诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Monday, December 13, 2010

ADUN Bentayan Menyelesaikan Masalah Rakyat Akibat Salah Faham Diantara Orang Awam & Polis

Pegawai Polis berkenaan memohon maaf kepada En Toh Ping Shiun dihadapan YB Gwee Tong Hiang dan Sjn Hamdan.
 YB Gwee Tong Hiang sedang mengambil maklumat pegawai polis berkenaan.
 YB Gwee Tong Hiang sedang mendengar aduan yang dibuat oleh En Toh Ping Shiun.

Pada jam 2.45pm, Pusat Khidmat ADUN Bentayan telah dikunjungi oleh beberapa pegawai polis dan seorang penduduk yang tinggal di Kg Sabak Awor, Muar.

En Toh Ping Shiun (32 tahun) seorang peniaga pasar lambak telah diugut oleh seorang pegawai polis semasa mereka membuat rondaan di Jalan Salleh, Muar pada 8-12-2010, jam lebih kurang 12.30pm.
Turut hadir ialah pegawai polis yang menjalankan tugas pemeriksaan pada masa itu yang mana beliau adalah berasal dari Sabah.

Menurut Sjn Hamdan (Ketua Balai Polis Sungai Abong, Muar) yang menyatakan bahawa kemungkinan bahasa yang dikeluarkan itu berlainan dengan maksud yang hendak ditujukan dan ini telah menyebabkan salah faham diantara kedua-dua pihak.

Setelah mendengar penjelasan daripada mereka berdua, akhirnya pegawai polis berkenaan telah momohon maaf kepada En Toh Ping Shiun dihadapan YB Gwee Tong Hiang.

YB Gwee Tong Hiang telah menasihatkan pegawai polis yang berumur 20 tahun itu supaya bersopan-santun semasa menjalankan tugas beliau, tugas polis adalah menjaga keselamatan dan kesejahteraan orang awam.

YB Gwee Tong Hiang amat gembira kerana kes seperti diatas dapat diselesaikan dengan cara yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak. 

0 comments: