诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Thursday, March 31, 2011

SOALAN-SOALAN LISAN DI MESYUARAT KEEMPAT BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 PADA 17 MAC 2011.

SOALAN 25 (A13) Berapakah bilangan bilik darjah yang telah dicantumkan/ditutup di SJK(C) di Daerah Muar apakah tujuan pihak kerajaan melaksanakan dasar tersebut?

JAWAPAN Y.B DATUK HAJI MAULIZAN BIN BUJANG

Untuk makluman Yang Berhormat, tidak terdapat kelas yang dicantumkan atau ditutup di semua sekolah rendah di Negeri Johorsejak tahun 2008. Semua sekolah tanpa mengira aliran dibenarkan membuka sekurang-kurangnya satu kelas bagi setiap tahap walaupun hanya terdapat seorang murid sahaja khussunya di sekolah kurang murid (SKM).
Semua sekolah rendah adalah dibenarkan membuka kelas dengan berdasarkan jadual dan standard/piawai berikut:

Kelas dibuka 0   1        2       3           4

Jum Murid   0 1-49 50-85 86-121 122-157

Purata/Mak  0   49    42      40         39

     5           6           7           8           9           10

158-193 194-229 230-265 266-301 302-337  338-373

    38         38          37         37         37          37

    11          12

374-409 410-446 10 kelas ke atas

    37         37      Purata 35-37 murid setiap kelas.

Pembukaan sesebuah kelas juga tertakluk kepada saiz atau ruang bilik darjah yang sedia ada. Jika bilik darjah yang dibina tidak mengikut piawai, atau ruang tidak cukup besar, maka bilangan murid dalan kelas boleh dikurangkan. Bilangan murid dalam setiap kelas perlu dihadkan untuk menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran serta memastikan pengurusan kelas dan displin pelajar dapat dilaksanakan dengan baik oleh guru.

Apa yang berlaku disesetengah sekolah SJKC ialah pihak sekolah membuka kelas tidak mengikut dasar yang ditetapkan oleh kementerian. Maka pihak jabatan telah menasihatkan pihak sekolah mengikut arahan bagi memastikan nisbah pelajar di dalam sesebuah kelas diikuti.

Oleh itu tidak wujud sebarang arahan mengenai percantuman ataupun penutupan bilik darjah bagi semua sekolah termasuk SJKC diseluruh negeri Johor.

SOALAN 54 (A12)

Mengapakah Cukai Harta di Taman Rivera, Tanjung Agas, Ledang diklasifikasikan sebagai Kawasan Industri sungguhpun kawasan tersebut merupakan suatu pusat komersial dan adakah kerajaan bercadang untuk menurunkan kadar cukai harta kawasan berkenaan dari 1% kepada 0.5%?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Untuk makluman, buat masa ini kadar nilaian harta (1%) yang digunapakai oleh Majlis Daerah Tangkak (MDT) adalah sama sebagaimana semasa kawasan tersebut di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Muar (MPM). Pihak MDT juga sedang dalam proses mengemaskini semua maklumat-maklumat yang diperolehi dan perihal kadar cukai ini akan dimaklumkan setelah semua proses kemaskini maklumat tersebut selesai.

SOALAN 55 (A14)

Apakah penjelasan yang dapat diberikan oleh Majlis Perbandaran Muar yang telah membayar SWM sebanyak RM7.7 juta setahun bagi kerja-kerja mengangkut dan melupuskan sampah tetapi kerja-kerja yang ditetapkan tidak memuaskan dan sering mendapat aduan daripada masyarakat tempatan?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

Majlis Perbandaran Muar (MPM) memang tidak berpuas hati mutu kerja yang dilaksanakan oleh SWM kerana sering mendapat rungutan dan aduan dari masyarakat terutamanya tentang pungutan sampah tidak mengikut jadual. Walau bagaimanapun MPM sentiasa berusaha meningkatkan tahap dan kualiti dengan mengadakan Program Gotong Royong dan Gerak Tumpu yang melibatkan kerjasama antara MPM dan SWM, mengadakan pemantauan serta mengarahkan pihak SWM menyediakan ‘Back-Up’ dengan menyewa lori dari luar jika berlaku kerosakan pada lori SWM.

Selain itu, kesedaran terhadap kebersihan oleh masyarakat setempat juga ditingkatkan dengan menyediakan tong-tong sampah untuk setiap rumah, premis bagi memudahkan urusan pungutan sampah berjadual.

Pihak MPM juga menubuhkan satu pasukan khas kebersihan iaitu ‘Unit Pantas’ pada 1 Oktober 2010 bagi tujuan membantu menyelesaikan masalah berbangkit dari aduan masyarakat setempat.

Pihak SWM juga diingatkan malalui NTC (Notice To Correct) sebelum potongan bayaran ke atasnya dilakukan jika gagal mematuhi syarat-syarat kerja yang ditetapkan dan pihak MPM akan mengambilalih tugas tersebut.

SOALAN 1 (A10)

Apakah status terkini mengenai repot polis yang telah dilaporkan oleh ADUN Bentayan (No. Repot: MUAR/001796/11) dan adakah pihak kerajaan (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendakwa Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Daerah Muar yang mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan dan berbaur perkauman?

SOALAN INI DITOLAK MENGIKUT PERKARA 25 (2) (d).

SOALAN 2 (A11)

Siapakah dan berapakah wang ihsan yang akan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir baru-baru ini di Negeri Johor dan adakah mangsa-mangsa banjir tersebut akan diberikan pengecualian daripada pembayaran bil air serta elektrik untuk Bulan Januari dan Februari 2011 serta adakah kerajaan negeri bercadang untuk menurunkan cukai harta serta cukai tanah di kawasan yang terlibat untuk meringankan beban mereka?

SOALAN INI DITOLAK MENGIKUT PERKARA 26 (2) (ii).

0 comments: