Pada tarikh 07-07-2011, jam 6.00pm sehingga 6.45pm, YB Gwee Tong Hiang & YB Mohammad Taslim telah dipelawa oleh para ibu-bapa serta guru-guru SMK di Muar untuk melihat sendiri keadaan ponteng sekolah yang amat dahsyat berlaku di sekolah berkenaan.
Menurut ibu-bapa, ada sebuah kedai yang terletak disebelah sekolah telah berjaya menarik begitu ramai pelajar ke kedai tersebut!
Apabila kami tiba dikedai tersebut, didapati lebih kurang 17 pelajar Tingkatan 1 berada didalam kedai tersebut. Mereka sedang berjudi dan bilik belakang disediakan untuk kegiatan hisap rokok.
Para pelajar juga mengaku bahawa kedai tersebut juga menawarkan khidmat untuk menulis surat palsu sekiranya para pelajar yang ingin ponteng sekolah. Mereka akan dikenakan bayaran RM1.
0 comments:
Post a Comment