Datuk Seri Najib Razak telah menjelaskan bahawa konsep 1Malaysia ciptaannya tidak sama dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk rakyat Malaysia yang dibawakan oleh DAP. Bagi Perdana Menteri, 1Malaysia bererti rakyat Malaysia berdiri, berfikir dan bertindak sebagai Bangsa Malaysia dengan “mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita.
Selepas dibebaskan dari tahanan ISA pada 1970, antara langkah pertama yang diambil oleh Lim Kit Siang ialah memulihkan kembali semangat dan imej Goh Hock Guan. Sayangnya usaha murni itu seperti melepaskan anjing tersepit. Hock Guan menimbulkan pelbagai masalah kepada parti termasuk mengadakan pertemuan sulit dengan MCA dengan niat untuk membubarkan DAP. Akhirnya DAP memecat Hock Guan pada 1972. Memang berlaku perpecahan dalam DAP berikutan agitasi Perikatan terhadap parti. Apabila Parlimen dipulihkan semula dan Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri kedua menggantikan Tunku Abdul Rahman, kerajaan Perikatan mula membentang undang-undang yang menyekat hak dan kebebasan rakyat.
Pada tahun 1965, sekumpulan rakyat Malaysia yang berpegang kepada prinsip “Malaysian Malaysia” – hak dan peluang saksama untuk setiap warganegara tanpa mengira kaum dan agama – telah duduk berbincang untuk menubuhkan sebuah parti politik. Mereka berpegang kepada prinsip dan ideologi sosialisme demokratik bagi membezakan perjuangan daripada parti-parti yang ada pada masa itu yang begitu eksterim di pihak kiri dan kanan.
马来西亚北方大学商业管理荣誉学士,现任柔佛州文打烟区州议员,民主行动党文打烟支部以及民主行动党峇吉里国会选区联委会主席。
BBA (Hons) Holder from UUM. Joined DAP since 1990. Now holding the position of Chairmen Of DAP Bentayan Branch & DAP Bakri Liaison Committee. Elected as The Johor State Legislative Assemblyman for Bentayan Constituency on the 8th March, 2008 General Election.