诚聘: 文打烟区州议员私人助理,有兴趣者请联络 0196568282 魏宗贤

招兵买马

招兵买马

Monday, April 4, 2011

Hutan Paya Bakau Tanjung Ketapang Kena Ceroboh

Dari kanan ialah YB Gwee Tong Hiang, Sdr. Wee Jon Leong dan YB Dr. Mohammad Taslim
Papan Tanda yang dipasang oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor

MUAR – “Sangat kesal dan terkejut,” hanya itu yang mampu diluahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohammad Taslim dan ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang bersama-sama dengan Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bakri, Sdr. Wee Jon Leong apabila mendapati kawasan hutan paya bakau telah diceroboh.

Gwee Tong Hiang berkata, kawasan tersebut yang terletak di Tanjung Ketapang, Muar itu sudah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal oleh Pengarah Perhutanan Johor.
 Menurutnya, berikutan pewartaan itu, pihak jabatan perhutanan turut meletakkan papan tanda yang melarang daripada memasuki kawasan berkenaan.

“Jadi bagaimana kawasan ini diceroboh sedangkan papan tanda sudah dipasang dan mereka perlu akur dengan arahan berkenaan. Saya mengetahui keadaan ini setelah mengadakan lawatan ke kawasan tersebut mendapati banyak pokok telah ditebang,” katanya kepada Sinar Harian".

Beliau berkata, akibat pencerobohan itu sebahagian besar kawasan pantai berkenaan menjadi kawasan lapang.

“Saya bimbang jika dibiarkan, pencerobohan ini akan berleluasa sehingga menyebabkan spesies hutan bakau musnah.Dahulunya, hutan ini penuh dengan pokok bakau yang menghijau, tetapi kini botak akibat kerakusan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya".

Menurutnya, pencerobohan ini juga boleh menyebabkan berlakunya hakisan tanah di sini yang mana ia berfungsi sebagai penghalang daripada berlakunya kejadian berkenaan.

“Akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini juga memusnahkan habitat monyet yang mendiami kawasan ini. Kini bilangan haiwan ini semakin berkurangan dan pastinya mengurangkan tarikan di Tanjung Ketapang,” katanya.

Gwee Tong Hiang berkata, selain itu, monyet berkenaan menjadi tarikan utama kepengunjung untuk ke Tanjung Ketapang pada hujung minggu.

“Dengan senario ini, maka tidak hairanlah bilangan pengunjung ke Tanjung Ketapang akan berkurangan pada masa hadapan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia membabitkan khazanah alam semula jadi yang bukan saja berfungsi mengekalkan keseimbangan ekosistem tetapi juga berperanan untuk mengelakkan pantai daripada terhakis,” katanya.

Justeru, pihak yang berkuasa haruslah memantau serta menguatkuasakan kawalan ke atas hutan simpan bagi menggelakkan kerosakan dan kemusnahan Hutan Simpanan Kekal daripada terus berlaku.

0 comments: