikan maklumat mengenai kejadian tersebut. Ini adalah kerana sehingga kini, pihak polis masih tidak dapat memastikan sama ada Mendiang Sdr. Chin dilanggar lari atau sebaliknya, maka maklumat daripada orang ramai adalah amat diperlukan supaya suatu keadilan dapat diberikan kepadanya! Segala maklumat boleh disalurkan di Talian 06-951 8989 & 019-656 8282!
YB Gwee dan Mendiang Sdr. Chin merupakan kawan karib sebelum mereka berdua menyertai Parti DAP lagi. Pemergian Sdr. Chin merupakan satu kehilangan besar kepada Parti DAP khususnya DAP Cawangan Pagoh! Mereka berkenalan sejak umur belasan tahun lagi dimana selepas peperiksaan SPM, mereka berdua bekerja di sebuah syarikat yang sama. Sejak itu mereka telah menjadi kawan yang karib sehingga kemudiannya kedua-duanya juga menyertai Parti DAP. Beliau juga merupakan Bekas Setiausaha DAP Cawangan Pagoh.
Mendiang Sdr. Chin meninggal seorang balu dan 5 orang anak dimana yang sulongnya hanya berumur 14 tahun manakala yang bungsunya berumur 5 tahun sahaja. YB Gwee berjanjikan kepada isterinya bahawa dia sedia membantu keluarganya untuk meringgankan beban sekeluarganya.
YB Gwee juga akan membantu balu beliau untuk mendapatkan Bantuan Skim Ibu Tunggal daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meringgankan beban kewangan sekeluarganya. Ini adalah kerana Mendiang Sdr. Chin merupakan periuk nasi sekeluarga dan kehilangan beliau merupakan suatu tamparan hebat kepada mereka sekeluarga!

0 comments: