Apakah pencapaian perumahan Model “Build Then Sell” (BTS) bagi industri perumahan setelah ia dilancarkan oleh mantan TPM Datuk Sri Najib Tun Razak pada tahun 2006 dan dilaksanakan secara rasmi mulai 2007 dan adakah olahan 10:90 Model BTS ini akan diwajibkan menjelang 2015?
JAWAPAN: SUK (PERUMAHAN)
Konsep “Build Then Sell” (BTS) varian 10:90 telah diputuskan oleh Jemaah Menteri untuk dilaksanakan secara selari dengan konsep sedia ada iaitu Konsep Bina Kemudian Jual (BKJ) selama dua (2) tahun bermula pada tahun 2007 hingga 2009.
Oleh sebab keadaan ekonomi pada masa itu, Ketua Setiausaha Negara pada tahun 2009 telah memutuskan tempoh peralihan dilanjutkan setahun lagi hingga 2010. Pada penghujung 2010, Y.B Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan secara dasarnya telah bersetuju Konsep Build And Sell (BTS) secara mandatori diwajibkan mulai tahun 2015.
Walau bagaimanapun, perbincangan secara berterusan dengan penggiat-penggiat industri seperti Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REDHA), Persatuan Pembeli-Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan institusi-institusi kewangan dilaksanakan untuk mencapai persetujuan bersama tentang apa halangan-halangan yang dihadapi, langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dan perkara-perkara berbangkit sebelum konsep inin dilaksanakan secara menyeluruh. Perbincangan ini juga dilakukan untuk mewujudkan satu roadmap sekiranya perlu sebagai panduan supaya pemaju-pemaju lebih bersedia menjelang tahun 2015.
SOALAN B 17
Apakah inisiatif Kerajaan untuk membantu pelajar yang lemah dan keciciran dalam pelajaran agar mereka tidak dilabelkan sebagai pelajar lemah dan keciciran dalam bidang akademik?
JAWAPAN:
Pelajar-pelajar ini mungkin lemah dalam bidang akademik namun mungkin mereka memiliki kemahiran dalam bidang atau aspek lain. Dalam mengenal pasti potensi Modal Insan Yang bakal menjadi asset negara ini, kerajaan telah menyediakan kelas-kelas MPV (mata pelajaran Vokasional) di sekolah-sekolah terpilih.
Kesinabungan hal ini, dalam RMK-10 kerajaan akan memantapkan Sistem Vokasonal (TVET) di sekolah-sekolah vokasional sedia ada. Pada masa akan datang, sekolah-sekolah ini akan dinaikkan taraf kepada Kolej Kemahiran.
1. Setakat tahun 2010 sebanyak 46 Mata Pelajaran (MPV) ditawarkan kepada murid di Sekolah Menengah Harian (SMK) di Negeri Johor.
2. 33 Mata Pelajaran Vokasional (MPV) dan Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) ditawarkan kepada murid di sekolah Menengah Vokasional (SMV).
SOALAN B 18
Bilakah SAJ dapat membina paip air kepada penduduk Jalan Hock Teek, Batu 23, Renchong, Muar kerana penduduk terpaksa mengeluarkan duit sendiri bagi membeli pam air?
Dalam kes-kes sebegini, Ahli-Ahli Yang Berhomat boleh mengemukakan permohonan peruntukan daripada pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dengan melalui Pejabat Daerah masing-masing di bawah peruntukan Bekalan Air Luar Bandar (BALB). Dengan demikian, penduduk di kawasan Ahli-Ahli Yang Berhomat tidak perlu menanggung kos sendiri bagi penyambungan paip-paip komunikasi. Ahli Yang Berhomat boleh memohon peruntukan tersebut melalui Mesyuarat Tindakan daerah masing-masing. Setelah struktur yang dilaksanakan oleh KKLW siap sepenuhnya, maka kemudiannya pihak SAJ berfungsi untuk melaksanakan tanggungjawab menyalurkan bekalan air bersih ke tempat yang dimaksudkan.
Nyatakan usaha untuk menyedarkan orang ramai tentang kesan teknologi jaringan sosial yang meruntuhkan rumah tangga dan institusi kekeluargaan?
JAWAPAN:
Untuk makluman, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melakukan kempen-kempen, menganjurkan seminar, ceramah dan bengkel sebagai orang ramai sebagai sebahagian daripada usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu sosial dan teknologi yang didepani pengguna Internet.
Bagi tahun 2011, penampilan di kaca TV juga turut dilakukan bagi menyedar dan memperkasakan masyarakat umum dengan keupayaan untuk melindungi diri mereka dari bahaya Internet dan mewujudkan kesedaran awam tentang betapa pentingnya keselamatan siber. Setakat ini, pihak SKMM telah membuat penampilan di rancangan seperti Malaysia Hari Ini, Program Bicara Rakyat (RTM 1), Sudut Pandang (Astro Awani) dan U-Wartawan (Astro Awani). Usaha sebegini akan terus dilakukan sepanjang tahun ini dan pada masa-masa akan datang.
Walau bagaimanapun, ingin juga dinyatakan bahawa kewujudan teknologi jaringan sosial bukanlah punca kepada keruntuhan institusi kekeluargaan. Apa yang dapat diperkatakan adalah teknologi jaringan sosial hanyalah satu fenomena yang telah dapat memperlihatkan serta mengetengahkan isu sebenar iaitu keutuhan istitusi kekeluargaan di Malaysia mungkin berada dalam tahap yang menurun. Permasalahan kekelurgaan perlu di bending dengan menggunakan pendekatan pendidikan serta peningkatan penghayatan agama.
SOALAN B 20
Adalah Kerajaan bercadang membuka permohonan TEKUN kepada pemohon bukan Bumiputera selaras dengan matlamat konsep 1 Malaysia?
JAWAPAN:
TEKUN Nasional yang ditubuhkan pada 9 November 1998 adalah agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang melaksanakan program Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN). Program ini diwujudkan bagi membantu usahawan Bumiputera yang ingin memulakan dan meningkatkan perniagaan melalui pinjaman perniagaan dan khidmat sokongan.
Secara keseluruhan sejak penubuhan sehingga 31 Mei 201, TEKUN Nasional telah menyalurkan sejumlah 232,356 pinjaman bernilai RM1,722,814,600 kepada seramai 186,534 orang usahawan di seluruh negara. Bagi Negeri Johor, pinjaman yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 26,279 pinjaman bernilai RM 214,665,200.00 kepada seramai 21,360 usahawan sepanjang tempoh pengoperasian TEKUN Nasional.
Untuk makluman, Program TEKUN Nasional adalah khas untuk Bumiputera. Walau bagaimanapun, sebagai sebuah Agensi kerajaan yang senantiasa memberikan perkhidmatan selaras dengan konsep dan misi kerajaan, TEKUN Nasional telah menyediakan pinjaman kepada usahawan-usahawan belia India untuk menceburi bidang keusahawanan. Sehingga 31 Mei 2011, TEKUN Nasional telah meluluskan sebanyak 3,062 pinjaman bernilai RM 23.9 juta kepada belia India di bawah skim ini. Penyediaan pinjaman ini menepati konsep 1Malaysia kini dan usaha berterusan kerajaan bagi menjamin kesejahteraan semua kaum di Malaysia.
Dalam pada itu, TEKUN Nasional juga telah memberikan pinjaman khas kepada seramai 84 orang berbangsa cina yang telah memohon dengan nilai pinjaman RM1,261,000.00. Pinjaman yang disalurkan ini adalah dari dana khas dalaman TEKUN Nasional. Namun, TEKUN Nasional difahamkan pinjaman mikro untuk kaum cina tidak akan dikendalikan oleh TEKUN Nasional sebaliknya akan diuruskan oleh sebuah organisasi lain dalam tempoh terdekat ini.
0 comments:
Post a Comment