诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Wednesday, March 30, 2011

SOALAN-SOALAN BERTULIS YANG DITANYA OLEH YB GWEE TONG HIANG DI MESYUARAT KEEMPAT PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 PADA 17 MAC 2011.

SOALAN B 3

Apakah Program Tranformasi Nasional yang telah menampakkan kesan ke atas rakyat sejak dilancarkan, jika ada apakah bidang-bidangnya dan bagaimanakah perubahan sikap kakitangan awam di Negeri Johor terhadap tugas dan peranan masing-masing bagi merealisasikan program tersebut?

JAWAPAN

Berdasarkan kepada maklumat dan data terkini yang telah diperolehi,Program Tranformasi Nasional telah menampakkan impak kepada rakyat dalam beberapa perkara terutamanya dalam Pengurangan Kadar Jenayah dan Peningkatan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah.
Kadar Jenayah pada tahun 2010 telah mencatatkan penurunan yang memberansangkan sebanyak 5,387 kes atau 21% berbanding pada tahun 2009. Selain itu, jumlah penagih dadah bagi Negeri Johor juga telah mencatatkan penurunan yang ketara iaitu sebanyak 13,153 kes atau 58% pada tahun 2010 berbanding tahun sebelumnya.

Dalam Bidang Keberhasilan Utama yang lain iaitu Peningkatan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah, perkara-perkara tersebut telah dicapai di peringkat nasional;

- 44,643 isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin tegar (berpendapatan bulanan sebanyak RM 440 dan kebawah) pada tahun 2008 telah dikurangkan kepada 22,198 sehingga Februari 2011.

- 16,471 isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin (berpendapatan bulanan sebanyak RM 750 dan kebawah) telah dikeluarkan daripada kelompok kemiskinan.

- Sasaran untuk melatih dan membangunkan 2000 golongan wanita pada akhir tahun 2010 telah dicapai setelah seramai 2000 golongan wanita telah menamatkan latihan mereka dan menjana pendapatan lebih dari RM 3500 sebulan.

SOALAN B 4

Nyatakan bilangan belia keturunan Melayu dan bukan Melayu yang dibantu dibawah Skim Tabung Ekonomi Belia untuk memulakan perniagaan sendiri sepanjang 3 tahun lalu dan bagaimanakah kemajuan mereka?

JAWAPAN

Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) telah berjalan selama dua (2) tahun iaitu dari tahun 2007 hingga tahun 2008. Pada tahun 2009, STEB ini telah dibekukan kerana dana yang sedia ada tidak mencukupi untuk menampung permohonan yang baru. Berikut adalah bilangan belia keturunan Melayu dan bukan Melayu yang telah dibantu di bawah STEB sepanjang dua (2) tahun tersebut.

BIL SKIM KAUM

MELAYU CINA INDIA

1 Skim Belia Niaga (SBN) 92 53 6

2 Skim Belia Tani (SBT) 40 6 1

132 59 7

JUMLAH 198

Dengan pemantauan yang berterusan, Jabatan mendapati kemajuan peminjam amatlah memuaskan di mana sehingga kini seramai 175 orang peminjam masih meneruskan perniagaan mereka.

SOALAN B 5

Apakah strategi Kerajaan (FAMA) didalam mempertingkatkan hasil dan kualiti buah-buahan negara berbanding dengan Thailand yang jauh lebih maju dan berkualiti?

JAWAPAN

Dibawah strategi pembangunan produk segar buah-buahan dan sayuran, Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi pusat seperti Jabatan Pertanian, FAMA, MARDI, SIRIM, LPP, LPNM dan sebagainya memberi penekanan kepada aspek meningkatkan kualiti produk khususnya dalam menepati piawaian antarabangsa melalui penyelidikandan pembangunan, penambahbaikan bahan produk, mengakreditasikan perusahaan dan ladang.

Dibawah strategi pembangunan pasaran, kerajaan melalui agensi FAMA telah di pertanggungjawabkan dan akan menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian ( Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian ) 2008 yang dikenali ringkasnya Peraturan 3P. Peraturan 3P ini diberikuasa oleh Seksyen 3 dan 12 Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (Akta 141) telah diluluskan oleh Menteri dan diwartakan pada 18 Ogos 2008. Didalam Peraturan tersebut, FAMA juga mengguna pakai Malaysian Standard (MS) yang dibangunkan oleh SIRIM, mengikut Akta Standard Malaysia 1996 (Akta 549).

Antara objektif Peraturan 3P adalah:

1. Mewujudkan daya saing keluaran tempatan.

- Dimana jaminan kualiti dan keselamatan makanan menjadi agenda utama bagi keluaran pertanian.

- Dapat membantu mempertingkatkan eksport Malaysia ke pasaran luar negara supaya dapat bersaing dengan negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam yang juga mengeksport buah-buahan tempatan.

- Penggunaan logo “Malaysia’s Best” pada keluaran pertanian yang disahkan ladangnya mendapat sijil akreditasi dari Jabatan Pertanian atau Pertubuhan yang diiktiraf serta mematuhi Peraturan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan ).

2. Menjamin kualiti hasil yang dipasarkan.

- Sebagai penanda aras dalam menentukan gred dan standard.

- Memudahkan pengeluar/petani untuk mendapatkan perbandingan harga yang lebih baik dengan keluaran yang berkualiti.

3. Memperkukuhkan pasaran eksport sedia ada.

- Peraturan 3P ini juga penting untuk memperkukuhkan pasaran eksport Malaysia ke Singapura dan Brunei.

- Agri Food & Veterinary (AVA) Singapura dan Jabatan Pertanian Brunei telah menguatkuasakan pelabelan dibakul dan bungkusan sayur dan buah keluaran Malaysia yang ingin dieksport kedua-dua negara berkenaan.

- Memastikan eksport tidak terjejas setelah petani mengamalkan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan seterusnya mengikuti standart dan piawaian yang ditetapkan.

4. Keselamatan makanan dan tracebility.

- Pelabelan dapat mengenalpasti pengeluar yang bertanggungjawab diatas keluaran pertanian yang dipasarkan.

- Dapat mengenalpasti pengeluar/petani yang menghasilkan keluaran pertanian bersisa-baki racun yang tinggi melalui pelabelan di setiap bungkusan.

5. Mencegah berlakunya aktiviti lambakan (Dumping) negara jiran.

- Peraturan 3P berupaya mengawalselia pengimportan keluaran pertanian.

- Mengawal aktiviti lambakan atau kebanjiran keluaran pertanian dari negara lain.

PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN BAGI TUJUAN PEMBANGUNAN PRODUK DAN PASARAN KELUARAN PERTANIAN DIBAWAH PERATURAN 3P.

Program-program 3P di Negeri Johor.

1. Sepanjang tahun 2008, Program Taklimat 3P dan latihan menggred keluaran pertanian kepada pengeluar, pemborong dan pengeksport adalah sebanyak 41 kali melibatkan 1,745 peserta.

- Bilangan Lesen Eksport sayur yang dikeluarkan adalah sebanyak 11,869 AP melibatkan 170 pengeksport dan bagi komoditi buah lesen eksport AP dan bagi komoditi buah lesen eksport (AP) sebanyak 988 AP telah dikeluarkan melibatkan 35 orang pengeksport.

2. Sepanjang tahun 2009, bagi Program Taklimat 3P dan latihan menggred keluaran pertanian kepada pengeluar, pemborong dan pengeksport adalah sebanyak 76 kali melibatkan 3,686 peserta.

- Bilangan Lesen Eksport (AP) sayur yang dikeluarkan sebanyak 15,786 AP melibatkan 188 orang pengeksport dan bagi komoditi buah, Lesen Eksport (AP) sebanyak 876 AP telah dikeluarkan melibatkan 37 pengeksport.

3. Sepanjang tahun 2010, bagi Program Taklimat 3P dan latihan menggred, membungkus dan melabel keluaran pertanian kepada pengeluar, pemborong/pengeksport dan pengimport adalah sebanyak 38 kali melibatkan 1415 peserta.

- Bilangan Lesen Eksport (AP) sayur yang dikeluarkan sebanyak16,454 AP melibatkan 212 orang pengeksport dan bagi komoditi buah, Lesen Eksport (AP) sebanyak 922 AP telah dikeluarkan melibatkan 42 pengeksport.

SOALAN B 6

Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Johor terhadap Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang mewakili Kerajaan Negeri di dalam Lembaga Pengarah Badan-Badan Berkanun dan GLC yang telah didapati gagal menjalankan Tugas Fidusiari (Fiduciary Duties) mereka?

JAWAPAN

DEFINASI PENGARAH

Pengarah adalah seseorang individu yang dilantik memegang apa-apa jawatan sekalipun untuk menentukan dasar atau mengurus sesebuah syarikat. Pengarah dilantik menurut peruntukan undang-undang seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Akta Syarikat 1965.

TUGAS-TUGAS FIDUSIARI

Adalah menjadi tanggungjawab Pengarah untuk mengekalkan standard tatalaku koprat tertinggi dan mematuhi undang-undang dan keperluan berkenaan dengan penzahiran. Sehubung dengan ini mereka mestilah melaksanakan kuasa mereka dengan adil. Semua pengarah juga mesti memastikan pada setiap masa bahawa tugas-tugas fidusiari mereka dilaksanakan secara bertanggungjawab dan professional dengan piawaian ketelitian, kemahiran dan ketekunan yang tinggi. Mereka mesti bertindak dengan kepercayaan yang baik dan mengelak situasi konflik. Peranan pengarah adalah penting bagi memastikan integriti pasaran dan keyakinan pelabur yang berterusan dalam pasaran modal.

Tugas-tugas fidusiari seorang pengarah disini bermaksud pengarah haruslah bertindak untuk kepentingan syarikat, tidak menghadapi percanggahan kepentingan antara tugas untuk syarikat dan kepentingan diri dan menggunakan kuasa dan harta yang telah diamanahkan dengan tujuan yang sesuai atau diperuntukkan.

Pengarah juga menanggung kewajipan fidusiari (keamanahan) dalam melaksanakan tugas-tugasnya kepada syarikat.

Tanggungjawab fidusiari ini merupakan hubungan undang-undang atau etika yang berteraskan keamanahan berhubung pengurusan wang atau harta di antara dua pihak. Seperti mana diperuntukkan dalam Seksyen 132(2), 132C dan 132D Akta Syarikat 1965.

TANGGUNGJAWAB FIDUSIARI PENGARAH

Perlakuan pengarah syarikat berkaitan dengan tugas-tugas fidusiarinya dikawal dalam bentuk peruntukan undang-undang yang diperkukuhkan oleh keputusan mahkamah, atau pihak syarikat melalui peruntukan dalam Memorandum dan Artikel Syarikat.

Pada amnya pengarah adalah pemegang amanah kepada syarikatnya. Pengarah secara bersama dalam lembaga pengarah menguasai urusan syarikat, menggerakkannya dan menentukan tuju arah syarikat.

Dengan ini mana-mana Pengarah sesebuah syarikat itu didapati gagal menjalankan tugas-tugas fidusiarinya, Kerajaan Negeri boleh:

i. Membatalkan pelantikan mereka sebagai pengarah mengikut prosedur yang telah diperuntukkan dibawah Seksyen 128(1) Akta Syarikat 1965.

ii. Mengambil tindakan undang-undang dibawah Akta Syarikat (Seksyen 132(2) Akta Syarikat 1965)

iii. Undang-undang terpakai.

Diantara undang-undang terpakai ialah:

Pecah Amanah Seksyen 405 dan dihukum dibawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan (Akta 574) Hukuman yang boleh dijatuhkan jika disabit kesalahan ialah hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun, beserta sebatan dan juga boleh dikenakan hukuman denda.

SOALAN B 7

Apakah status Projek Pembinaan Jeti Nelayan Kuala Sungai Muar (Jeti Bentayan), memandangkan projek telah diluluskan dan kontraktor telah dilantik?

JAWAPAN

Bagi maksud pembinaan jeti nelayan Kuala Sungai Muar (Jeti Bentayan), pembinaan jeti tersebut telah siap dan diguna oleh nelayan. Jeti Bentayan merupakan projek yang dibina dibawah peruntukan Pakej Rancangan Ekonomi Pertama iaitu pada tahun 2004 dengan kos pembinaan sebanyak RM100,000.00.

Dibawah Pakej Ransangan Ekonomi Kedua, atas permohonan nelayan Kuala Sungai Muar pihak Lembaga Kemajuan Ikan telah memperuntukkan sebanyak RM350,000 untuk manaik taraf jeti Bentayan supaya dapat dijadikan Pusat Jualan Diesel Bersubsidi Untuk Nelayan dan pusat pendaratan nelayan.

Cadangan untuk menaik taraf jeti tersebut tidak dapat dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Johor walaupun tawaran sebut harga telah dikeluarkan oleh kerana tidak dapat sokongan dan kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Muar dan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Muar dengan alasan pihak Majlis Perbandaran Muar telah ada cadangan untuk Projek Muar Waterfront. Peruntukan tersebut telah dibatalkan dan kembalikan semula ke Ibu Pejabat LKIM.

0 comments: